Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2014

BINTANG

Selalu guna pemberian bintang untuk memotivasi  murid supaya buat latihan dengan cepat dan betul. Tapi ternyata ia hanya memotivasikan murid yang pandai jer ... murid lemah terus mengalah sebab mereka tahu mereka tak akan dapat..... Dan adakalanya guru tak mampu nak ajar sorang demi sorang akibat keletihan dan kekangan masa..... dan murid terus ketinggalan.... So, tambah kategori pemberian bintang pula... 'sapa murid yg dah siap dan dia tolong kawan yang tak siap / tak faham, cikgu bagi bintang lagi' Melompat murid untuk cari kekawan yang tak siap dan mereka bantu sehingga kawan dia dapat siapkan latihan dengan betul. Senyum puas cikgu. Berkesan!. Harap ia berpanjangan... Cakap kat hubby...... puluhan tahun mengajar... kenapalah baru ni idea ni muncul.... he2

MASTER KOMPUTER

Pernyataan yang boleh ditafsir dari 2 sudut yang berbeza. Satu kelulusan bidang komputer. Satu lagi.... pakar dengan komputer. Dulu.... orang bertanya aku....Cikgu Mazidah master dalam bidang komputer ker?. Dia ternyata terkejut bila aku menyangkal apa yang dia disangkakan.... Hari ni ada rakan guru yang baru namun kami dah mula mesra pula bertanya. Nada pertanyaan sedikit berbeza. .... Guru : 'Kak Mazidah .... macam mana kak Mazidah belajar komputer'.(kelihatan ada sedikit kagum dengan aku. Ia sekadar telahan ku berdasarkan bahasa badan) Aku: 'kenapa?' Guru: Tak derlah... jarang ada orang yang seusia macam Kak Mazidah minat dan pandai komputer macam Kak Mazidah (tua rupanya aku....... terima kasih mengejutkan aku dari lena...) Pertanyaannya telah membuat aku mengimbau kenangan lama ku.... dan SMKTIS jelas terbayang di ruang mata. 'Ia bermula di SMKTIS. Lama dulu. Aku diberi tugas sebagai penyelaras komputer. Masih ku ingat, masa tu di SMTIS ada bilik komput

UBI KAYU GORENG

Imej
Hu hu selepas ubi kayu rebus cacah sambal, kali ni ubi kayu goreng pula..... Resepi aku; Ketumbar, jintan manis, jintan putih, bawang putih dikisar ..... gaulkan pada ubi yang dipotong kecil, bersama kunyit dan garam.... goreng.... hidangkan... yum..yum

HASIAT PENGGAGA

Imej
Dulu setiap kali lepas bersalin....  Inilah lauk utama ku. Enaknya... walau dimakan begitu sahaja sebagai ulam. Yelah orang dalam pantang mana cicah sambal belacan ker sambal cencalok ker atau sebagainya...... Antara khasiatanya.... mengecutkan peranakan. Itu yang penting pada aku masa tu.... iaitu masa selepas bersalin..... http://www.petuatradisional.com/tips/khasiat-daun-pegaga Harii ku ulang lagi mengutip daun penggaga di kebun mak. Kali ni tak dijadikan ulam.... tapi masak lemak putih. Dihidang bersama ikan kerapu goreng dan sambal cencalok...  Ammar makan bertambah2.. Alhamdulillah.... Allah bagi nikmat

HASIL TUAIAN DI KAMPUNG

Imej
Sebahagian hasil tuaian di rumah mak.....Limau sambal, limau nipis, penggaga, daun kesum, daun kari, cili api.... makmurnya kampung..... dapat kongsi hasil dengan anak cucunya. Pisang juga turut mak bekalkan... Tidak ketinggalan ubi kayu.... sepokok jer. Tapi banyak isinya.... Terima kasih mak. Alhamdulillah.....

UBI KAYU REBUS

Imej
Ubi kayu yang dicabut di rumah emak kini telah bertukar rupa. Aku memang malas nak buat kerja 2 tiga kali. Semua ubi kayu yang dibawa balik ku kupas dan potong ikut kesesuaian jenis masakan. Separuhnya jadi ubi kayu rebus, separuhnya jadi ubi kayu goreng. Enaknya ubi kayu rebus cicah sambal.... ingat tak sambal tumis kosong yang ku buat banyak2 sebelum ni. So, kali ni ku ubah suai untuk dimakan dengan ubi kayu. Segengam ikan bilis ku basuh dan rendam dengan sedikt air. Beberapa minit kemudian aku blender dengan air rendamannya sekali. (Sayang rasa ikan bilis yang mungkin keluar pada air rendaman). Kemudian ikan bilis yang telah dikisar tu aku jerang atas kuali, beberapa , minit kemudian, setelah airnya surut sikit, baru aku masukkan sambal tumis yang aku dah ready masak sebelum tu..... kacau... kacau.. agak kering sikiy.. angkat dan hidang bersama ubi resbus... yum yum Resepi ubi kayu gorengku... di blog seterusnya.... Khasiat ubi kayu boleh didapati di link ini.... http://ad