Jumaat, Disember 11, 2009

JAWAPAN...

Salam

Pagi...

'Hai Din... akak datang 'awal'...' (semalam janji nak datang awal. balik awal)
Awal sikitlah dari Mirul....

Hadapan Pejabat
'Wak Lan... tolong bukakan Bilik mesyuarat'
Macam biasa... wajahnya terus dihiasai senyuman....
terus melangkah memberi jawapan kepada pertolongan yang ku harapkan....

Di bilik mesyuarat
terus buka laptop...
menyambung kerja2 takwim....
merepair gambar pengetua
menampal gambar pada gambar kami guru2 kanan yang memang meninggalkan ruang untuk pengetua.....
kerja ni dah buat semalam...
tapi kak Zah tak berkenan gambarnya....
nak tukar gambar.... gambar tu yang dah direpair pulak dah hilang....
tak save kot!.
Godak sana... godak sini....
Siap!
gambar kulit Buku Pengurusan....
tapi tak puas hati pun...
aku bukan orang berseni..... hantam sajalah labu....

Kak Zah datang pada ku...
ni..... tu.... ni.... tu.... ni.... tu....
'ok Kak Zah' jawap ku
aku membantu menyudahkan kerja mengikut cadangan Kak Zah.....

Din datang memberitahu.
'Akak.... bau cempedak....'
Aku menjawab 'Cempedak ni Kak Zah bagi.....'
Dia pun.... buat muka .... 'terliur' dia le....

Tengahari
balik sekejap....
ambil bahan tertinggal yang Kak Zah suruh lengkapkan
sempat mengoreng cempedak
memenuhi permintaan adikda Din....

Dua bekas cempedak terhidang di bilik mesyuarat
'Din... cempedak dah goreng.... di Bilik Mesyuarat'

'Akak... bawak lah sini.. (bilik peperiksaan)'
Hei manjenya.... berleter...
tapi turutkan jugak la kehendaknya

'Din, telefon Mirul ajak makan sekali'
Din pun... 'Beh... datang sini... penting'
'makan air basuh tangan kakak tiri'

Bergegas si Mirul...
'la... ingatkan Din tersepit almari...
Rupanya....'

Sambung kerja....
Dengar mesej masuk
'kalau ada ruang waktu, jemput hadir jamuan kelas 6A3 kat umah kul 4.30 petang'

Di sini menjawab.
'Ruang waktu je?. Ruang perut ni macam mana?.

Di sana menjawab
''Bawak sekali'

Di sini menjawab
'Ruang perut ni nak KFC lah... Dia tak nak makaroni'

Di sana menjawab
'Wah macam nak gaduh ni. Jap amik mood'

Di sini menjawab.
'...... Kami bertiga (termasuk Din & Mirul) .. mengaku kalah lah.....'

4.20 petang....
berkemas.... nak tinggalkan sekolah cepat
nak penuhi janji....

Jenguk Din.... pun bersiap2 menyudahkan kerja mengecat...

Dari atas nampak Mirul tengah mengangkut
'..... jom cepat....'
'Jap lagi.... nak kemas barang2 ni....'

Saya & Din turun ke bilik PA Sistem
dengan pakatan... 'jum kutuk bilik Mirul'

Sampai je kat bilik tu..
Din bersuara... 'wau cantik...'
Lain... dari biasa.
Biasanya kami mesti nak kutuk dulu......

Pukul 4.41.... Faridyzul telefon
'cikgu... datang tau....'

Pukul 4.43.... Ustazah Noriati telefon
'... cepatlah... majlis dah nak mula ni.... ..'

Wazir, Ati, Faridyzul dan anak2 6A3 yang lain, Sorry ye...
dah cuba sedaya upaya untuk menepati masa....
barang2 ngecat... tak boleh terbiar je
sampah2 tak boleh bertaburan je
tu pun kami dah macam lipas kudung pergerakkanya....

Dan .....
sms ku kirimkan tanda terima kasih ku....
'Terima kasih.......... Seronok dapat berkumpul bersama.
Sorry ye kalau ada guraan yang menyinggun hati.'

Senyap.......

Rabu, Disember 09, 2009

TANYA SAMA HATI.....

Salam....

Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari.
Kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat.
Puas kite mencari mana matahari kita.
Rupa-rupanya ALLAH hadiahkan kite pelangi yang indah.


Rupanya .................
setiap apa yang berlaku ada hikmatnya....

Kadang-kadang kita suka...... tapi sudahnya duka
Kadang-kadang kita duka...... tapi sudahnya gembira
Kadang-kadang kita gembira .... tapi sudahnya kecewa
Kadang-kadang kita kecewa ..... tapi sudahnya ketawa
kadang-kadang kita ketawa .... tapi sudahnya derita
kadang-kadang kita derita ... tapi sudahnya bahagia

Itulah lumrahnya....
suka, duka, gembira, kecewa, ketawa, derita, bahagia....
silih berganti mewarnai kehidupan kita...
dan semua pengalaman itu,
menjadikan hidup kita lebih bermakna, bererti dan terisi
kadang2 kita sengaja memilih
untuk melalui semua itu
kerana melaluinya
kita mengukur
hati kita sendiri
kekuatan hati kita
keikhlasan hati kita
kesungguhan hati kita
keyakinan hati kita
kepercayaan hati kita
Melaluinya...
kita turut mengukur nilai persahabatan,
nilai persaudaran,
suburkah kasih sayang
kukuhkan ukhwah
akrabkah
eratkah......

Sesungguhnya kita merancang
yang terbaik buat kita
Allah lah yang menentukan
tetapi perancangan Allah
tentunya yang terbaik buat kita

Kemarin, tetap dalam ingatan.
Esok penuh dengan harapan.
Sekarang ini adalah yang sebenarnya.


KASIH TERENGGANU

Salam

Hari ni bertugas dengan penuh semangat. Maklumlah baru balik bercuti. Kehadiran ke sekolah pula disapa oleh guru2 yang bertanya.... 'macam mana percutian Terengganu?'. Rasanya satu sekolah tahu kami bercuti ke Terengganu. pelik lah jugak!. Rupanya.... percutian kami ni disebut dalam mesyuarat kecil 5S.... Ini gara2 cikgu Din yang tak hadir mesyuarat tu lah.... Cikgu Din minta izin dengan pengetua untuk hadir lewat sehari kerana dia berada di Terangganu, bercuti bersama Cikgu Mazidah & Cikgu Wazir. Ha jual nama kita orang ye Cikgu Din. Dimaklumkan..pengetua tak de lah marah cikgu Din. Kata pengetua yang penting 'maklumkan dia.....'. Beres cikgu Din!

Percutian ke Terengganu memang penuh makna, penuh kenangan.... pendek kata benarlah.. 'Jauh Berjalan, banyak Pengalaman'. Dan kami tambah lagi'bercuti bersama, mengerat kasih sayang'.

Dapat peluang melawat 'Tasik Bera ' satu peluang yang sungguh bermakna. Tasik Bera salah satu Tasik Semulajadi yang popular di Malaysia... sapa sangka kami dapat ke sana menyaksikan indahnya alam semula jadi dan mengetahui rahsia alam.....

Kami juga tak sangka dapat pengalaman merasai banjir... mengarung air, bersampan.... seronok yang tidak tergambar.... bertuahnya kami..

Peluang dapat sampai ke Tasik Bukit Besi.....satu peluang yang indah. Walau sepanjang mengajar Geografi... saya selalu menyebut Bukit Besi sebagai kawasan Bijih Besi..... rupanya disebalik nama tu... ada tasik yang sangat indah & menenangkan.....

Perjalanan yang panjang ke Kuala Terengganu, berkunjung ke Pasar Payang (pengalaman tutup kedai... ye lah kami tiba waktu kedai nak tutup.... ha! kelam kabutlah kami bersoping.... ambik apa je yang ada.... syarat shopping di Pasar Payang ) dan sempat singgah Sholat Asar & Magrib di Masjid Kristal sambil menyaksikan keindahan masjid pada waktu siang dan waktu malam.... Ha bertuahnya kami.... kenangan yang tidak kami lupakan...

Kami juga tak kan lupakan mesranya sambutan yang kami terima semasa kunjungan kami. Di Tasik Bera...Puan Zaliha Ripin sekeluarga, bekas kerani SMKSKI... walau lama tak jumpa ... tapi kami tetap dapat merasi kemesraannya menyambut kami... Di Dungun... Cikgu Asliza sekeluarga termasuk saudara maranya..... terlihat semangat kekeluarga dalam diri mereka semua... memberi sambutan mesra, siap susun plan untuk taja makan minum kami dari tengahari hingga ke malam..... Di Kuala Terengganu.... Keluarga Cikgu Siti Hasmah.... juga mesra menyambut kami.... walau hanya dapat singgah sebentar... tapi rasa dah akrab..... Bertuahnya kami.... Terima kasih yang tidak terhingga untuk keluarga zaliha Ripin, Cikgu Asliza & Cikgu Siti Hasmah.... beri kami kemesraan, beri kami kenangan indah..... Kami tak kan lupa semua kenangan manis tu....

Dan yang paling bermakna.... Saya & Famili termasuk 2 anak buah, Cikgu Wazir & isteri, Cikgu Din serta Cikgu Amirul... dapat berkumpul bersama, beraktiviti bersama di bawah satu bumbung menjadi satu keluarga besar, merapatkan silaturrahim, mengeratkan kasih sayang.... Bertuahnya kami.... kasih sayang kekeluargaan tu satu Anugerah dan kami bersyukur kerana diberi peluang memilikinya......

Buat adik2... Wakjir, Ati, Din, Mirul... terima kasih kerana sudi bersama, Terima kasih kerana menjadi keluarga, Terima kasih kerana menjaga anak2. Maaf kalau tingkah laku anak2 tak menyenangkan. Maaf segala salah silap. Maaf tersalah tutur kata. Maaf atas kekurangan layanan. Maaf atas ketidak sempurnaan percutian. Terima kasih atas segala2nya. Ada peluang kita bersama lagi. Sayang adik2 semua....'

Terengganu.... merapat persaudaraan, mengerat kasih sayang kita
Kasih Sayang.... AnugerahNya yang tidak ternilai... Terima kasih Allah...

Isnin, Disember 07, 2009

SALAM TERENGGANU

Salam

Selamat tiba daripada percutian di Terengganu jam 6.30 petang.

04-12-2009
Bertolak jam 10.00 pagi. Disertai Cikgu Suami, Abang Amir, Amirul, Ammar, Amili, Azrin (anak buah), Mohd Isa (Anak buah), Cikgu Wazir, Ustazah Noriati, Cyayol, Cikgu Amirul, Cikgu Siti Hasmah & adiknya. Memandu 4 buah kereta menuju ke Tasik Bera Pahang.

Tiba di Tasik Bera jam 3.00 petang, disambut mesra dengan sahabat lama Zaliha Ripin (bekas kerani SMKSKI). Dijamu menu Bakso & Popcorn. Selesai salat jamak, kami dibawa oleh Zaliha, suami & anak perempuan melawat & mencecah air Tasik Bera. Tenang, nyaman & penuh rahsia alam. kemudian kami dibawa ke Pusat Penyelidikan PERHILITAN. Jam 4.15 kami bertolak ke Terengganu. Terima kasih Zaliha.... layanan Firstclass .... ada peluang kami nak datang lagi....





Meneruskan perjalanan dengan diiringan hujan renyai tanpa henti. Jam 9.00 malam tiba di Apartment Awana Kijal Kemaman. Masak makan malam dengan menu... sayur kobis + karot tumis air, telur dadar, sambal tumis & sardin. Lepas makan.... bersih diri, solat & sediakan parking untuk lending...... Angat tilam ke raung tamu untuk 3 bujang.... Cyayol, Mirul & Din. Lain2 tidur dalam bilik. ......

05-12-2009
Dah pukul 1.00 pagi.... Din masih belum tiba... pesanan dia... 'kak tunggu saya datang tau..Saya bawa roti tempayan. Sedap tau!. Tak dapat saya penuhi... ngantuk sangat. Mirul, cyayol & Wakjir yang diamanahkan menunggu.... dengar cerita malam tu diaorang tak tidur... makan lewat malam roti tempayan, merayau & bergossip le tu..... akhirnya lepas subuh..... tak dapat bangun till pukul 10.00 pagi. Tak mandi kolam hari tu....

Menu pagi ni... nasi lemak & cekodok. Macam di rumah sendiri.

Pukul 12.45 05 bertolak menuju ke rumah cikgu Asliza di Dungun diketuai Cikgu Din. Kerana sombong dengan kata 'saya kan orang sini..' Ha sesat juga nak ke tempat dituju. 2.30 petang tiba.... dan dijamu menu masak lemak ikan patin, telur asin, sayur kobis, daging masak kicap.. mee goreng.... (menu khas untuk Wakjir & wak Din).... Selesai menjamu selera kami dibawa melawat ke Tasik Bukit Besi. Cantih, Bersih & tenang.....


Kembali dari bukit besi kami dibawa melawat ke rumah makcik cikgu Aslisa.... pengalaman yang tak boleh dilupakan oleh orang Selangor...'mengharung banjir & bersampan.....' Seronok!. Kami dihidangkan menu biasa orang Selangor 'Cekodok Udang'. Sesuai untuk minum petang orang lapor tu..... Seronok bersampan ....







kami dibawa pula untuk menikmati makan malam di rumah seorang lagi makcik Cikgu Asliza... Beehoon Sup & bubur nasi istimewa. Sedappppppppp.

8.30 malam kami bertolak balik ke Apartmen Awana Kijal. Sempat singgah ke TMC mall & tiba di hotel jam 10.30 malam.... rehat, solat & boom! tidur!

06-12-2009
Sarapan pagi dengan beehon goreng & nasi goreng. Jejaka2 & anak2 pergi mandi kolam hingga 11.00 pagi. 12.25 bertolak ke Kuala Terengganu rumah Cikgu Siti Hasmah. Menu enak. Kari daging Terengganu, acar timun, sambal belacan, ikan goreng & beehon sup. Terima kasih Siti & Famili yang menyambut kami dengan mesra sekali.......

4.00 petang bergerak ke Pasar Payang.... shopping baju T-shirt chop Terengganu je... Kami semua tutup kedai. Habis kami membeli je... kedai pun tutuppppppppp.

6.30 singgah di Masjid Kristal.... sempatlah berposing sakan. Menarik!. Dapat tengok masjid waktu siang * waktu malam....

Tiba di Aparment kul 10.00 malam dengan membawa berbungkus Tom Yam untuk menu makan malam. Trip Noriati & Cikgu Din... tiba dulu untuk sedia nasi & telur dadar.... saya yang menyinggah untuk membeli Tom Yam. Orait. Beresssssssss. Masuk Tidur!

07-12-2009
Menu sarapan pagi... Beehon Tomyam (Tomyam lebih malam ) & roti john gaya Kak Mazidah. Habis 2 buku roti. Sementara yang lain mandi manda di kolam.... kaum wanita ni mengemas dapur dan barang2 lain. Bersiap2 nak balik Selangor. Siti Hasmah dah sampai... kami belum siap lagi...

1.00 th kami bertolak balik. Singgah di Pusat Penyelidikan Penyu di Club Mad... tapi tutup. Kami singgah pula di pusat menjualan keropok lekor di pantai Mak Nik. Membeli bekalan & jajan nak makan sepanjang jalan... terutama kepada pemandu... Dari situ saya & suami & kereta anak buah.... terus memandu & berhenti isi minyak di Genting Sepah. Tersukan perjalanan & singgah pula di Setia Alam untuk solat jamak.

Ha... dah sampai rumah sendiri dah

Khamis, Disember 03, 2009

PONTENG MESYUARAT

Salam...

Hari ni patut kena hadir mesyuarat Takwim Pengurusan 2010... Tapi.....
Bangun awal. 5.oo pg dah celik. Tapi.... sarapan facebook le dulu... lepas tu terus ke dapur. Mesin cili kering dan masak sambal Tumis. Sambil tu... kopik udang Tesco (1 1/2 kg ... banyak tu. naik gatal tangan) & masak kari ayam. Kari ayam kononnya untuk cicah dengan roti bekal makanan pengotong royong surau & bilik guru. Tapi spoil sikit. Kerana buat kerja 5 dalam satu... kopik udang, kopik kentang, basuk pinggan, basuh baju (basuh dengan tangan baju2 yang jenis luntur) & jawab sms.....tak sedar ayam tu dah hancur dimasak lama... tambah satu lagi.... (hangus sikit). Ok aje la yeeeeee.

Pukul 10.00 dapat mesej Kak La....'Kak La dah habis .....'. Ingat nak hantar kari ke sekolah.... tapi tukar plan.... jemput Kak la dulu lah sebelum ke sekolah. Mesej pada Kak Zah.... 'saya lambat sikit'. Jumpa Kak La yang terawal habis kursus.... apa lagi dia pun 'Jom Jaya Jusco'. .... Ha ok je. Ingat mengiringi dia.... tapi.... terbeli juga seluar slack Abang Amin & kakak Mira.

Lepas Jaya Jusco terus ke Klang Sentral, beli tiket bas ke Seremban. Maklumlah... suaminya kursus di Port Dickson.... nak temankan suaminya pula lah tu.....

Lepas tu jenguk2 kekawan yang bergotong royong di sekolah. Yang pasti meja saya dah ditukar tempat yang paling sesuai. Tapi kenalah saya ngadap muka Wakjir & wak Mirul hari2. Diaorang letak meja ngadap bilik ketua bidang yang baru tu.... Ha nak jenguk sarapan pagi le tu....... Apa2 ajelah Wak2...

Pukul 1.45 terus mencari resturan nostalgia.... masa ngajo kat SMKTIS ... Restoran Bawah Pokok Pisang..... Pukul 2.30 petang.... bergegas balik rumah..... Kak La tranfer barang ke bag yang dibeli di jaya Jusco tadi.... Dia nak lenggang je naik bas. Barang2 yang lain akan ditinggal sementara di rumah Cikgu Nasiroh, sebab hari sabtu dia & suami akan turun semula ke Selangor menjemput anak daranya Alia di Kuala Selangor. (Tak boleh tinggal di rumah saya.... saya nak bercuti ke Terangganu...)

Pukul 2.45 saya kena hantar kereta untuk diservis... maklumlah nak jalan jauh. Hantar di Pusat Servis produa di depan Taman saya je.... Pukul 4.30 petang, dioarang call, kereta siap servis & basuh. Ambik kereta & terus hantar Kak La ke stesen Bas... ala sebelah taman perumahan saya juga..... cuma jauh sikit le... Pelik juga. Kami tiba 4.50 petang bas dah mula jalan... tepaksa lambai2... barulah bas tu berhenti & buka pintu untuk Kak La..... Kata bertolak pukul 5.00 petang... pelik2..

Lepas hantar Kak La.... ha merayau2 le saya..... Kat Klang & Meru..... 7.30 baru sampai rumah & terus kelam kabut menyiapkan hidangan malam.... Nasib baik suami tak balik lagi..... Tak siap kerja lah tu. Bos dia kata.... 'tak siap kerja.... tak lulus cuti'. Entah pukul berapa lah tu nak sampai.... Ok Jumpa lagi...

Rabu, Disember 02, 2009

HARI INI PUNYA CERITA

Salam....

Terjaga. Kak Sakila kata dah 6.30 pagi. Saya jawab, 'Ye ke... rasa macam 5.30 pagi je..) Maklumlah tidur di hotel.... best & menenangkan. Sebenarnya... paling best dapat berbual panjang dengan 'Teman baikku... Oh Oh.. ". berbual hingga lewat malam... hingga perancangan awal nak siapkan jadual pun tergendala,,,,' Apa yang penting... 'happyyyyyyyyyyyyyy'.

Jam 7.00 pagi... check FB... pelik juga melihat komen@ Wakjir & Wakjamree.... 3 jam yang lalu. (Maknanya pukul 4 pagi...) Tak tidur ke .... rasanya dua orang suami orang ni ngigau2kan Facebook lah...... 7.00 pagi sarapan di tingkat 9 Hotel.... ganti kekawan Kak La yang tak turun minum.... macam2 menu ada... tapi kami malas nak bergerak untuk mengambil banyak..... tak nak lepaskan peluang berbual..... bab gossip memang best untuk dibualkan.... he3.

8.00 pagi... bergerak keluar... turun lift.... alamak, tiket parking tak cop.... naik semula suruh kak la minta chop..... ok Free Parking...... Sebelum start kereta sempat sms kat dua beradik tu... Cikgu Mirul & Wakjir 'akak baru keluar hotel.... lambat sikit ke sekolah. Nak uruskan rumah.... tapi bukan tidur!'.

Sebenarnya saya belum siapkan rangka jadual untuk dimeetingkan ngan PK1, Puan Amiah. So... tiba di rumah... terus merangka....& merangka... OK, beres perancangan awal siap.

Ha baru ringan sikit kepala otak ni.... dan bila anak buat laporan 'ma lapo'... Apa lagi... mencekodok lah tangan ni.... Siap! cekodok dan menu makan tengah hari!. Laju2 je anak2 yang kelaparan makan. Mana taknya masa tu pukul 11.30 pagi. Buat lebih sikit... untuk para pengotong royong surau di sekolah.......

Sedang masak memasak... Kak Miah hantar mesej.... memaklumkan pasal jadual.... Saya balas 'Tunggu. Saya masak dulu. Nanti saya datang bincang jadual'. Ok! perancangan diterima dengan beberapa perubahan.... So cikgu2... sabolah ye kalau kena ngajo 28 waktu. macam biasa... guru tak cukup!.

Maaflah kekawan gotong royong... tak dapat tolong. Kena selesaikan ngan Puan Amiah dulu.... lepas ni dia lama tak de disekolah. Dapat jenguk je mereka bergotong royong.... Tahniah! bangga dengan kehadiran X-student untuk membantu. Karim, Hakim, Syafiq & Khai. Korang memang best lah....

<



Walau sibuk ber5S... rehat sebentar.... 'kita sambut hari ulang tahun Ustazah Norhana... yang ke berapa? Entahlah'. Tak kira lah, janji dapat makan kek & berposing.....




'Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa di dalam rahmatNya, Norhana...'.

Jumpa lagi esokkkkkk

Selasa, Disember 01, 2009

PROJEK PENTING

Salam..

Pukul 5.00 baru selesai mengemas ruang bawah. Dari dapur, bilik pakaian & ruang tamu. Kabinet murah tanpa jenama... mengantikan yang lama.... Siap je saya lapik ruang dalam kabinet dengan tikar getah..... baru perasan... rupanya barangan plastik & tapperware banyak yang dibuang oleh suami.... So, kabinet yang dibeli tu... setakan ni kosong le. Tak pe le... kabinet bahagian atas pun... tunggu masa nak dipecahkan... so, adalah benda nak diisi nanti...



Ingat nak bangun lambat. Lepas subuh dapat Mesej Kak Jijah.... 'Yok 5S surau bawah....'. Saya balas..'Boleh, tapi nanti jangan tanya pasal Takwim & Jadual Waktu... baru selesai buat 5S di rumah... ngantukkkkkkkkkkkkkk'
So... bila dah dapat panggilan terus melompat dari katil... Masak2 menu sarapan pagi merangkap makan tengahari & malam anak2. Menu kegemaran mereka. 'Soto!' Siap!. Soto & basuh & jemur baju...... Eh3.... sebelum tu sempat mesej adik2 berdua tu, Si Wakjir & Mirul. 'Bangunnnnnnnnnnnnnn, buat amal jariah.... 5S surau'. Rupanya Wakjir dah keluar rumah... cuma si Mirul masih tak bangun.... Kul.10.30 saya call adiknya si Khai suruh kejut abangnya..... & datang sekolah segera!

Tiba di sekolah... ha! langkah kanan... Jamuan sempena perpindahan & naik pangkat Puan Rozana Pejabat... Ala pindah dekat je.. Sekolah Valambrossa





Lepas makan... ha apa lagi, kerja lah... 5S surau baru. Lokasi: bawah bilik guru. Dulu dewan tertutup. Lihat2 lah sapa mereka... mana saya?. Yang ambik gambar la.... Saya ada di situ gakkkkk.




..

Pukul 12.30. berhenti jap! ada agenda.... ha2 kitaorang nak serbu rumah cikgu Roslina. Dah lama kitaorang (Wakjir le Wakilnya) ngendeng nak makan masakan dia di rumahnya. Bagi bilangan nak hadir 5, tapi yang datang 13 orang (4 kereta). Tu lah lain kali kalau jemput Wakjir.. jangan sediakan makanan sikit2... kena ambik kira kaum kerabat & anak cucunya... Sorry ye Cikgu Roslina kalau keramaian kitaorang tadi buat tuan rumah panek sekejap...





Tamat 5S dalam pukul 5.00 petang. Tu tak selesai lagi. Esok sambung. Diketuai oleh Cikgu Amirul (kerana dia orang yang akan datang paling awal... 'Jaga STPM'.). Lagi pun hari ni dia orang paling lambat datang.... so esok dia kena cover balik lah.....

Tiba di rumah... terus buka FB sambil berehat. ... 6.15 petang pandu laju menuju hotel GoldCourse .... ada 'projek penting'. Makan malam di hotel lah... Kak Sakila kata...' ganti kawanya yang makan luar'. Menu bestnya.....

8.00 malam Kak Sakila.... terus ke Dewan siapkan kerjanya... Ha saya sorang2 kat bilik ni melayari FB & Blog lah...

Sebenarnya 'projek penting' saya ialah... 'besar harapan' saya nak siapkan merangka jadual waktu 2010. Penting kena siapkan malam ni, sebab rangka jadual tu akan menentukan sapa guru sesi pagi & petang yg kemudiannya digunakan dalam merangka agihan tugas guru untuk dimuatkan dalam Tawkwim 2010. Sebab tu saya berada di Hotel GoldCourse malam ni.... Minta kebenaran ngan suami untuk privasy bagi menyiapkan kerja isterinya ni.... Terima kasih bang kerana memahami..... Inssyallah ma akan gunakan peluang ini dengan sebaiknya...

Tak lupa terima kasih pada yang kawan2 yang mengerti.........

Jumpa lagi...