Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2011

WALAU SEKADAR .....

Cerita semalam... bukan seorang anakku yang tidak mahu balik semula ke asrama... Semalam, seorang lagi anak, tak mahu balik asrama dengan alasan sakit perut. Aku terima alasan itu. Hari ni, bila aku berhajat nak hantar dia balik... dia mengeleng dan berkata nak balik Rabu. 'Ikut suka dia je... Macam sekolah mama dia punyer jer... Nak balik ikut suka hati.... Macam tak tau peraturan....' Aku hanya mampu berkata '.... kalau ada masalah, bagi tau mamalah.., sedih mama, anak-anak buat macam ni...' Dan aku kehilangan kata-kata ..... dan menahan kesabaran... Pada saat ku.. aku rasa aku perluakn seseorang untuk bercerita..... Ku jenguk FB, mungkin ada tempat untuk ku bercerita.. atau menconteng sesuatu di dinding buat memadam contengan di hati. Teman2 baik ku memahami situasi ku. Terima kasih Adekda Zamre & Adekda Wazir, atas kata-kata sokongan dan doa. Kebetulan anak angkatku (mantee) menyapa ku... dan kami berbual... aku ambil kesempatan menasihatkan dia...&#

SOALNYA MENGAPA?????

Bukan semua gelanggang boleh kita tawan. Kadang-kadang gelangang lawan lebih mudah kita tawan dari gelanggang sendiri, sebab orang 'kita' tahu, banyak kelemahan kita dibanding dengan orang luar. Macam-macam tafsiran boleh diberikan.... dan aku ada maksud ku sendiri... Aku tewas ... Aku longlai..... hanya air mata yang berderai, Anak yang ku sayang, tiba-tiba memberontak. Tak nak balik asrama. Berkeras nak pindah sekolah..... Aku tak pernah curiga dengan sekolah tu. Sekolah tu dah banyak menghasilkan produk yang berkualiti..... Doktor, Jurutera, banker, pemimpin... yang islamik. Ramai orang disekeliling ku yang mendapat pendidikan di situ berjaya..... Tapi anak-anakku.......  Aku memilih sekolah itu kerana mahu memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anakku.... Maklumlah aku seorang guru di sekolah biasa... banyak sangat yang ku dengar, yang ku lihat tentang salah laku anak sekolah terutama berkaitan pergaulan antara jantina.... Tambahan pula, aku sedar aku bukan ib

DIA TIDAK DATANG......

'Saya tidak dapat datang... saya di Negeri Sembilan. Pak cik sakit'. Mesej yang ditunjukkan oleh Nizam kepada ku....Nizam yang menerima, takut bebenor nak tunjuk mesej tu pada Wakjier dan Salimah sebab masing2 muka ketat... muka tension... Ye lah penat menguruskan camping KRK.. Hampir seminggu berhempas pulas menyiapkan bahan2 keperluan.... maklumlah team kami... kalau kerja mesti nak buat yang terbaik....' Esoknya Majlis Dialog KRK ..... ramai ibu bapa akan datang... banyak benda yang perlu kami fikirkan.... tup .. tup... mesej diterima menyatakan....'MC tidak datang'. Hancur luluh perasaan... ranap kepercayaan..... Saya yang menerima mesej tu naik marah....'macam tu ajer. Mudahnye. Kenapa mesej kat Nizam, kenapa tak mesej pengurus program'. Dek mendengar teguran saya tu..'Nizam mengembalikan mesej tu kepada penghantarnya dengan meyuruhnya, beri mesej pada 'orang besar'... maksudnya penyelaras program lah.... Esoknya Nizam menunjukkan mesej

BINATANG PELIHARAAN.....

Tengahari tadi... aku lihat Ammar sedang bermain dengan 3 ekor anak kucing dan ibunya. Ammar kata..'Kawan abang Amin yang bagi... tadi kawan dia hantar dengen kereta'. Amin anakku ni memang sangat minat dengan haiwan... sehinggakan belakang rumah kami, dibersihkan dan disuruh abahnya pasangkan dawai halus untuk membolehkan dia memelihara haiwan (abah tak buat lagi sampai la ni....) Cita-cita dia pun berkaitan haiwan... Zoologis...Folder dia pun penuh maklumat berkaitan haiwan..... Setelah tamat Hafiz... dia sambung semula tingkatan 4, pun pilih aliran yang ada subjek biologi... so, dia nak belajar kehidupan haiwan.... Dia pernah bawa balik kucing daripada asrama.... tapi kucing tu hilang ... mungkin di baham anjing... kawasan rumah ni banyak anjing liar..... Selepas tu, nak bawak lagi anak kucing yang ada di asrama. Asal ada kucing kat asarama, dia nak bawak balik. ...... Tapi kali ni... ha! 4 ekor sekai dibawa baliknya.... Minat abang Amin ni dikongsi oleh adeknya, si Am

MERENUNG PAGI....

Hari ni Sabtu. 9.00 pg ada mesyuarat surau. Tak de lah merungut, sebab tak de buat apa2 pun hari ni. Walau Sabtu, cuti, tapi mata ni celik macam biasa. Pukul 5... Teringin nak sambung tidor... tapi mata terus terkebil-kebil. Layan FB... tapi tak tau nak coret apa. Kacau sana sini sikit, sembang ngan Wakjamre & adekda Azreina.... lepas tu menung @ merenung pagi... Pukul 8.00 pg ....Daripada aku menung, baik aku masak sarapan. Masak pagi2, masak banyak sekali.... tengahari relek tak payah masak. Apa manunyer.... Nasik Lemak ler.... Terpaksa ke kedai membeli bahannya.... 8.30 start masak sambil mengemas dapur yang ditinggalkan bersepah malam tadi.. dengan pinggan mangkuk dan bekas makanan polistrin..... Orang anak ramai.... 9.30 pg baru tiba di sekolah .... sempat bawakan nasik lemak untuk adekda Wazir. Tahu dia ada latihan kawad dengan anak2 KPA. Dia ni..... bukan boleh jumpa dengan saya...... mesti menagih makanan... Bab menyusun ayat, untuk dapat makanan free memeng dialah pa

ADAKAH TUGAS AKU SUDAH SELESAI????

'Akak nak buat Kem Tingkatan 6'... Cukup dengan kata2 tu, aku dah tergambar besarnya harapan adekda Wazir. Dan aku tergambar besarnya peranan aku di sini. Merealisasikan impian adekda ku sorang ni. Aku bagi tau hasrat Wazir ni pada suami.. dan aku luahkan ..'berat ni... Dulu, kem KRK, ngan budak kecik, senang nak handle. Ni budak2 besar, susah nak handle, Wazir kena lebih kuat kali ni'. Aku mulakan langkah ku. Rangka Kertas Kerja. Kami cuba dapatkan sokongan... Alhamdulillah, Cikgu Zaurah, Cikgu Mazlan (walau tak dapat hadir), Cikgu Hanafi, Cikgu Amirul... antara orang2 pertama beri sokongan. Setelah kami berbincang dan setelah Cikgu Wazir beri taklimat dengan semua pelajar tingkatan 6 , aku murnikan kertas kerja. Bila aku dah serahkan kertas kerja tu, aku anggap kerja aku dah selesai. Aku bukan guru tingkatan 6, aku tak berani nak melibatkan diri terlalu banyak dengan aktiviti tingkatan 6. Mereka ada gurunya sendiri... Tapi bila Cikgu Wazir kemukakan persoalan2

AMILI LAPAR

Semalam teman baik ku Sakila Dollah dari kelantan datang menginap .... Pagi ni aku terpaksa tinggalkan dia di rumah, menunggu suaminya yg akan datang menjemput.... Kelantan je yang cuti hari Jumaat ni. Selangor tak. Kebetulan, anakku Amili masih demam. So, minta tolong Kak La jaga lah.. he3. Ambik peluang..... Ha2... nasib baik Amili ni tak kesah dengan orang.... Terjaga dari tidor jer... dia terus minta nasi dengan Kak La... Budak demam. Semalamam dia tidor je, tak makan. Bangun tido lapor la... Nasib baik le Kak La ni cerdek. Pensyarah maktab katakan.. he3. Dia panaskan nasi semalam & intai lauk yang tersimpan dalam peti ais. Adanya ayam panggang resepi aku sendiri beberapa hari lepas.... Hak3, sebenarnya anak-anakku kalau makan nasi mesti dengan sop / berkuah banyak... tapi lepas lah untuk kali ni. Mungkin sebab Amili dah kelaparan..... Habis merentas desa .... aku borak2 ngan kawan2 kat bilik guru... macam tak de tanggungjawab jer... terlupa anakku yang demam dan tinggal

MERENTAS DESA.... MERENTAS KEBIASAAN....

Seawal pagi guru-guru dah mengusung Buku Rekod Mengajar ke pejabat. Ini bermaksud hari ni adalah Hari Merentas Desa iaitu guru-guru mengikut seperti mana arahan yang diberikan.... 'pintu bilik guru akan dikunci. Guru2 tidak dibenarkan berada di bilik guru untuk buat kerja sendiri termasuk menyiapkan Buku Rekod Mengajar'. Mana yang tidak siap... menyambungnya di kantin dan sebagainya..... Ha..ha .. merentas kebiasaan.. Best juga tengok budak2 merentas desa... lebih2 lagi bila berada di garisan penamat.... Aku tak de rumah sukan... tak best betul bila time3 macam ni... time pelajar berlumba di garisan penamat. Apa aku nak sorak.... So, sokonglah rumah lama aku, sebelum aku pegang GKMP... RUMAH KUNING... KUNING DI HATI. .... Akhirnya.. rumah kuning mendapat tempat ke 3 dari 4 rumah... Ha.. ha.. ha.. Merentas kebiasaan... Biasa Merentas Desa rumah Kuning JUARA... Begitulah adat.... ada masa kita di atas... tunggu lah masa... KAU AKAN DI BAWAH JUGAK... Sementara pemenang acara

TERPEGUN AKU DENGAN KELEMBUTAN BUDI ....

Hari ini menghadiri mesyuarat GKMP Sains Kemasyarakatan di PPD Klang. Jemputan 8.30 am. Mesyuarat rasminya mula 9.00 pg. Peruntukan 30 min tu untuk sarapan. Saya tiba 8.45 am, dan saya adalah antara orang terakhir tiba. Sedar diri yang lambat, saya terus mencari tempat duduk & lepaskan diri dari sarapan... (dah lambatkan.. sedor diri le) Pegawai PPD Akdemik Pn. Hajar dgn senyuman yang manis dan ikhlas mendekati & menepuk2 bahu saya dan berkata. 'Makan dulu ya. Tak pe saya tunggu. Makan tau, sabab makan sakali ja. Makanan banyak lagi tu, makan ya. Beriya2 dia menyuruh saya makan'. Tergamam saya melihat kelembutan nya. Sejuk dan cair hati berPEMIMPIN seperti belia... Sepanjang mesyuarat .... dia banyak menggunakan perkataan 'tolong ya...' 'kita kongsi sama-sama ya....' '... terima kasih cikgu2, cikgu dah banyak tolong saya'.... Aduhai, lembutnya...Tapi dalam kelembutan itu tetap ada keseriusannya terhadap KERJA, terhadap peningkatan PRESTASI,

MUNGKIN AKU AKAN MULAKANNYA KEMBALI....

Hari ni aku tak dapat ke sekolah... Demam. Badan rasa lemah dan sakit2. Hanya mampu terbaring...Entah lah nak kata penat..... apa ajer yang aku buat semalam .... tak de lah seberat mana.... Tapi memang tidak berdaya sangat.... Setelah tidor yang agak panjang... aku paksakan diri mengemas sedikit sebanyak rumah ku yang rasanya rumah ku memang dah lama menantikan aku menguruskannya. Takut untuk terlalu manjakan diri. Takut badan semakin lemah. Bila rasa sunyi.. tergerak hati melawat blog ku yang lama bersawang. .. dan bersamanya akan berkumandang lagu yang terkesan di hati buat santapan ku. Terperasan pulak di ruangan chat .... ada yang menjenguk blog berdasarkan nota yang ditinggalkan..... dan ia mengerakkan aku untuk menziarah pula blognya. Rasa tertarik... ku baca satu page ke satu page.... dan ia telah membawa ku ke blog2 yang lain pula... Terdetik difikiran ku.... bermakna kan kalau penulisan kita dapat membuka hati dan minda seseorang ke arah kebaikan samada dalam bentuk pe