Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2009

DASAR PELUPA.....

Hari ni daripada sampai sekolah hingga nak balik.... ngadap laptop je... Tengah cosentret buat Graf Prestasi Diri murid yang diajar. Cikgu2 kena ingat ye... kita kena buat GPD murid yang kita ajar berdasarkan markah headcount yang saya dah beri. Saya ni suka menggunakan komputer. Nampak smart gitu.... tu yang sanggup mengadap komputer dari pagi ke petang. Sampai berpinar biji mata....

Saya bina graf bagi setiap individu yang saya ajar... guna excell je. Tinggal isikan markah & graf terbina sendiri. Kalau cikgu2 nak guna boleh lah.... tapi simple aje lah, tak canggih & setakat ini hanya untuk PMR je... Doa2lah saya rajin terlebih. Boleh saya binakan untuk SPM juga....

Hu... hu sebenarya dalam leka membuat.... risau juga. Takut tak siap menanda KKG. Tapi keinginan nak tolong kawan2 besar juga.... Maklumlah, HC begitu popular sekarang... rasa2nya kalau pelawat datang.... dia minat nak tengok fail HC kita.... saya agak je.... so, mari kita sama2 bereskan HC ni ye cikgu2....

Sibuk me…

AMMAR VS AMILI

Dua2 tu anak kecil saya.... hari2, bila saja sampai pintu pagar rumah, salah seorang mesti menangis. Sebabnya berebut nak ambil surat kat pintu pagar. Kalau sorang ambik, sorang lagi nangis & begitu lah sebaliknya. Hampir sebulan dah ni kena buka pintu pagar.... (ye lah tiada pembantu rumah...), hari2 tulah salah sorang akan menangis....

Nangisnya taklah lama.... bila saya dakap & berkata esok Mili pulak ye.... atau esok Ammar pulak ye... diaorang terus diam.... Naik fobia saya bila nak sampai pintu pagar... kerana kena bersedia dengar tangisan.Kadang2 angin jugak saya... Yelah dah penat.......

Kalau tak pasal surat pun.... pasal nak masuk rumah 'first'.... Tak dapat first pun nangis juga.... hari2 ada je halnya... Agaknya tu cara diorang tanya khabar kot!. Maklumlah satu hari tak jumpa... Dah masuk rumah... okey pulak diorang .... main sama2, borak sama2... Kalau mamanya tidor lagilah okey diaorang... pakat2 buat yang betul... pakat2 buat yang tak betul.... Apa2 pun ana…

TERLEBIH KERENAH.....

Hari ni di sekolah menyibukkan diri... tak berhenti. Pagi mengawas kelas periksa. Rehat tak ke kantin, terus sambung memprint headcount untuk tingkatan 1 & 2. Print out HC memang banyak.... anggaran 1 tingkatan 1 rim. Itu pun.... pilih2 je. Kalau nak diikutkan .... seorang pelajar 1 print out. Untuk guru kelas pun ada.... Tapi tak laratlah saya nak ikutkan semua.... takut rosak printer kat umah ni.... Alhamdullillah, tinggal tingkatan 4 yang belum selesai. . Terima kasih adinda cikgu Amirul yang tolong membereskannya.... (Semalam mesyuarat pengurusan sah.. dia ganti saya sebagai guru headcount). Kepada guru2 yang dah dapat print out tu, jangan lupalah simpan kat fail headcound masing2 & jangan lupa buat graf prestasi diri untuk setiap anak murid cikgu tu....

Pukul 12.00 sambung dengan mesyuarat panitia. Belum pun habis mesyuarat.... datang pula 'panggilan'.... 'nak borang2 semak buku latihan'. Pelawat dari Jabatan nak tengok!... menggagau mencari..... Tak tersu…

KUNCI OH KUNCI

Hari ni penuh semangat... nak balik cepat. Berazam nak siap lagi kerja yang masih tertunggak. Ingatkan balik awal, dapat kemas rumah & masak sebelum ambil anak2 kul 3 ptg..... Alamak!, nasib tak baik.... tertinggal kunci.... Entah saya yang pelupa, entah ini disebabkan tiada pembantu rumah yang jadi tukang buka pintu....... Aduhhhhhhh.....

Telefon suami.... ngadu. Dia kata 'nak abang balik ke... cuti setengah hari'. Terharu rasanya... suamiku tak kan biarkan aku dalam kesusahan.... Ikut kan hati, memang nak dia balik, tak yah aku yang susah.... tapi rugi tu.... 'kalau balik, kira cuti 1/2 hari'.

So.... saya tawarkan diri ke K.L... ambil kunci. (sebenarnya saya tak berapa ingat jalan pun..... tapi ke mana kan ku bawa diri.....). Tengok minyak tinggal 3 bar.... kata suami cukup tu utk pergi balik, tapi saya tak yakin (sebab saya kena ambil kira kalau saya tersesat).... cash pun tak de..... So ambil keputusan keluar duit kat ATM, beli stok anak2 takut lapar dlm perjala…

LEMPENG KelaPA

Imej
Selamat tiba di rumah sendiri menghampiri 2 petang. Konon nak balik awal tapi.... kerah petik rambutan hujung.... tak pro betul diaorang tu... pepah 1, jatuh 1.... macam manapun dapatlah sedikit hasilnya ....


Semalam singgah, hari ni singgah... sarapan di gerai yang sama



Singgah sarapan pagi kat warong semalam... tapi kempunan lah diaorang nak makan lempeng kelapa... sekarang ni, susah nak dapat restoren jual lempeng. Dahhhhhhh.... kul 11.00 baru nak sarapan, apa agi yang tinggallll



LEMPENG KelaPA
(Istimewa untuk Wajier dengan ucapan.... rajin2lah buat sendiri)

Bahan-bahan ( 2 org lebih pun tak pe (tp tmbah sukatan) )
2 cawan tepung - (anggaran je ne)
1 cawan kelapa parut
Air - ikut kepekatan
Sedikit garam
Minyak ukt mgoreng

Cara-cara
Satukan kesemua bahan,jgn terlalu pekat atau cair.Agak2 mcm nak buat cekodok.
Panaskan minyak dlm kuali ,tuangkan adunan kedalam dan tutup sebentar,supaya lempeng tu masak sekata.Dah masak angkat dan hidangkan dgn sambal tumis. Kenangan dari Wakjir dari Melaka
Abis!…

GEMPAQ!

Imej
Di Kem Integrasi Peringkat Kebangsaan KPA.... Apabila keputusan2 pertandingan diumumkan... menunggu juga kemenangan daripada squad Selangor.... Rupa2nya dari banyak2 pertandingan, hanya menang 1 hadiah je... itu pun tempat ke 2. Sapalah... pengerusi negerinya tu.... Wakjier juga.... tapi dia mesti ada alasan sendiri.... 'sebab dia tak turut sama dalam kem tu.... (agaknya lah). Tapi... Wakjir kena risaulah.... kenapa Selangor tak menang ......


Di Kem Medic, kononnya nak dapatkan pemeriksaan... tapi doktor tak datang lagi.... kalau tak dapat kebenaran di kuarantin.... 7 hari U Gempaq! Bila time nak balik.... kami diberi maklumat... pintu pagar telah ditutup. Tidak seorang pun dibenarkan keluar, kecuali setelah disahkan sihat!.... huwah3, rupanya kem telah diserang wabak H1N1. Dengar cerita 7 orang disahkan positive..... Kami pun menunggu.... tapi anak2 kecil saya dah mula merengek nak balik.... apa lagi...kami pun 'toleh kiri, toleh kanan' kat pagar tu.... bila tak de pengawa…

KU LIHAT OREN........

Imej
Hari ini kami ke Kem KPA Peringkat Kebangsaan di Kem Pengakap Bukit Katil Melaka....


Pergi Kem KPA... kenalah mengorenkan diri.....sehingga bila terserempak dengan Timbalan Pengarah Bahagian Kokurikulum Kementerian.... kawan lama, Encik Rashid Mean... dia pun cakap ... U pun berbaju oren..... ye le menghormati majlis gitu


Pengerusi negeri tak dapat sertai Kem sebab tugas sebagai pentaksir..... so....jadilah kami pemerhati dari jauh je ... tak merasalah duduk sebelah VVIP... duduk bawah pokok je lah....

Datang sini... dengan pakej jurugambar.... so banyaklah postnya....


Balik Kem singgah shopping kat bandar hilir.... cari sagun bakar untuk jamu kawan2 yang tak ikut....

MEMBLOG DI PANTAI

Imej
Sekarang kami berada di Pantai Puteri Melaka, tak jauh dari rumah Pak Mertua. Sejak Wakjir kenal pak mertua.... kami kena rajin bawa anak ke sini. Sebelum ni kami jarang bawa anak2 mandi manda di sini.... malas nak layan & anak2 pun tak dibiasakan... Tapi sekarang..... anak2 asyek merengek je supaya dibawa mandi di sini.... Wakjier & anak2 pun sama ... Beriya nak terjun laut.... release tension.

Saya duduk kat tepi pantai je, memerhati dari jauh... tapi tak lepas menulis blog ni... zaman IT... kat mana2 boleh melayari internat. Canggih gitu...


Anak2 berseronok bermain air bersama Wakjier, Faridzyul, Saleh & Chayol


BEREBUT TILAM

Pukul 8.30 malam tadi... bertolak 2 kereta ke kampung halaman suami.... Melaka. Saya sebenarnya kena iringi (tak rasmilah) Pengerusi KPA Negeri... Sapa lagi, Wakjier lah ke Kem Perkhemahan KPA Peringkat Kebangsaan di Kem Pengakap Bukit Katil Melaka. Dia bawa sekali anak2 dia, Faridzyul, Saleh & Chayol.

Tiba di Melaka, lebih kurang 10.45 mlm. Singgah 'medang' di restoren kat Tanjung Kling. Makan makanan kegemaran... 'Roti John & Ayam Golek'....... 11.30 malam baru sampai ke rumah pak mertua.... apa lagi berebut tilam lah kami.... masing nak tilam tebal..... demand pulak diaorang tu... padahal diaorang kan biasa dah tidor kat khemah. Berlantaikan bumi yang tak rata, lagi keras gitu.... tapi kat sini ngada2 pulak... Macam mana pun, anak tuan rumah lah yang menang. Dapatlah kami tidur lena beralaskan tilam empuk......

Pagi2 dengar ada masalah lagi diaorang tu.... bergaduh nak mandi... tolak menolak...... sampai ber'lat ta lilat tali tamplung'..... . Janji na…

KENANGAN DARIPADA ABAH

Imej
Pukul 10.30 kami adik beradik seramai 8 orang bersama emak kami berkumpul di pejabat tanah... berkaitan petisyen dan pendengaran... pembahagian harta pusaka ayahanda kami Allahyarham Ibrahim bin Suhip.... Harta tak lah banyak sekeping tanah 3 ekar di Kg Tok Muda, 2 keping tanah, 1/2 ekar setiap satu dibahagi kami 8 beradik.... tapi kami memenuhi wasiat abanh kami tentang harta dia tu....


Mula2 suspen juga .... seorang abang tak sampai.... walau dah pukul 11.00. telefon pun tak dapat2.... Muka2 masing yang lain.... muka menahan sabar. Sorang tak de.... bermakna.... tak boleh teruskan... Kalau tak jadi.... sian abang yang dari Penang tu.....Alhamdullillah dia sampai juga. Tapi pelik di tangannya ada topi keledar. Setahu saya mana dia ada motor... Rupanya... dia kata... keretanya kena block oleh banyak motosikal pelajar2 di belakangnya.... dia kata, tak kan nak pindahkan motosikal tu satu persatu... So... alternatif dia... pinjam motor kawan... sampai tadi dia kata.... 'takut juga... …

NGELIP2 GITU....

Imej
Hari ni bertuah.... dapat gelang ngelip2 gitu... hadiah sahabat baik, sahabat serombongan ke Bandung.... Cikgu Shaskinah... Entah saya yang bertuah, entah rezeki saya yang murah....Entah cikgu Shaskinah yang baik hati.... kira saya bertuah lah....

Gelang Dah Bertukar Tangan Bila renung2.... takut pulak! Macam mana saya tergamak terima pemberian yang semewah tu... Syarat yang dikenakan... 'kena pakai'. Susah juga tu... saya ni bukan biasa bergelang.... selama ni tangan kosong je... kali ni kena 'ngelip2'.... Tunjuk kat suami... dia kata... 'nanti putus'..... Dia kata macam tu sebab dah banyak dia perhatikan... gelang saya putus. Saya cuba lah jaga & cuba lah terus 'bergaya' ye Kin.... Hari ini ngajo kalau boleh nak menulis banyak je kat papan putih.... saja nak 'iklan free'. Tapi dalam buku RM... aktiviti.... 'budak2 terlopong'... Eh bukan tengok gelang... tapi dengor cikgu dia ulangkaji..... Minggu depan nak peksa.... nak tak nak... …

ADA KETIKA TOMBANG JUGA

Malam tadi... klimeknya... saya tak dapat bertahan. Walau cuba gagahkan diri, walau cuba kuatkan semangat, walau cuba hadapi dengan keadaan yang biasa... akhirnya saya kecundang.... Apa lagi, meraunglah yang saya tahu... mula2 perlahan... bila suami datang membelai.... lagilah kuat meraung. Rasa nak muntahkan segala yang terbuku dihati... hampir pukul 2.pg baru tangisan ku reda... Itu pun setelah puas dipujuk suami...

Tak tahu lah ... rasanya saya ni semangat juga untuk siapkan tugasan. Walau macam mana pun saya mesti siapkan.... tapi kali, bila dah hampir 2 bulan saya menghadapinya... saya hampir putus asas. Lagi pun, fikiran ni bercampur baur. Semalam dapat mesej dari SU PMR... bermakna saya kena siapkan penandaan kerja kursus yang beratus tu, mesej dari PK1 nak data HC, nak borang pencerapan & ditambah faktor keliling menambah pula tekanan. Hati tak tenang.. Tu yang .... apa lagi meraung. Sesungguhnya.... ada masa saya pun tewas juga, ada ketika tombang juga...

Pagi.... suami te…

ADIK & ABANG

Imej
Abang & Adik
Abang Ammar berusia 6 tahun. Adik Amili berusia 4 tahun. Tarikh lahir mereka sama. 11.11. Mereka penawar & penyeri rumah tangga. Abang Ammar, tenang, lembut & rasional. Semua perkara sama ada boleh atau tidak dia mudah terima jika ada alasan yang logik. Adik Amili agresif & ringan tangan. Dia belajar melalui apa yang dia biasa dia lihat. Pagi2, tanpa disuruh, dia akan masukkan baju salinan dalam bag tadika abang Ammar,ambilkan susu, ambil kasut kerja abahnya.... dan apa je lah yang boleh dibantunya.


Adat bersaudara, mereka ni kejap gaduh, kejap baik. Masa diaorang berbaik... tenangnya hati melihat diorang bergurau senda, bekerjasama, saling membantu, saling menyokong, saling memberi semangat dan saling menjagai. Kadang2 terdengar mereka menyanyi ... 'apa yang penting.... kerjasama!'. Bila diaorang bergaduh, bingit juga telinga dibuatnya. Melalak....!. Biasanya ... saya jarang masuk campur. Saya biarkan je.... Bila salah sorang tak puas hati, mula l…

SAYA MENULIS BUKAN KERNA NAMA...

Boleh dikatakan hari2 saya akan menulis di blog, mencatatkan segala peristiwa yang saya lalui atau yang saya perhatikan. Saya tulis untuk diri saya sendiri. Mungkin apa yang saya catat.... akan menjadi sejarah yang bermakna buat saya, terutama sejarah sebagai seorang guru ,sejarah sebagai mama, & sejarah sebagai seorang sahabat.

Kadang2 saya risau juga... kalau terdetik di hati pembaca, cerita saya tidak berkualiti, cerita saya tidak bermakna, cerita saya tidak sesuai untuk mereka. Tapi seperti saya katakan... saya menulis untuk saya sendiri walaupun ia terbuka kepada orang lain untuk membaca....

Sebenarnya, menulis blog ni memberi maknanya sendiri. Dalam perjalanan hidup kita, dunia kita bukan setakat dalam rumah kita sendiri.... Kita juga terlibat dengan orang lain. Macam saya.... saya terlibat dengan anak murid, rakan sekerja, boss, masyarakat dan pencipta. Menulis di blog, hanya sebagai rumusan apa yang kita lalui.... Saya rasa.... kalau menulis blog secara suka2 pun, orang mest…

KEMPUNAN

Pukul 4 petang tiba di rumah, terus ke dapur. Uli & masak karipap. Menunaikan hajat Amin nak makan karipap & nak tapau sekali untuk kekawan di asrama. Macam kipas kudunglah nak menyiapkan berpuluh biji karipap... budget untuk 3 anak2. Masing2 ingat kekawan di asrama. Yang di rumah pun... nak juga sebagai minum petang.... Selesai dengan karipap.. siapkan pula Falio KH Amir, mem'print bindingkan....

Sambil tu... mulut dok 'sound'2 kat anak2... suruh bersiap cepat, kerana adik Amili belum saya ambil. Nak ambil dalam perjalanan menghantar mereka ke asrama.

Tiba di asrama.... abang Amin tercari2 bungkusan karipap dia.... rupanya.... dek kerana kelam kabut dek desakan mamanya dia tadi.... dia terlupa bungkusan karipap dia.... Saya pun tak perasan ..... (mana taknya.... saya tak sebaik abahnya .... Dia akan check dulu sebelum keluar rumah, takut2 anak2 tertinggal barang.... Tapi saya... saya serahkan kepercayaan kat anak2...). Kesian Amin... lama dia teringin makan karipap…

TAK SELESAI JUGA....

Lepas sekolah semalam terus ke PPD. Jumpa JU Headcount yang kebetulan berada di sana. Itu lah yang saya hadapi... Yang orang tak nampak. Masalah Headcount yang tak selesai2 dik kerana sistem. Setiap tingkatan ada je masalah yang berbeza... Sekarang tengah selesaikan pula HC tingkatan 1, 2 & 4.

Rasa2 macam putus harapan je... Sebab masa saya yang terlalu banyak diambil untuk menyelesaikannya... Sekolah lain, HC & SAP dibuat oleh orang yang sama. So... dia tahulah apa yang tak kena dengan SAP. HC sebenarnya senang je.... guna data SAP... tapi dik banyaknya masalah dalam SAP.... sayalah yang kena selesaikan... tension3. Nasib baiklah Cikgu Amirul banyak membantu..... Itupun banyak halangan lagi.... HC tingkatan 4 yang hampir selesai... hilang dek laptop saya yang 'kong'. PostMortem tingkatan 3 & 5 yang dia selesaikan sampai berpinar biji mata.... hilang begitu je... dek Virus!...... Sabar yu Amirul.... nanti akan belanja & yang paling penting akak akak banyak aja…

SAYA TAK NAK SYOK SENDIRI....

Sepanjang cuti hujung minggu 2 hari ni saya menghabiskan masa membuat BBM untuk anak2 tingkatan 3 yang akan menghadapi PMR ni. Baru teringat minggu depan, diaorang mula periksa percubaan. Tak sempat buat ulangkaji. Sibuk menghabiskan silibus je....

Walau kerja perkeranian masih banyak yang belum selesai... terutama laporan headcount... tapi saya buat2 lupa lah kejap.... Apa tah lagi, laptop yang saya gunakan untuk Headcount rosak... & sedang dibaiki suami... tak tahulah sama ada datanya boleh diselamatkan atau tidak..... kalau tak... Alamat kena buat semua lah.....

Saya tidak mahu rasa menyesal kerana tidak memberi perhatian kepada pelajar2 saya... Saya nak bantu mereka mendapatkan keputusan yang cemerlang. Mereka semua berpotensi. Saya memang tidak pernah jemu membuat BBM untuk mereka. Transperansi, Powerpoint, dan Modul saya buat untuk semua tajuk. Tapi saya masih tidak puas hati kerana saya rasa, saya hanya syok sendiri ..... nak habiskan silibus. Kini... setelah silibus habis, s…

AMILI ANAK KU

Amili anak ku berusia 4 tahun. Selama ini, dia membesar sepenuhnya dengan pembantu rumah. Saya jarang membawa dia kalau saya keluar. Kadang2 saya balik kampung Melaka atau saya bercuti pun, saya tinggal dia. Saya rasa dia lebih selesa tinggal di rumah sendiri ... (Iya ke? ke malas melayan kerenahnya).

Kini bila dah tak da pembantu rumah..... kena lah jaga sendiri anak kecil ni....baru ku kenal sifat anak ku ini...

Aduh.... dalam tak banyak kerenah ..... dia memang banyak kerenah!. Dalam senyap dia... habis bedak compac, bedak debu, gincu, syampu.... habis di tabur atau dipecah2....... (tu yang mamanya tak berbedak & bergincu) ... dapat guna sekejap je... lepas tu....musnahlah. Kalau barang2 hilang... banyaknya dia punya hal lah. Dia suka ambil bag plastik atau bag apa2 aje lah... & dimasukkan semua koleksi dia dalam tu.... daripada berus gigi, ubat gigi, sabun, bedak, air batu dan pelbagai2 lah dalam bag

Main air memang dia suka sangat.... Kejap2 dia kata nak kencing.... masa tu…

SIBUK BER'KEM' (AS) .....

Sana sini orang sibuk pasal Kem. Anak ku Amirul kem di Ulu Yam dari 17 - 19 Julai. Susah juga dia tak da. Yang sinisnya.... sebelum pergi dia pesan kat saya.. ' ma esok, Yul tak da... ma sapu sampah, masak nasi, jaga adik dan lain2 lagi kerja'. Rasanya pesanan tu selalu saya beri kat dia.... tapi kali ni dia pula yang pesan kat saya.... Perli lah tu...... Tapi tak pe.... sok, anak yang kat asrama balik sebab Isnin dia orang cuti... bolehlah minta tolong kat dia orang pulak....

Kat sekolah.... Petang ni mula Perkhemahana Perdana khusus untuk murid tingkatan 1 - 2. Mana kala satu lagi group,tingkatan 5 - 6 atas... camping kat Banyu Manis Bukit Kerayung... Semoga berjalan lancar. Sian cikgu Wazir... minggu lepas, Kem Komandan Perkampungan Ilmu KRK di Teratak Hijjaz, Putrajaya. Minggu ni, bawa tugasan yang sama di perkhemahan itu. Minggu depan, dia ke Melaka, Kem KPA peringkat Kebangsaan... tahniah2 lah ye Wak!... he2.

Saya ada terima jemputan untuk menyertai majlis penutupan di ke…

JANGAN PANDANG BELAKANG

Hari ini pergi sekolah dengan perasaan bosan & penat.... Jumpa kawan... pun macam sama je. Borak dengan Cikgu Zai dia pun rasa semacam je... tahun ni kelam kabut sikit. Kerja tak terurus. Jumpa Hanafi.... bosan & penat juga ayatnya. Jumpa Yan.... Bosan & penat juga cakapnya. Borak ngan Zaurah.... tak dapat lari, penat sangat juga katanya. Dia kata kita kena pikir rumah tangga juga. Jangan kerana kerja, rumah tangga berantakan!. Jumpa Wazir... sama juga. Bosan!. Wazir kata... 'kena buat sesuatu lah'. (Biar seronok ngajo lah tu ). Katanya... 'Wazir ni muda... tak kan, Wazir yang nak ubah!'. Borak ngan Mazlan... lagi lah ketara sangat ke'tension'an dia. Dia banyak jadi mangsa je... urusan KWSP ke pencen sangkut, beli rumah nak kena bayo, nama tak ada dalam senarai guru2 akademik tingkatan 6. Beban kerja banyak sebagai Ketua Bidang Sains & Metematik yang terlibat dengan PPSMI. Masa ngajo banyak. Pegang Ketua Pantia Metematik pulak... nak buat relif,…

SATU PERSATU KU ATUR LANGKAH KU

Malam dah larut benar nampaknya... menghampiri 2.00 pagi. Saya masih dengan laptop kesayangan.... Malam ni... meneroka alam reka 'bentuk' blog. Try & belajar daripada suami. Rasa bosan pulak dengan rupa blog yang lama.... Tapi... banyak kerja juga bila tukar rupa ni. Banyak 'link' didelate begitu saja... huwah3 kena buat yang lain pulak....

Sedang sibuk dengan me'feysen'2kan blog... ternampak catatan baru dari rakan karib, Che Ana. ... 'Na... saya rasa keputusan kau betul'. Sebelum dia buat keputusan tu pun, hati kecil saya berdetik.... 'tak perlu kembali ke sekolah, teruskan dengan kerjaya baru mu'. Minggu lepas, sempat berbual dengan Abang Bidin. Cerita tentang bidang kerjayanya (apa lagi penyelidikan lah...) & kerjaya Che Ana. Rasa seronoknya.... kerja yang saya suka... 'Membuat sesuatu yang baru'. 'Belajar ilmu baru'. Kalau dekat.... saya pun nak ikut...

Rasa2nya macam saya dah bosan dengan kerja saya... Sebab saya rasa…

LELAKI TAK BOLEH NANGIS

Hari ni Amirul .... tunjuk kasut sekolahnya yang koyak (besar tu...). Dia kata .... ’ma Yul perlu kasut baru....’. 'Ala ... pakai je kasut tu'. Dia jawab .... ’tak leh, nak gi kem, nanti masuk pacat!’. Saya kata ’tak pe lah. Budak lelaki tak boleh nangis. Budak lelaki kena kuat. Kena semangat!’. Dia kata ’ma belikan barang, baru lah semangat’. 'Barang2’ yang dimaksudkannya tu.... adalah barang2 yang dia perlu bawa pergi Kem pada 17-19 Julai ni di Sungai Tua, Ulu Yam. Semangat nak pergi kem rupanya........

SEMUA KENA BUAT SENDIRI

Bila tak de bibik…. Kami suami isteri agih2 kanlah kerja rumah antara kami.. Keadaan macam mana pun, urusan rumah kena buat juga ... kena pandai2lah urus!.

.... Satu cara ’sub’ kat anak2 lah... Selalu yang jadi mangsa Amirul lah.. Anakku darjah 5, yang kami lantik jadi ketua kepada adik2nya. Amirul... ni, akalnya cerdik sikit.... banyak ulasan bila kita bagi arahan kat dia....

Semalam.... minta tolong dia masak nasi. Dia kata ’Yul mana tahu’.... (sebelum mamanya kata apa2), dia dah kata dulu ’ha..ha. tak payah nak ajar2’. Senyap je la mamanya.

Petang, bila suami balik.... saya minta tolong dia pula. Tapi dia kata.... ’suruh Amirul’. Kami pun pujuk lah Amirul. Abahnya kata ’ Yul kena belajar ... nanti klu mama & abah tak da ( berjalan lah tuuuu), Yul boleh masak sendiri’. Amirul pun berkata ’ Ha ah ma, kat Kem, semua kena buat sendiri. Pasang khemah, masak...... dsb. Mualimah kata dia tengok je. Dia tak tolong. (Wah best ni... nampaknya ada harapan dia nak menolong). Tapi rupanya dia …

PATAH BALIK

Tiba di rumah, lewat petang semalam, terasa letih yang amat sangat. Bila suami balik... mula buat muka kesian. Larat masak nasi je..... Lepas magrib dia pun ke pasar di belakang rumah beli lauk. Saya pun... apa lagi, lepas solat terus tidor. Anak2 kecil 3 orang tu... tawakkal je. Dah tak larat beno.

Pukul 11.00 malam terjaga dek bunyi mesej. Cikgu Razak. 'Aku dah tulis (komen) di blog. Salam kat suami & anak2'. Apa taknya... 2 post saya khas untuk dia. Dah terjaga ju.... bangun le & buka laptop. Begitulah hari2, buka mata, ingat kerja sekolah yang tak beres. Sebelum buat kerja sekolah.... buka blog & upload gambar2 masa Kem RK di Teratak Hijjaz. Itu kan kenangan.

Sebenarnya... badan rasa tak sedap. Rasa panas yang melampau walau beraircond, apatah lagi setakat kipas..... Gagahkan juga ngadap komputer. Sambil kemas2 ruang tamu yang disepahkan oleh si Amili lah tu... Menjelang 4.00 pg, terpaksa masuk tidur nak cover tenaga untuk teruskan kerja paginya.

Pukul 6.00 pg ban…

TAMATKAN LAH EPISOD....

Rupanya isu... tulisan di blog, tak selesai lagi. Cikgu2 & pelajar2 masih memperkatakannya. Tadi pun, bila nampak anak 3RK 08 berkeromon, berhadapan dengan Cikgu Wazir, saya dah agak dah, mesti isu tulisan di blog. Kebetulan pula, masa tu saya perlu ke kelas ' prep', tak boleh lah nak join. Tapi sebenarnya, saya pun malaslah nak dengor. Malaslah nak pikir. Akur je lah. Budak bijak!. Macam mana kita cakap, dia akan pusing kat lain pulak!. Pada saya, kita hanya nak tunjukkan mana yang sepatutnya... tapi kalau masih nak berdegil juga, tak pe lah. Tak jadi hal kat saya.

Tapi saya pujilah kawan2 dia tu. Bersatu hati!. Sanggup merayu, meminta maaf kat cikgu, janji cikgunya tak buang mereka. Cikgu tak marah diaorang. Pada hal, kawan2nya tu tak salah apa2 pun. Itulah yang kami harap dapat kamu terapkan dalam jiwa kamu. Bersatu hati!. Tapi bersatu hati, biarlah kepada kebaikan. Bantu-membantu dalam pelajaran. Bantu-membantu dalam kesusahan. Ingat mengigat untuk kebaikan. Jaga menja…

BORAK2 JE

Ingat, hari ni nak balik awal. Rehat2 dulu sebelum ambil anak. Tapi selepas loceng balik....... anak2 3RK, datang ingatkan saya ada 'prep'. Aduh! tak bersedia mental & fizikal!. Lepas tu ... diingatkan pula, petang ni bertugas hingga 4.30 ptg. Lagi sekali, aduh!. Anak2 tak dimaklum. Mereka tak diberi wang saku lebih. Macam mana ni...

Pukul 3.00 ptg.... mula rasa gelisah, ingat anak2. Apa lagi... telefon pak angkat dia... Wak. 'tolong ambik anak2'. Alhamdullillah. Beres.

3.30 petang... jumpa kawan baik kat kantin. Sape lagi klu bukan.... Cikgu Nasa. Macam biasa.... dapat makan free. 3.45 petang, anak2 kandung datang bersama Wak. Terima kasih, Wak. Apa lagi.... sambung borak lah. 4.00 petang.... Yan pula datang.... sambung borak lagi..... Sebenarnya saya paksa diaorang teman saya bertugas sampai kul 4.30 petang... ( bertugas apa... borak je kat kantin.... sorry boss)

MAMA SIBUK JE

Wah... bestnya, dapat manjakan diri... bangun, bila matahari dah lama.. terbit. Lama tunggu hujung minggu ni nak relak2. Tapi tak relakkkkk.... pun. Tugas suri rumah kena dibuat juga.... Sejak tak da bibik, malas dah nak keluar rumah. Jadi... kena rajin2 masak. Ponat222. Anak2 yang asrama, Amir & Amira balik.... dapat lah diaorang bantu sikit2.

Semalam Amir ada minta tolong tunjuk dia siapkan kerja rumah matematik & tolong jahitkan butang baju & seluar dia yang koyak. Mamanya cakap.... esoklah. ...

Tapi, petang, bila anak2 dah nak balik, baru saya teringatkannya. Bila ditanya... 'kenapa tak ingatkan mama'. Amir jawab...' Amir nampak, mama sibuk je....'. Nasib baik saya tanya, kalau tidak... tak buat kerja rumah & pakai baju dengan butang hilang satu lah anak ku'.

Sibuk betul mamanya ni... entahlah, sibuk ke atau tak pandai mengurus masa.

Malam barulah dapat ngadap komputer. Banyak kerja yang Cik Miah nak saya siap kan..... Huwah2.... Nak berenti jad…

WARKAH BUAT CIKGU RAZAK

Tulisan kali ini khas utk cikgu Razak sahaja. Pembaca lain... tak yah lah baca....

Mengimbau kenangan bersama Cikgu Abdul Razak. Tahun pertama di SKI... Razak adalah Pengerusi Kelab Guru SKI (BAGUSS). Pandangan pertama.... Wau! hebat cikgu ni... (Razak lah tu...).

Tapi kau tahu Jak, pada awal2 kehadiran di SKI... kau antara beberapa nama yang telah buat saya & kawan baik saya Cikgu Sakila ( Skrg Madam Sakila.... sebab dah jadi pensyarat Maktab KB) selalu menangis. Macam2 cerita sampai ke telinga kami ... tentang penerimaan kau orang (orang lama2 SKI). Kebanyakannya berperasangka tak elok dengan kami...... Sebagai orang baru, kami tak mampu untuk menepis tuduhan2 itu. Hanya berdiam , bersabar & menangis je lah... (ciwek katakan...). Semua tu menjadi kenangan. Mungkin kami yang silap. Kami datang dengan 'aura' muka garang & pemangsa kot! Betullah...'Tak kenal, maka tak cinta!'. Ha3

Tak kiralah walau macam mana mulanya penerimaan kau mula2 saya datang dulu.... T…

BUAT SAHABAT KAMI, CIKGU RAZAK SUPARJAN

Imej
Dedikasi buat bukan Superman... tapi anak Suparjan.

Waduh2... dah hebat kau sekarang jak. Dah jadi model 'cover majalah' gitu.... Siap ada video klip tuuuuuu....

Disebalik pembikinan.... Album & Video klip... Aku Bukan Superman.... tapi anak Suparjan je..'.
Selepas beberapa hari kerja2 pemilihan gambar... koleksi 2004 hingga kini (Gambar2 di Bandung)....Malam tadi... di Teratak Hijaz kemuncaknya. Ingat gi situ boleh bersenang2.... lenang2..... Suamiku... Aminur Rashid Abdul Ghani.... tak tidor malam tadi kerana menyiapkan Video Klip tadi.... dan saya.. pagi2 buta sambung kerja pem'print'nan di bilik nak penuhkan album tu lah... (maaf.... Kem Komandan & Penyelaras program... saya telah curi2 buat kerja lain). Dah buat awal... tapi masalah ink printer. Ada yang tak kena... So, Jak maaf lah... kualiti gambar tak memuaskan. Tunggulah kami buka kedai gambar.... baru print out gambar cantik kot....
Apa2 pun.... Jak.. itulah tanda hati dari kami, tanda kami sayang, …

PERJALANAN JAUH BUKAN IGAUAN

Imej
Solosai sudah Perkampungan Ilmu 3RK & 5RK. Program hari ni, macam biasalah.... daripada pagi sampai petang.... nangis2 je. Kerja sapa... klu tak kerja si C-FU Superman (Wakjir). Bukan nangis didera. Tapi nangis keinsafan diri.....

Teratak Hijjaz, Putra Jaya

Kereta 'Koboi' & selalu 'konvoi'


Peserta 'cilik'















Nilai kasihmu


Kembali Kepangkal Jalan


'Insan dipegang pada janjinya'


Harapan pada anak2 RK, jangan tinggalkan, keinsafan, semangat, cita2, keinginan dan apa saja yang baik di Teratak Hijaz.
Bawa sekali dengan semadikannya kekal dijiwa. Tukarkan tangisan tadi... kepada tangisan kegembiraan kerana kejayaan cemerlang dalam peperiksaan PMR & SPM nanti. Kami cikgu2.... hanya nak tolong. Kami ikhlas menolong. Kami tak minta balasan atas apa yang kami tolong. Kami sayang kamu semua. Kalau kami silap. Kami terbanyak cakap. Kami minta maaf.