MELAKA ......SATU PERJALANAN YANG PANJANG

Janji 8.00 pg kat Restoren Roti Canai, tapi rombongan dari SKI tak muncul2. Terpaksa pusing2, singgah 7E cari jajan & balik ke rumah semula & sempat cuci kereta. (Ada tuahnya juga mereka lambat, sempat cuci kereta yang dah 2 minggu tak basuh... bukan salah akak... salahkan pembantu rumahku). Kul 9.00 pagi bertolak dari Meru, kul 11.00 pagi sampai dah Tol Air Keroh. Sepanjang perjalanan tu, saya memang 'kyusuk & Tawaduk' le... Bila dah sampai, sempat bersuara... kenapa cepat sangat, 2 jam dah sampai... nak tidor lagi......

Kami terus tuju ke Zoo Melaka. Bayar tiket 'penuh' =RM7.00 seorang. Tapi... ronda tak sampai suku dah patah balik. Sempatlah jumpa 'kekawan' Karim, Farydzul & cikgu Wazir... (Kira jejak kasihlah...)Kul 12.30 selesai 'program jejak kasih' tu... kami menuju ke Banda Hilir. Sesak jalan raya tak boleh nak ceritalah... uh3.. orang SKI datang, Melaka terus sesak. (Besar2 kot pelancong dari SKI tu ...). Lebih malang lagi bawa pelancong yang kuat berangan. Sampai ke simpang 3, satu jalan terus, satu belok kanan, satu belok kiri. Kan haru tu. Kenalah cari dia orang satu persatu. Tulah berangan lagi!. Hajat hati nak nginap di bandar Melaka, dari situ senanglah kami nak merayau2 hingga ke malam. Tapi....... 1... 2....3......20.....100 semua hotel sama ada yang cikai atau tak cikai atau yang 5 bintang, semuanya penuh!... Habis ihktiar, kami pun menuju ke Masjid Tanah. Bukan nak melawat Makam Hang Tuah, tapi... minta belas ikhsan pak mertua, tompang tidor semalam dua (Selamat duit..). Kul 5.30 petang baru sampai. Bayangkan... lebih 4 jam kami menjadi 'musafir' mencari arah untuk dituju.. (Tu lah padahnya bila para rocker beriman ponteng sembahyang Jumaat)...Sehinggakan terkeluar fakta baru daripada si Saleh tu, ngatakan Melaka negeri paling besar di Malaysia kerana nak kluar dari bandar Melaka mengambil masa yang sangat lama....... (jangan percaya si Saleh tu) Kul 6 petang baru kami dapat menikmati hidangan tengah hari yang saya masak pada awal 6 pagi tadi... nasib baik tak basi...
6.30 petang kami berekreasi di Pantai Puteri (Dulu Tanjung Kling).....dapatlah lepas rindu kat pasir nan putih & air laut yang biru (Sebenarnya nampak keruh je). Sempatlah kami menyaksikan mata hari terbenam..Para pelancong telah dimaklumkan, makan malam adalah pukul 10.00 malam. So sementara tu, mereka mengisi masa dengan aksi2 tersendiri. Ada yang menulis blog,Friendter @ myspace, ada yang menonton 'One In The Million', ada yang buat 'laporan' (Berbalas SMSlah) kepada insan tersayang... (terutama Karim yang sanggup beli 'charger' baru sebab bateri dah lemah...) dan ada yang buat2 pejam mata...

Makan malam, menu 'Yong Tau Foo' je.... dan sambung makan 'Roti John' kat pantai....Duduk2 sambil merenung pantai dengan deruan ombak.... Tenang sekali... Kepada Cikgu Wazir, Farydzul, Salleh... terima kasihlah atas persembahan yang tak menjadi tu.... memang ada gaya orang syok sendiri...

12 malam beredar pulang.... bentang tilam sendiri2 & 'ambil nombor' untuk tentukan kedudukan tempat tidor masing2....Dah senyap sekarang...Harap2 mereka tu tidor lena, untuk mereka meneruskan agenda esok hari.

Rasa seronok sangat, walau pun letih, walau perancangan tak berapa menjadi, tapi senyum tawa & gurau senda terus menjadi2, dan dah macam satu keluarga besar. Terima kasih Abang (suami tersayang), Terima Kasih Wazir, Terima Kasih Ati, Terima Kasih anak - Amir, Ammar, Karim, Firdaus, Farydzul & Salleh, kerana kongsi kasih sayang & kegembiraan bersama. Syukur atas nikmat pemberianNya ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG