Catatan

ADAM & AMIR

Imej

AMIR & AMIRA

Hari pertama mereka menjejakkan kaki ke sekolah ku... SMKSKI Akhirnya selamat jugak diaorang berdua berpindah ke sekolah tu…. Sepatutnya semalam…. Tapi aku kata mereka ‘ Mula sekolah hari Selasa lah, Esok ada perhimpunan yang panjang’.He2 .. Baguih punya mak….. Sekolah tu saya yang punya…. He .. he senanglah berkira-kira dalam urusan kemasukkan ke sekolah sendiri. Semua urusan dengan kawan-kawan…. Pagi semasa memandu ke sekolah… sedikit pesan-pesan untuk mereka…. ‘JAGA TINGKAH LAKU’. Maklumlah .. anak kan…. Lagi pun dah banyak masa diorang dididik di sekolah agama, makan tahun, tiba-tiba bertukar ke sekolah harian biasa….. risau lah mama dia… bukan setakat risau, tapi memang sungguh2 risau….. Mamanya ni kan dah lama mengajor, dah banyak dengor kesah budak-budak sekolah, budaya yang tak elok ni… Budak sekolah agama pun ada yang kecundang kat SKI tu….. Memang…. Mama & abah ni selalu bertanya2 dalam hati, berbisik2 dalam hati… ‘betul ke tindakan kami merestui anak2 pindah ke s...

JADI TEAM KERJA, JADI SAUDARA.....

'Akak ... adik nak pergi jauh2, jalan sorang2, tidor kat mana. Jumaat ... balik'. Mesej cikgu Wazir.. yang memang telah ku anggap adik ku sendiri. Membaca ayat itu.. aku tau, beban di hati nya dah sangat berat. Dia dah terlalu penat menghadapi kerenah insan.... Apa yang ku boleh katakan. Kecuali perkataan 'pergilah' dengan pesanan 'hati2'. Dalam diri dia ada sedikit persamaan dengan aku. 'Degil'. Kalau dah kata 'nak'... mesti 'nak' jugak. So, kalau aku kata jangan pun.... dia akan pergi juga.... kalau pun dia tak pergi.. tapi hatinya tetap pergi..... Bila ku cerita pada suami, dia berkata 'kadang2 bersendirian ... boleh juga beri ketenangan'.... Selepas itu.... aku hanya dapat mengiringi doa untuk setiap detik perjalanannya.... 'Walau di mana dia berada, Allah lindungi dia... mudahkan setiap langkahnya...' dan aku terus menanti.... Aku biarkan dia .... walau hati terlalu ingin mengetahui... 'di mana dia',...

DI SEBALIK KEM....

'Akak ... nak buat kem tingkatan 6. Aku tau impian tu bermakna bagi adik ku sorang ni. Cikgu Wazir yang kaya dengan kasih sayang terutama anak-anak. Dia ingin mulakan usaha untuk menjaga, memotivasikan anak2 tingkatan 6 ni. Mereka bukan sahaja aset penting sekolah tetapi langkah mereka dah semakin terhad. Ibarat Selangkah ke U. Kalau mereka tak bagi makna pada peluang yang ada itu.... mereka sendiri yang akan rugi... Dari pengalaman2 lepas, pelajar yang tidak serius belajar.... biasanya kecundang..... Aku macam biasanya.. rakan kerja yang setia. Kami bersama adek2 yang lain.... memang team kerja yang baik. Walau kami tak ada part pun dlam tingkatan 6, tapi janji setia kami... sedia membantu, sedia bersama ... bila antara kami ada tugasan.... Akhirnya Kem Kembara Ilmu Pra U.. selesai juga dengan jayanya... Daripada impian seorang guru, ku tuliskan dalam bentuk pernyataan dan kini menjadi kenyataan. Ia tak kan berjaya.. tanpa kesepakatan guru2 tingkatan 6 dan guru2 lain yang ter...

THANK ALLAH... THANK PERSAUDARAAN....

Thank Allah... aku bersyukur,,, kerana aku dah ditunjukkan jalan... syukur kerana kekusutan ku hampir terlerai... kini aku tinggal mengatur misi ku... Thank persaudaraan.... aku bersyukur... kerana ikatan persahabatan, ikatan persaudaraan yang bertaut... banyak membantu meringankan beban perasaan ini... Hari ni aku mula jalankan misi aku... langkah pertama ku... merisik teman2 yang boleh membantu ku untuk mencapai misi ku... Adekda Wazir, Cikgu Suzana, Ustazah Habibah, Cikgu Salmah, Cikgu Asliza, Cikgu Shaskinah, Cikgu Rosehanita, cikgu Mazlan dan beberapa guru lagi dengan mudah menyatakan kesanggupan untuk membantu ku... dalam membantu anak ku yang bakal menghadapi peperiksaan SPM hujung tahun ni... Masing2 cuba bantu untuk menyumbang A dalam pelajaran yang mereka ajar. Terima kasih persahabatan.... Berpindah dari sekolah agama ke sekolah harian biasa ada sediit perbezaan dari segi pakej mata pelajaran elektif... utk menyambung mata pelajaran yang ada tu susah juga.. sebab di S...

AKHIRNYA KEPUTUSAN TELAH DIBUAT....

Petang .. jumpa anak2 di asrama. Syukur jugak kerana asrama diaorang tak jauh... rasa rindu boleh jenguk.. rasa ada hal.. kejap jer dah boleh sampai.... Seronok sangat anak2... bila kami bawakan Roti John Melaka. Menu Melaka kegemaran diaorang di samping Yong Tau Foo sop... Yang paling membahagiakan.... aku dan anak2 dah capai kata sepakat.. tentang pelajaran diaorang.. so, harap2 tak de lah kami salah menyalah kan antara kami kemudian hari... Pilihan mereka sendiri nak pindah... dan kami setuju setelah kami berpikir panjang, meminta pandangan sahabat2, meninjau2 sekolah2 alternatif yg dicadang oleh anak2.... So, dari 4 anak di asrama... kini tinggal 2 iaitu anak lelaki sulung dan anak ke 4 ku..... Alhamdulillah... mereka faham hasrat mama & abah ni.. agar mereka meneruskan pelajaran di sekolah sedia ada... Anak sulung ku memang tiada pilihan lain.. sebab umurnya dah lewat 2 tahun.. kerana dia bercuti untuk menghafaz AlQuran selama 2 tahun. So, mengikut umur, dia dah tak laya...

CUTI HUJUNG MINGGU...

Muar.... ku habiskan cuti hujung ni bersama suami dan 2 anak kecil kami, Ammar & Amili. Suami ku ada event di Pulapol Muar... Anak2 buahnya tamat latihan Polis Bantuan. Suami mewakili syarikatnya dalam majlis itu....... Aku sengaja mengikut, untuk berada di samping suami... Aku tak ikut pun ke majlis tu... awal2 pagi dia dah keluar... aku & anak2 menunggu di bilik hotel. Hotel ni antara sebab aku suka menemani suami ke Muar. Muar Traders Hotel mempunyai pemandangan yang indah.. mengadap sungai Muar. Memang tenang bila berada di sini. Kami akan tempah bilik di lokasi yang sama tiap kali ke hotel ni..... Selesai urusan suami... kami terus check out....singgah sebentar di Tangkak.... Tudung barang utama ku yang aku nak beli... walau pun aku dah banyak koleksi tudung.. sehinggakan aku tak ingat warna tudung yang aku tak der... rasanya macam semua dah ader... tapi masih nak singgah membeli di tangkak ni... Tudung tak der lah ekslusif... tapi yang penting .... MURAH dari harga d...