SIBUK BER'KEM' (AS) .....

Sana sini orang sibuk pasal Kem. Anak ku Amirul kem di Ulu Yam dari 17 - 19 Julai. Susah juga dia tak da. Yang sinisnya.... sebelum pergi dia pesan kat saya.. ' ma esok, Yul tak da... ma sapu sampah, masak nasi, jaga adik dan lain2 lagi kerja'. Rasanya pesanan tu selalu saya beri kat dia.... tapi kali ni dia pula yang pesan kat saya.... Perli lah tu...... Tapi tak pe.... sok, anak yang kat asrama balik sebab Isnin dia orang cuti... bolehlah minta tolong kat dia orang pulak....

Kat sekolah.... Petang ni mula Perkhemahana Perdana khusus untuk murid tingkatan 1 - 2. Mana kala satu lagi group,tingkatan 5 - 6 atas... camping kat Banyu Manis Bukit Kerayung... Semoga berjalan lancar. Sian cikgu Wazir... minggu lepas, Kem Komandan Perkampungan Ilmu KRK di Teratak Hijjaz, Putrajaya. Minggu ni, bawa tugasan yang sama di perkhemahan itu. Minggu depan, dia ke Melaka, Kem KPA peringkat Kebangsaan... tahniah2 lah ye Wak!... he2.

Saya ada terima jemputan untuk menyertai majlis penutupan di kedua2 majlis tu..... Rasa2nya tak dapat pergi lah... Minggu ni saya nak melayan kerja2 sekolah yang masih tertunggak lagi... Tak pe lah saya ber'KEM'(as) rumah je....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG