Catatan

SAMBAL TUMIS HOMEMADE

Imej
Selepas subuh mula merebus cili yang telah siap digunting minggu lapas oleh anakda Amira.  Kuali kecil, kena rebus 2 round. Sambil merebus, bawang putih dan merah dikupas. Kuali untuk menumis pula ditenggekkan dengan sedikit minyak. Sebahagian bawang yang dipotong besar2 dimasukkan ke mesin blender bersama  cili kering rebus yang telah dibasuh dan diasingkan bijinya. Kisar bersama minyak masak . Bengisar menggunakan minyak masak akan menghasilkan cili giling yang halus dan apabila ditumis tidak berlaku percikkan sambal yang akan mengotorkan dinding dan dapur kita. Setelah cili halus dikisar, masukkan ke dalam kuali yang telah sedia dipanaskan di atas dapor. Ulang  kerja mengisar dan terus masukkan ke dalam kuali. Ulang lagi sehingga cili habis. Kacau sambal tumis sehingga agak garing. Kemudian masukkan gula secukupnya. Kacau beberapa ketika sehingga minyak tumisan berkumpul dipermukaan sambal. Sudukan minyak ini dan buang untuk mendapatkan sambal yang kurang berminy...

MEMBAHARUI PASPORT DI PEJABAT IMIGRESEN KUALA SELANGOR

Imej
6.50 bertolak ke Kuala Selangor. Saja mulakan awal pagi. Mudah2an dimudahkan urusan. Kali ni bertukar arah pulak. Biasa di Shah Alam, hari ni nak try renew pasport di Kuala Selangor, mengikut nasihat kawan2 yang pernah ke sini sebelum ini. Mereka kata, jimat masa. Sekejap jer. Tiba di sini jam menghampiri 7.30 pagi. Ia terletak di Komplek PKNS. Jam 8.00 pagi terconggok di kaunter. Mereka menyuruh ambil gambar dahulu di tingkat bawah. Tidak seperti di Shah Alam yang menyediakan perkhidmatan mengambil gambar, di sini perlu menyediakan sendiri gambar. Wah taukey gambar ni memang bijak merebut peluang. Jam 7.45 pagi mereka dah buka. Layanan pula mesra. 5 minit dah siap. Terbang rm12 untuk 4 keping gambar. Tetapi hanya 2 keping yang diperlukan. 8.10 pagi masuk semula ke pejabat imigresen. Orang masih tak ramai. Tak sampai 10 minit menunggu saya  sudah dipanggil untuk berurusan. Saya diberitahu ...  1 jam lagi datang untuk ambil pasport. Tapi sebenarnya tak sampai 1 jam, pas...

KARIPAP 'KITAR SEMULA'

Imej
Sebelum tidur .. Ammar  membuat pemintaan. 'Mama esok masak karipap ayam. Ammar nak bawa sekolah, nak kongsi dengan Salam (kawan baik dia di sekolah). Permintaan Ammar mungkin berdasarkan, saya menyediakan menu kari ayam sebagai makan malam. Sebelum ini saya pernah menyediakan karipap inti ayam, apabila terdapat lebihan daging ayam kari sebagai menu makan malam juga. Apa yang saya buat ialah, saya menyiat isi ayam (ada 2 ketul ayam yang tinggal). Ayam yang dah disiat2 tu saya campurkan/gaulkan dengan sambal tumis (juga lebihan yang disimpan dalam peti ais). Kulit karipap disediakan macam biasa. Alhamdulillah..... langkah untuk mengelakkan pembaziran dengan mengitar semula lauk kari ayam yang berlebihan telah menghasilkan menu kegemaran anak2 terutama Ammar yang tidak suka maka sayur termasuk kentang......

TEMPE PEDAS

Imej
Hari2 Ammar balik sekolah akan cakap 'ma, tadi bang Mar beli tempe salut tepung pedas... sedapppp'. Aku tak dapat bayang macam mana rupa tempe yang dia beli tu..... aku cakap kat Ammar, 'belikan mama 1, mama nak tenguk, mama nak rasa, nanti mama boleh buat'. Esoknya dia bawa balik. Aku rasa, memang pedas. Tapi rasanya..... macam biasa jer. Tapi yang aku macam tak percaya ialah harganya. Tempe dipotong 3 (=1/3 bahagian) dan disalut tepung pedas, dijual pada murid sekolah rendah dengan harga rm.50. Mahalnya. Aku yang tak percaya.... dengan harga yang begitu mahal..... makin bersemangat nak masak sendiri. Aku ke kedai dan membeli 8 biji tempe. (Sebab 8 ajer yang ada). Hu hu.. harga 2 henget jerrrr. Maknanya kalau aku potong 3 dan jual dengan rm 0.50... wah untung besar tu.... Aku pun try lah masak seperti yang dibeli oleh Ammar. ?.... Hu hu... Ammar merajuk, tak nak makan.... sebab dia tak puas hati, tempe ysng aku masak walaupun sedap..(dari komen Amili lah  )...

KARIPAP SERUNDING

Imej
Dalam peti ais tersimpan lama serunding daging pemberian sahabat baik ku kak Sakila. Lama ku memikirkan... apa yang nak ku buat dengan serinding tu. Sedap, tapi kena makan yang sesuai dengan gaya. Makna ia akan jadi lebih sedap kalau dipadankan dengan makanan lain. So, sementelaah Ammar tidak suka makan karipap berisi kentang, so timbul idea nak buat karipap serunding daging ni. Tambahan pula aku nak sedang berusaha mengurangkan makanan ringan .... so, sebagai ganti untuk anak2 yang memang asyik nak makan jer... asyik sebuk .. ma lapar... ma lapar.... Karipap ni saya masak separuh masak, apabila .. anak kata lapar...... ku gorenglah..... he2 Untuk anak2 ku... Alhamdulillah... rezeki Mu

BUBUR KACANG DURIAN

Imej
Durian 2 longgok 10 biji berharga rm20. Campur ... ada yang ok ada yang ko. Kacang hijau 1 kg di masak hingga menggunung.  Santan 3 kotak besar. ........ tak sedar periuk nak masak kecik ajer..... hu hu hu.... itu cerita di sebalik pembikinan bubur kacang hijau. ...  memenuhi permintaan Amira nak makan bubur kacang. Dia ajer yang nak makan... penghuni rumah ni yang lain... semua tak suka makan. So, apa pilihan mama ni untuk penuhi permintaan Amira.... melainkan masak banyak dan kongsi dengan rakan2.... kira rezeki rakan2 lah..... he3 Ha ha.... maka terhasilkan  bubur durian yang sangat pekat.....hu hu..... tak henti usikan ke kawan.... 'akak berapa banyak durian akak letak' 'akak, berapa banyak santan akak letak'....... Alhamdulillah..... Allah beri rezeki yang dapat dikongsi bersama,.......

BAJU UNTUK SEMINGGU

Imej
Mama : Amili.... tolong ambil baju tidur mama. (Itu rutin Amili setiap hari. Mengambil baju tidur ku kerana aku malas  untuk naik tingkat atas. Biasa aku berihat di bilik tamu tingkat bawah apabila balik dari sekolah). Amili:  Asyik Amili jer.... (ada ketikanya Amili merengut juga... walau selalunya.... dia akan kata ok jer). ..... tak lama kemudian.... Amili:. Nah mama, baju untuk seminggu ..... ( diambilnya baju2 dari ampaian) Mama:☆☆★☆☆★ .... ( senyum diiringi ucapan terima kasih) Hu hu anak pun tahu meng'ajar' mama dia Alhamdulillah... Allah izin aku punyai pengarang jantung..