AKU PERLU MULAKANNYA.....

5/5.... kaki melangkah lagi ke sekolah.... dengan doa:
Ya Allah berilah aku kekuatan mental fizikal untuk meneruskan hidupku. Bantulah aku untuk jadi lebih baik dari sebelum ini.

Ya...sebelum ini aku banyak berkira-kira untuk pencen awal . Entahlah.... banyak betul yang menyebabkan semangatku merudum.  Mungkin terlalu lama berada dalam situasi yang sama telah menjemput rasa bosan. Ada kawan yang mencadangkan agar aku pindah sekolah untuk dapatkan suasana baru, yang mungkin boleh membantu ku menyemarakkan kembali semangat ku. 

Entahlah..... Apakah tempat kerja yang menjadi masalahnya......

Wal hal kalau nak dihitung, memang tak terkira nikmat yang Allah beri pada ku di sini.

Sekolah tempat ku bekerja, dekat sahaja..... dalam masa 2 minit dah boleh sampai. Pentadbirannya pula sangat baik dan selalu bertolak ansur. Memanglah ada kala keputusan mereka ada yang tidak serasi dengan ku. Tapi seperti kata- kata PK pentadbirannya.... antara lain, 'cikgu melihat dari pandangan guru sahaja.... tapi pentadbir melihat dari atas, yang sangat luas dan banyak peringkat.... bukan senang nak buat keputusan yang memuaskan hati semua orang....'. Aku akui dan terima hakikat itu. Pelajar- pelajar ku pula dalam katogori baik. Lantas apa masalahnya......

Kawan sekerja pun ... tiada membawa masalah padaku.....

Lantas.... apa masalahnya.

Tiba-tiba mata ku terpaku oleh satu kad islamik oleh doktor Asmadi. Melalui kad itu  Allah mahu aku berfikir..... dan melalui kad itu aku tahu jawapannya....

https://www.facebook.com/drasmadi/photos/a.383423542407.165322.162639352407/10153001159627408/?type=1&theater

Aku Pasti..... ini bukan  salah sesiapa pun. Banyaknya memang salah daripada diri ku sendiri. Aku yang perlu mengubahnya. ..... lantas aku mengharapkan 5/5 akan bermula segala yang baik- baik dan kesudahannya juga baik.

Ya Allah mudahkanlah......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG