UBI KAYU REBUS


Ubi kayu yang dicabut di rumah emak kini telah bertukar rupa. Aku memang malas nak buat kerja 2 tiga kali. Semua ubi kayu yang dibawa balik ku kupas dan potong ikut kesesuaian jenis masakan. Separuhnya jadi ubi kayu rebus, separuhnya jadi ubi kayu goreng.

Enaknya ubi kayu rebus cicah sambal.... ingat tak sambal tumis kosong yang ku buat banyak2 sebelum ni. So, kali ni ku ubah suai untuk dimakan dengan ubi kayu. Segengam ikan bilis ku basuh dan rendam dengan sedikt air. Beberapa minit kemudian aku blender dengan air rendamannya sekali. (Sayang rasa ikan bilis yang mungkin keluar pada air rendaman). Kemudian ikan bilis yang telah dikisar tu aku jerang atas kuali, beberapa , minit kemudian, setelah airnya surut sikit, baru aku masukkan sambal tumis yang aku dah ready masak sebelum tu..... kacau... kacau.. agak kering sikiy.. angkat dan hidang bersama ubi resbus... yum yum

Resepi ubi kayu gorengku... di blog seterusnya....

Khasiat ubi kayu boleh didapati di link ini....
http://adanaberkat-petuaideadanpandangan.blogspot.com/2012/11/manfaat-ubi-kayu.html...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH