Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

'JUBAH HITAM TANDA LULUS'

Ammar : Abah belikan Ammar  jubah!. ... itu minggu lepas dan kami  tidak menghampakan..... Dan...... semalam.... sungguh!... dia gunakan jubah itu untuk solat Jumaat sangat sejuk hati ibu ini melihatnya .... tersenyum simpul abang2nya melihat... kerana mereka hanya menggunakan 't'shirt' untuk solat Jumaat. . (teringat kata-kata si penjual jubah tempoh hari.... Budak berjubah hitam ni... biasa dah 'lulus / qatam Al Quran' dan dia duduk dibaris depan. Yang berjubah putih... biasa duduk di belakang.. sebab mereka belum 'lulus' lagi.... Masyaallah... mungkinkah anak ku masuk dalam kategori 'lulus' mengikut penilaian Allah). Aku sebenarnya risau juga bila melihat Ammar berjubah hitam pada tengahari yang panas terik tu. Maklumlah jubah berwarna hitam sifatnya kan menyerap haba. Ammar... ada sedikit penyakit kulit yang akan menyebabkan gatal nya 'naik' terutama bila berpeluh.  Aku bimbang .. situasi itu akan mematahkan semangat dia untuk me

MAMA, SAYA MINTA MAAF, SEBAB SAYA BUAT MAMA MARAH TADI

Keadaan ku masih tidak berapa sihat. Dada masih ketat. lantas ia agak ganggu moodku. Aku jadi malas untuk berbual..... sehingga melayan anak pun jadi acuh tak acuh sahaja....kerana ia boleh menambah 'mengah' ku......  'Mama saya minta maaf, sebab saya buat mama marah tadi'. Sebak , berkaca-kaca kelopak mata  dan rasa bersalah mama ni .  Si anak kecil, Amili, saya 'bentak' (meninggikan suara) hanya kerana dia tak henti-henti menghulurkan kotak kosong sambil berkata 'tolong derma'..... ( ia mungkin berlakon) .... tapi disebalik itu, ia mungkin terbit dari rasa ralat dia... sebab abang2 dia saya bagi sedikit wang untuk sedekah di  masjid semasa solat Jumaat . Tetapi  Amili tidak berpeluang utk berbuat begitu.. Ternyata saya telah buat silap yang mungkin merosakkan semangat baik si kecil. Anak2 maafkan mama.... mama silap. Mungkin kerana kesihatan mama yg terganggu.. buat mama cepat naik angin. Ya Allah... ampunkan hambaMu. Aku selalu berdoa, mohon jadi

ILHAM MELALUI ANAK KECIL

Aku terus dengan doa... 'Ya Allah, Kau bukakanlah pintu hati anak-anak kami untuk menjadi anak2 yang soleh dan solehah yang takut padaMu, yang taat pada perintahMu dan menjauhi laranganMu.'   Sesungguhnya, kuasa doa amat hebat. Sedikit demi sedikit anak-anak kecilku Ammar dan Amili menunjukkan tanda-tanda bersih sucinya mereka.... menyejuk hati. Moga-moga tanda-tanda awal ini akan subur dan mekar menjadi dai ... sebaris dengan para ulama....  Syukur.. Allah telah meberi ilham pada Anak-anak  melalui guru yang mengajar mereka.  Amili paling keletah....... Pernah satu hari.... abah dah melangkah pintu rumah sekembali dari pejabat..... Amili : opppp...opppp... abah kuar dulu. baca... doa masuk rumah dulu.... dan masuk kaki kanan.... bukan kah itu ilham yang Allah berikan melalui anak kecil kami..... menyedarkan kami untuk baiki perkara-perkara asas .......berbagai doa... dia suruh kami baca...... Menjelang masuk waktu solat sahaja..... Amili akan segera ambil wud

SYUKUR ATAS MUSIBAH....

Esok dimaklumkan ... sekolah dibuka semula setelah cuti selama 3 hari kerana jerebu. Jerebu mungkin musibah, tapi setiap berlaku ada rahmatNya di sebaliKnya... Kereta suami menghadapi masalah agak serius. Perlu masuk warkshop beberapa hari yang tempohnya tidak dapat dijanjikan secara pasti oleh pemilik bengkel..... Belbagai alternatif kami cuba aturkan untuk atasi masalah tranport. Suami mungkin boleh menggunakan Myvi ku, aku pula  boleh jalan kaki sahaja... memandangkan rumah hanya 10 minit berjalan kaki ke sekolah... tapi bagaimana dengan anak-anak  yang bersekolah di SR Hira batu belah tu... Pilihan pertama, bertanya adik.. kalau2 boleh pinjam kereta ke 2dia. Gagal.... dia menggunakannya. Pilihan kedua,.... minta anak-anak 'ponteng' sekolah... tetapi mereka enggan.... kerena tidak mahu terbeban dengan kerja sekolah yang banyak... akibat ketidakhadiran itu..... Dalam hal ini... kami tidak boleh memaksa...... Pilihan ke tiga... suami terpaksa bercuti... tapi sampai bila?

BERKONGSI ILMU

Setiap tahajutku aku berdoa... 'Ya Allah, aku ingin berubah kepada yang lebih baik, Kau bantulah aku, Kau berilah ilham padaku, Kau dekatkanlah hatiku padaMu, kau tetapkanlah iman dihati ku dan tanam cinta kasih ku untuk aku  melakukan amal soleh yang Engkau redhai' 'Aku ingin berubah.....' tapi ia bukannya sesuatu yang mudah. Hampir 50 tahun leka dengan urusan dunia.... padahal, aku bukanlah orang penting, aku bukan pemimpin negara yg perlu memikirkan urusan rakyat. Aku hanyalah guru biasa.. biasa sahaja. Kalau aku bijak mengurus ...banyak masa berbaki setiap hari untuk aku jalankan tugas sebagai hambaNya, sebagai isteri sebagai ibu dengan sempurna. Tapi.... aku ibarat buih... .... Alhamdulillah..... Aku bersyukur..... Allah tidak pernah berpaling ....  Allah buka  pintu hati ku supaya  hati ku lebih dekat denganNya.....  dia buka pintu hati ku... dia beri aku rasa ..... untuk dekat padaNya. Berbagai cara Allah beri aku ilham untuk aku menambah ilmu..... untuk

RAHMAT JEREBU....

Hari ini 15 Syaaban. Isnin. Alhamdulillah, Allah lembutkan hati-hati kami satu keluarga untuk berpuasa Sunat. Ya Allah, lembutkan hati kami untuk melakukan ibadat padaMu, ibadah yang Wajib dan Ibadah yang sunat dan jauhkanlah kami dari melanggar laranganMu'. Minggu lepas Ammar join kami berpuasa sunat pada Isnin dan Khamis. Minggu ini dia menolak. Mungkin dugaan besar yang terpaksa dihadapi kerana melihat teman-teman sekolahnya makan dan minum yang dia sukai. Tapi bila sekolah diumumkan cuti disebabkan musibah Jerebu..... ia bagai memudahkan kami untuk melatih anak-anak berpuasa sunat. Tidak sekolah bermakna duduk rumah. Duduk rumah godaan melihat orang makan tidak ada. Kerana abang-abangnya Amir dan Amirul juga nak join berpuasa. Anak kami Amira dan Amin yang tiada bersama kami juga tiada masalah berpuasa. Alhamdulillah mereka telah dilatih untuk berpuasa sunat Isnin dan khamis sejak di asrama SMI Hira lagi. Ya Allah, kau berilah syafaatMu kepada guru-guru anak-anakku yang

CUTI SEKOLAH SEMPENA JEREBU

Banyak status FB menuliskan ' Esok cuti sekolah kerana JEREBU'. Jerebu, fenomena cuaca yang buruk tapi bawa sedikit tuah kepada kami. Apa taknya, esok kami akan menghadapi masalah dengan urusan mengambil anak-anak balik dari sekolah di SRI Hira batu belah. Kereta suami masuk workshop sejak Jumaat lagi dan sehingga esok masih belum pulih. Jadi suami terpaksa ambil cuti. Selalu, kami meminta bantuan adik-adik seperti Kodin, Nizam, Mirul atau wakjir untuk bantu ambil 2 beradik kecil tu. Tapi bila dah terlalu 'selalu' seganlah pula. Kami cuba 'jadikan isu ni mudah' dengan minta budak berdua tu 'ponteng'.... tapi mereka tak mahu. Alasan mereka, mereka tak mahu kerja rumah yang 'banyak'. Ya lah, sejak PBS ni kan, semua kerja mesti disiapkan untuk membolehkan guru menilai pelajar secara berterusan. Jadi kalau ada yang tak datang, mereka kena buat juga latihan berkenaan dan ditambah dengan latihan yang sedang dijalankan guru. Anak2 tak mahu!. So, A

KEMBALI KE SEGAMAT

Hari ini Amin pulang semula ke kampus UiTM Segamat. Kami menghantar di stesen bas Klang Centrel. Aku rasa, walau pun singkat aku melihat kematangan Amin sekarang. Tiba sahaja distesen bus dari Segamat, dia terus ke kedai pet & taukeh pet. Bukankah itu tanda dia mengingat dan menghargai orang yang telah memberi peluang kepada dia untuk dia mencari ilmu berkaitan  haiwan peliharaan yang sangat2 diminatinya. Ia ada kaitan dengan cita2 Amin iaitu cita-cita nak jadi zoologis. Tapi tak tercapai kerana permohonan ke bidang kesihatan haiwan di tolak UPU. Teringat 2 tahun lepas. Dia hanya layak  masuk kelas sains tulin ke 2. Maksudnya tiada mata pelajaran biologi. Kami cuba merayu. Tapi mungkin tiada kesungguhan kami dan kelewatan kami membuat rayuan menyebabkan Amin meneruskan cita-cita. Inilah perancangan Allah. Memberi apa yang Amin perlu, bukan apa yang Amin mahu. Amin dapat tawaran dalam bidang Sains Komputer. Pada kami, ini lebih sesuai. Memandangkan ketika di rumah, dia hanya me

PET PET

Hari ini anakku Amin pulang bercuti hujung minggu dari UiTM Segamat.  Sebelumnya, aku & suami bercadang untuk melawat Amin. Sudah terlanjur kami akan memenuhi undangan majlis perkahwinan kawan sepejabat suami di Seremban, jadi kami akan lanjutkan perjalanan ke Segamat dan singgah bermalam di rumah mertuaku di Melaka. Dapat juga melawat bapa mertua ku yang uzur tu. Pagi, suami mesej menyatakan hasrat kami, tetapi Amin beritahu dia nak balik hari ini. Menjangkakan dia akan tiba pukul 8.00 malam, petang  kami pun keluar sebentar ke  Karnival Mahabbah IKIM Stadium Shah Alam. Pulang nanti boleh le ambil dia sekali di Stesen Bus Klang Cental. 8.00 malam makan di Chan Abdullah. Terima panggilan dari Amin, dia berada di kedai Pet (dia pernah bekerja sementara di situ semasa menunggu SPM) memaklumkan :'  Amin di kedai Pet, nanti bos hantar balik'.  Hu!..  dari jauh dia balik, kedai pet dan bekas bos dia dulu yang dia cari. R upanya pukul 5.00 petang dia telah sampai. Sanggup be

SANGKA BURUK PADA ANAK.

Bulan Rejab. Alhamdulillah, mulainya aku dan suami mula istiqamah berpuasa setiap Isnin dan Khamis. Kini bulan Syaban pula. Alhamdulillah masih meneruskan... Rupanya, anakku Ammar, darjah 4 memerhati dan  hatinya telah tergerak untuk berpuasa sama. Aku dan suami, menganggapnya seperti angin lalu sahaja. Siap buruk sangka pulak tu. 'Tahan ke Ammar, berpuasa dalam kalangan orang yang tidak berpuasa'. Sebelum tidor Ammar, berpesan, 'Ammar pun nak puasa, esok kejutkan Ammar sahur'. Selepas suboh, ku lihat Ammar menangis. Suami memberitahu 'Dia nak puasa, kita tak kejut dia Sahur'. Ku dengar suami memujuk, 'Ammar, puasalah, kalau tak tahan Ammar berbuka ya'. Pukul 3 petang, selesai  sekolah, Ammar masih berpuasa ... berterusan hingga berbuka. Alhamdulillah. Terharu aku. Sesuai dengan maksudnya, 'The Great Builder'... Ammar  memang hebat. Dia kuat. Dia tabah. Allah bantu Ammar. Teman2 sekeliling bantu Ammar untuk terus berpuasa. Ada yang menawark

MEREKA BOLEH MENDAPAT EXTRA...

10.45 pagi. kelas 3I. Keseluruhannya pelajar melayu. Aku suka mengajar  kelas ni, walau agak ke hujung dari segi susunan kedudukan kelas dari segi prestasinya, tapi kemanjaan mereka selalu menyejukkan hati. Tiada masalah mengawal kelas. Kerja rumah sentiasa siap. Buku sentiasa ada. Lantaran itu, aku sentiasa berlapang dada untuk memanjangkan niat  untuk memberi yang terbaik untuk mereka. Aku mahu semua mereka lulus cemerlang dalam PMR nanti. Ya Allah, kau limpahilah kasih sayangMu pada anak-anak murid ku  kelas 3I. K au lembutkan hati mereka untuk menerima ilmu Mu yang aku sampaikan. Kau permudahkan pemahaman mereka, kau kukuhkan ingatan mereka dan berilah mereka kejayaan dalam PMR ini. Berikan mereka kejayaan di dunia dan di akhirat ', Penggunaan 'bintang' yang menjadi senjata ku untuk memenangi hati mereka agak berkesan.  'bintang' ku anugerahkan kepada  kepatuhan  mereka melaksanakan  arahan ku. Tiba masa mengira'koleksi bintang' .... berbagai gelagat

MURAH HATI TAK BERTEMPAT

Mengikut jadual biasa. Jam 9.15 pagi masuk kelas 5SI3. Kelas Geografi. Susah hati dengan kelas ni kerana tahun ini, tahun pertama mata pelajaran geografi  SPM di sekolah ku dan aku adalah guru pertamanya. Gagal atau berjayanya aku, ia akan memberi gambaran ke atas mata pelajaran geografi itu sendiri yang merupakan subjek terpinggir di kebanyakan  sekolah. Banyak sekolah yang dah tutup subjek ni (tidak ditawarkan untuk SPM). Puas memikirkan idea untuk membuat pelajar seronok dengan subjek ni. Tapi aku rasa aku gagal. Rata-rata pelajar ju mem'parking' kepala di meja... (ngatuk dengan pengajaran ku ler agaknya).... Frust dengan situasi ini. Tetapi aku menilai situasi ini lebih kepada  kegagalan aku. Yup.. aku belum mahu mengalah... aku akan terus mencari  jalannya..... Sebagai selingan..... 'tahniah, Amirul kerana mendapat markah tertinggi. A dalam geografi. Apa rahsia kamu. Kongsilah dengan rakan-rakan lain'. Amirul tak perlu menjawab, sebab ramai yang bantu menjawab

BERI MEREKA APA YANG PERLU.....

Hari ini hari pertama anakda Amira menyambung kuliahnya di UIA setelah 3 minggu bercuti . Terasa sunyi pula rumah ini semasa balik sekolah tadi. Selama  3 minggu bercuti, rumah ini terasa ada isinya, walau hakikatnya Amira sentiasa berada di dalam bilik setiap pagi waktu saya berpergian ke sekolah dan tengahari waktu saya pulang dari sekolah. Inilah perjuangan. Melepaskan untuk memperolehi yang lebih baik. Insha Allah. Aku bersyukur mereka dapat peluang belajar ke Universiti. Biar apapun bidangnya, yang penting, di universiti peluang meluaskan ilmu kehidupan lebih luas. Ilmu yang mendewasakan dan mematangkan mereka.  Buat aku.... carilah peluang tu selagi terbentang di depan mata. Ini hasrat hati mama & abah. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=522545014459695&set=a.208756269171906.46835.189792471068286&type=1&theater Terima kasih ya Allah, kau beri peluang kepada anak-anakku menyambung pelajaran mereka ke Universiti. Amin di UiTM dan Amira di UIA. Aku bersyu

KUMPULKAN KERAJINAN UNTUK ANAK-ANAK DIDIK

Hari Jumaat yang barakah. Lama ku kumpulkan 'kerajinan' nak buat sesuatu untuk bantu anak muridkan yang akan menghadapi PMR dan SPM. Ya Allah, bantulah aku. Ya Allah, jauhkan aku dari sifat malas.  Kalau setakat usaha seperti tahun-tahun lepas, terasa anak muridku tak ke mana, melainkan dapat kejayaan yang biasa-biasa sahaja. Tambahan, aku nak rasa lebih dekat dengan anak-anak didik ku. Aku nak mereka rasa, pengalaman belajar geografi dengan ku sesuatu yang indah. Lantas, aku memikir-mikirkan idea untuk menjadikan pengajaran ku menarik di kelas. Mungkin dengan itu, muridkan seronok dan apa yang dipelajari kekal di minda dan seterusnya dapat membantu menjawab peperiksaan dengan baiknya. Ya Allah berilah ilham pada ku. Alhamdulillah..... OTW menyiapkan flashcard untuk anak murid PMR dan Koleksi Soalan SPM  tahun-tahun lepas Topikal. Semoga ia dapat membantu anak-anak muridkan ku menghadapi peperiksaan, So, hujung minggu ni.... khusus untuk mereka!

MAAF... SAYA KURANG BERILMU

Lewat malam. Aku blank..... masih tidak dapat menyempurnakan tugasan yang diberi lantaran ketiadaan maklumat. Daripada search yang dibuat, aku mendapati KERANGKA BARU NORMA PERJAWATAN KUMPULAN PELAKSANA .... masih peringkat penyelidikan. Rupanya, pengetuaku dilantik menjadi ahli panel yang diharap dapat meyumbang idea kepada norma penjawatan baru. wah... ni macam idea diperingkat dasar ni...... manalah layak, aku si ikan bilis ni menyumbang idea. Kalau setakat membuat power point yang mudah tu... ok juga lah..... Kebuntuan idea.... sebelum melelapkan mata ... sempatkan diri membuat sedikit catatan di status FB yang menjadikan doaku. "Ya Allah, Bantulah aku. Berilah ku Ilham untuk aku menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan padaku. Ya Allah, berilah aku kecemerlangan di sisiMu" Sengaja kucatat di FB. Manalah tau, rakan FB tolong meng'amin'kan dan doa menjadi mahbul. Sekurangnya, 'like' mereka menjadi pendorong buatku...... Alhamdulillah. Sekolah menjala

KU KATAKAN OK!

Punch masuk. Selesai!. Terdengar suara, 'Mazidah, mari ikut saya, saya nak minta bantuan, saya blank lah, tak boleh nak berfikir'. Puan pengetua menunjukkan surat jemputan yang diterima. Ku lihat raut wajahnya agak serabut (kalau betul istilahnya). Beliau dijemput menjadi salah seorang panel dalam persidangan...(tak ingat apa lah pulak). Tajuk diberikan  kepada beliau ialah: 'Kerangka Baru Norma Perjawatan Kumpulan Pelaksana'. Beliau dikehendaki menyediakan bahan beserta powerpoint. (wah macam terserlah di muka ku kepintaran  dengan penggunaan power point tu.... eceh.eceh). Aku tak mampu menolak. Aku telah berniat, untuk bantu pengetua ku sedaya boleh.. kerana aku sangat berterima kasih pada dia kerana dia telah layan aku dengan baik. Suatu ketika... di saat aku menangis kerana tekanan perasaan, di saat aku menangung sakit dari penyakit, dia sedia jadi pendengar yang setia, dia sudi hulur tisu untuk ku mengesat air mata. Di saat aku perlukan keizinan untuk balik awa

PENAMPILAN SEMULA

Aku dengan penambilan baru. Kalau itu yang boleh dikatakan tentang aku kini. Sebenarnya ia bukan penambilan baru. Tetapi ia boleh dikatakan sebagai  PENAMPILAN SEMULA. Mungkin ada yang telah tahu, satu masa dulu aku bertudung labuh, berjubah dan berstokin. Selepas berkahwin.... semua semakin singkat. Bukan salah suami. Tetapi salah diri sendiri. Pada aku (masa itu) Aku sudah berkahwin, tiada lagi yang berahi melihat tumit (maka tiada lagi stokin) dan pada aku, aku masih menutup aurat dan masih lagi labuh (sebab ustazah pun ada yang lebih singkat lagi)..... Biasakan... manusia, mahu melepaskan diri.... sentiasa ada helah belah diri maka, faktor lain dijadikan alasan!. hakikatnya aku telah terpukul oleh DUNIA! dan aku larut bersamanya..... Alhamdulillah....  Allah beri aku detik hati. Allah beri ilham yang sumbernya dari banyak cara. Pertama kali melangkah ke kelas... ada yang berbisik-bisik... 'ustazah... ustazah'. Aku yang tak nak memanjangkan suara-suara itu.... Aku pin

DOA YANG PANJANG.....

Hari pertama sekolah bagi sesi kedua 2013. Ku melangkah dengan doa yang panjang....... Menjelang buka sekolah. Ya Allah, Aku ingin berubah kepada yang lebih baik. Kau bantulah aku, Kau dorongkan lah hati ku untuk bersungguh2 dalam setiap pekerjaan ku dan jauhkan aku dari rasa malas, lalai dan leka. Berikan aku kecemerlangan di sisiMu ya Allah. Melangkah masuk perkarangan sekolah. 'Ya Allah, mudahkanlah urusan pekerjaan ku di SMK Sungai Kapar Indah, Berikan perasaan sayang antara aku dengan ketua-ketua ku, dengan rakan sejawat ku, dengan semua staf dan semua anak muridku.  Ya Allah, berikan kejayaan cemerlang pada sekolah ku, kejayaan yang cemerlang di sisimu ya Allah. Hanya kepada Mu aku menyembah dan meminta pertolonga n. Melangkah masuk kelas. Ya Allah, kau permudahkanlah pengajaranku. Berikan ku ilham ya Allah. Pinjamkanlah ilmu Mu untuk ku persembahkan kepada anak2 muridku, aku mohon kepadaMu, jadikanlah ia sebagai ilmu yang bermanfaat.  Ya Allah, kau lembu

SEKOLAH DAH BUKA....

Sekolah dah mula balik. Cuti dua minggu je....rasa2 nak lagi. Walau bagaimana pun Alhamdulillah, dapat luangkan banyak masa bersama keluarga. Menyelesaikan urusan pendaftaran anakanda Amin di UiTM Segamat, menziarah mertua di Melaka, menziarah adik ipar di Penang. Paling bermakna dapat menemui teman-teman lama semasa sama-sama belajar di UITM. Mengimbau kenangan lama. Masing-masing dengan kerjaya dan kehidupan masing-masing. Syukur pada Allah swt, walau dari segi pencapaian kerjaya, mungkin mereka lebih baik tapi Allah beri aku nikmat yang tidak terhingga banyaknya. Nikmat hidup bahagia. Kini , kembali kepada 'Bussiness' hakiki....mengajar + tugasan yang tak pernah habis, bahkan makin bertambah.... Apa2 pun...amanah yang berbayar yang diberikan kepada ku, akan cuba ku lakukan sehabis baik dan penuh keikhlasan. Semoga Allah tinggikan darjat ku di sisiNya. Selamat berkhidmat kepada nusa, bangsa dan agama wahai cikgu semua. Posted by Admin  at  11:13 AM   , 1 com

BERDOA DAN BERNIAT. DI SITU LETAKNYA HARAPAN

B ack to school. Aku bersiap-siap untuk ke sekolah esok. Bag sekolah, kertas soalan dan jawapan peperiksaan pertengahan tahun dan lain-lain barang yang hendak ku bawa telah ku susun di muka pintu. Tinggal untuk diangkut oleh bantuan anakku Amir yang bersekolah sama dengan ku. Ada yang lebih penting daripada itu. Persediaan mental dan spiritual!. Aku mahu mulakan langkah ke sekolah dengan pengisian yang lebih bermakna. Aku mahu apa jua yang ku lakukan, membawa aku lebih dekat padaNya. Aku tak mahu mensia-siakan lagi, masa yang aku ada . Aku pegang kepada hadis Rasullullah SAW: "Apabila matinya seorang anak adam itu,maka terputuslah hubungan dia dengan dunia melainkan 3 perkara. Doa anak yang soleh,  Harta yang disedekahkan dan ilmu yang dimanfaatkan Dulu membaca hadis ini seperti angin lalu. Tahu maksudnya tetapi tidak tahu menghayatinya. Syukur Allah beri saya ilham melalui  penulisan Prof. Muhd Kamil bin Ibrahim, Hadis ini mula mengetarkan hati.   Ia ayat pendek, tetapi

MENGEMAS SAWANG

Imej
Assalamualaikum.. Entri 1 untuk tahun 2013 Wah! tajuk. Macam ada unsur persediaan hendak beraya.  Opp silap tu. Sebenarnya ia sekadar semangat baru... mengemas blog ini yang dah hampir setahun tak terjenguk. Bersawang!. Kenapa tiba2 nak menulis pulak ni...... Mungkin inilah ilham yang Allah SWT beri. Dia beri tak pilih masa. Dikenang ke belakang..... terasa setiap satu peristiwa yang dilalui atau setiap langkah  perjalanan hidup yang terhayun, saling berkaitan antara satu siri dengan siri yang lain. Ini yang dikatakan.. setiap apa yang berlaku ada rahmat di sebaliknya. Rasanya, belum masa untukku mengimbas peristiwa lalu yang  jauh telah ku tinggalkan ... cukuplah aku katakan, disaat aku membuat keputusan untuk menunaikan Umrah bersama suami tercinta, di saat tu lah bermulanya cerita. Cerita makna  sebuah kehidupan. Persoalan-persoalan. 'mampukah aku', 'beranikah aku'. ..... kerap bermain di fikiran. Aku lemah, aku banyak dosa, aku takut dengan balasan Tuhan