MEREKA BOLEH MENDAPAT EXTRA...

10.45 pagi. kelas 3I. Keseluruhannya pelajar melayu. Aku suka mengajar  kelas ni, walau agak ke hujung dari segi susunan kedudukan kelas dari segi prestasinya, tapi kemanjaan mereka selalu menyejukkan hati. Tiada masalah mengawal kelas. Kerja rumah sentiasa siap. Buku sentiasa ada. Lantaran itu, aku sentiasa berlapang dada untuk memanjangkan niat  untuk memberi yang terbaik untuk mereka. Aku mahu semua mereka lulus cemerlang dalam PMR nanti.

Ya Allah, kau limpahilah kasih sayangMu pada anak-anak murid ku  kelas 3I. Kau lembutkan hati mereka untuk menerima ilmu Mu yang aku sampaikan. Kau permudahkan pemahaman mereka, kau kukuhkan ingatan mereka dan berilah mereka kejayaan dalam PMR ini. Berikan mereka kejayaan di dunia dan di akhirat',

Penggunaan 'bintang' yang menjadi senjata ku untuk memenangi hati mereka agak berkesan.  'bintang' ku anugerahkan kepada  kepatuhan  mereka melaksanakan  arahan ku. Tiba masa mengira'koleksi bintang' .... berbagai gelagat mereka tunjukkan merayu supaya nama mereka tersenarai dalam kumpulan penerima hadiah yang bakal ku berikan. Ha!.. walau pun ku katakan, hadiah tu nanti tidak melebihi RM2... tapi mereka nak sangat untuk memilikinya  ...................... 

Dan aku..... sebenarnya masih terfikir2... apakah barangan berharga tidak lebih RM2, tetapi boleh menjadi  bernilai buat mereka..... pening loooo. ....

Apa yang ku harapkan dari 'permainan' ini ialah.... aku mahu mereka tahu... usaha mereka diharga, walau belajar dan membuat latihan memang satu rutin yang memang mereka kena buat... tetapi  mereka boleh mendapat 'extra' kalau meraka  sentiasa mematuhi arahan dan hormati guru. Hadiah dari hasil tangan sendiri mungkin lebih memberi makna pada mereka. Harap ... ia menyuburkan motivasi meraka....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH