Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2009

KERJA OH KERJA

Kesian jadi cikgu ni... kerja tak habis2. Siap satu, 2 -3 datang mari.... Minggu lepas dengan hal PBS Geografi.... (itu baru berhadapan dengan pentaksir je), persiapannya bagai nak 'rak'. Tidur 2 - 3 pagi nak siapkan urusan PBS tu. Tapi, kerja sebenarnya tak habis di situ. Penandaan mesti diselesaikan. Murid2 yang liat nak hantar mesti di'kejar'.... Kadang2 orang nampak kerja cikgu senang. Balik separuh hari. Tapi di sebalik itu cikgu kerja setengah mati.

Kawan2 guru lain pun macam tu. Puan Rusiah & gengnya, beberapa hari balik sekolah lewat, hingga mencecah 7 malam. Sama dengan cikgu petang balik. Semata2 nak sempurnakan kerja. Akhirnya.... bila selesai petaksiran... dia masuk hospital kerana sakit dada. Banyak lagi yang tersembunyi tentang tugas guru.

Hari ni saya sepatutnya kena hantar data headcount. Dah berusaha untuk siapkanya tanpa kesilapan. Kerja dengan sistem komputer ni, cerewet sikit. Silap langkah .... data tak tepat. Teliti., teliti.... & teliti sa…

SEMUA SELAMAT

Imej
Alhamdullillah, Karim selamat mendaftar, kami pengiring selamat sampai, duit pun selamat.....

Pukul 9.30 sarapan pagi. Menu biasa Kelantan, Nasi Kerabu... Sedap...

















Pukul 10 pg bertolak Universiti Kelantan. Dekat je daripada rumah Kak Sakila. Beberapa minit di UMK, kami dengan kejamnya melepaskan Karim mendaftar sendiri. (Nak biar dia berdikari..he2).










Kak Lah hantar kami ke Pasar Siti Khadijah.... saya setakat membeli baju tidur... (Kak La kata, tu yang malas bangun, asyik beli baju tidorrrr je). Si Wazir membeli sampin baruuuuu... tema raya tahun ni, purple!. Selain tu kami ade le beli sikit jajan2 untuk dilantak dalam kereta. Tak shopping banyak. Tak dok pitih!. Duit rupiah adalah ratus ribu!. Lagi pun sian Kak Lah... kena 'out station' (hantar kami2 ke sana sini ni le... he2).
Balik shopping, ambil Karim di UMK & singgah rumah Kak Lah. Sholat & salam2 perpisahan. Tepat Kul 3.00 petang, kami bertolak balik ke kampung halaman kami. Karim dihantar semula oleh 'pak ang…

KAMI DI KELANTAN

Lepas sekolah semalam terus bertolak ke Kelantan, menghantar Cikgu Karim mendaftar Universiti Kelantan. Ingat nak rahsia. Rupanya dalam perjalanan jumpa Mek Azliza, Mek Shaskinah & Roszana nak shopping kat Kuala Lumpur. (Dahsyat diaorang tu. Shopping kat K.L. ). Si Mek Roszana tulis pulak kat blog... sekarang, kira satu dunia tahu kami kat Kelantan...

Bertolak semalam.... sakitnya kat K.L le. Bulatan kat Batu Cave nak ke Kuantan. hampir 1 jam kat situ. Masa kat Bandung jem juga, tapi nampak orang sana lagi bertolak ansur. Kat sini... amboi mak. Rata2 nak lepaskan diri sendiri.... Tapi akhirnya kami berjaya melepas kesukaran itu. Perjalanan ke Kelantan di teruskan dengan lancar. Kul 11.30 malam baru tiba. Seronoknya dapat jumpa sahabat lama... Kak Sakila & suaminya... Abang Amran.

Hari ni, lepas daftar Karim hari ni... kami teruja nak ke Pasar Siti Khadijah... tak de lah nak shopping sangat. Baru je balik Bandung. Gaji bulan ni kena 'cover' defisit bulan lepas. Setakat j…

REALITI KEHIDUPAN GURU

Petang tadi dapat call dari rakan sekerja. Sedih dengar ceritanya. Sepasang suami isteri yang sehati sejiwa, pagi tadi datang jumpa pengetua, menghantar surat tidak puas hatinya tentang rakan sekerja saya tu. Antara isi suratnya .. (seperti yang diceritakan)..'Dia cikgu tak bertanggung jawab. Tak kawal kelas, sehingga terjadi pergaduhan dalam kelas'. Sebenarnya , semua tu berlaku sekelip mata sahaja. Semua orang pun tak boleh duga perkara itu akan berlaku. Ini pun gara2 sikap anaknya yang mungkin baran. Bertindak tanpa fikirkan kesannya pada dirinya dan pada cikgu yang ikhlas mengajar. Anak lelaki pasangan suami isteri itu telah bertindak mengkasari rakan sekelasnya, apabila ia tak sabar dengan kata2 (yang padanya kasar & menyakitkan hatinya). Kerana tindakan itu, budak perempuan itu tanpa kebenaran guru terus meluru keluar & telefon bapanya. Jam tu juga si bapa datang & buat laporan polis...... Rentetan daripada itu, anak pasangan suami isteri itu diberi pertuduha…

LEPAS SATU....DATANG SATU LAGI....

Yahool..., berjaya!. Tadi pentaksir KKG datang. Alhamdullah, hasrat nak persembah yang terbaik tercapai. Semuanya ok. Fail2 lengkap. Penandaan pun kira ok lah... . Hanya sebahagian kecil terdapat perbezaan markah yang kecil... 1/2 - 1 markah. Yang paling besar hasrat saya, sebenarnya saya tak nak pentaksir tu tercari2, tertanya-tanya mana itu, mana ini. Semuanya saya sediakan depan matanya mengikut senarai semak yang ditetapkan. 10 sample folio KGT pun saya pilih yang senang dibaca. Nampak gayanya dia puas hatilah...

Terima kasih pada suami ku... yang sangat memahami. Dialah yang tolong angkut KKG yang banyak tu... hantar & ambik dari kereta. Dialah yang sedia menu makan malam sebab isterinya dah berhari2 cuti masak. Dia lah yang buat itu... dialah buat ini... Semua gara2 KKG. Terima kasih juga kepada Cikgu Norzalina yang membantu di saat akhir tadi. Sebenarnya sehingga pagi, sehingga saat2 pentaksir nak datang saya masih menanda...he3. Terima kasih juga kepada cikgu 'Blog Geor…

MASIH SIBUK

Hari ni masih sibuk lagi.... dengan KGT. Lepas ini panggilan untuk Headcount pulak...PK1 dah tanya khabarnya melalui sms kat Cikgu Taherah. Minggu ni memang semua guru nampak sibuk. Maklumlah... minggu PBS ( Pentaksiran Berasaskan Sekolah). Walaupun saya KB, elok juga saya jadi Ketua Pentaksir. Banyak yang saya pelajari. Lepas ni saya tahu lah apa peranan & tugas Ketua Pentaksir. Sebelum ni anak buah je yang tahu...
Sabtu ini 'Hari Bersama Pelanggan ( Hari Prestasi)' pulak. Waktu2 ni memang rasa sibuk sangat. Rakan blog pun, sunyi sementara. Hanya sempat tulis di ruangan 'Chat' je. Saya lepas ni nak pulun HC pulak. Lepas tu nak jalankan tugas KB pula - pencerapan & semak penghantaran buku latihan. Tak lupa pada P & P. Nak sediakan latih tubi & program khas untuk pelajar PMR. Banyak lagi kerja cikgu ni. Cuma tak nak senaraikan. Takut sendiri yang tension. Ni pun.. hari2 tidor lewat. Sian cikgu ni. Lepas PMR baru lapang sikit....

Buat kekawan, terus lah k…

MASA TENGAH KRITIKAL

Imej
Rasa meluap2 nak tulis blog....tapi fikiran tak boleh nak mengarang cerita, walau peristiwa banyak yang dilalui.... masa ni sedang 'kritikal'.... pentaksiran kerja kursus Geografi (PBS) akan dijalankan mulai 24 -26 Jun 2009 ni... Taknak lah 'persembahkan kerja' yang tak sempurna, yang tak bagus. Bukan nak menunjuk, bukan takut di 'black list', tapi keje ni... dah tiap tahun buat, tiap2 tahun sama je kerjanya...... sepatutnya semakin baik, tapi rasa2nya tahun ni paling teruk.... kenapa ye? Takkan usia yang bertambah nak dijadikan alasan..... Apa2 pun..... saya kena siapkan sebaik mungkin, ada 200 lebih KGT yang perlu saya tanda.......... Insyaallah......

BUNGA KANTAN HADIAH HARI BAPA

Imej
Petang tadi bawa balik 'Sejambangan Bunga Kantan'. Oleh2 daripada Cikgu Razak yang balik menebas di kampung halamannya.... Tanjung Karang.... Sampai di rumah, serah pada Amirul untuk dibawa masuk ke dalam rumah....Ada ke dia kata.... 'bunga ini hadiah untuk abah ke.... (maksudnya sempena hari bapa la tu...).... Siannya suami ku... hadiah bunga kantan je sempena hari bapa. Sebenarnya Amirul tak kenal bunga Kantan. Pada dia asal bunga je, untuk hiasan. (Yang kau bagi bunga kantan yang kembang kenapa Jak). Apa2 pun terima kasih kepada Cikgu Razak atas ingatan. Buat suami ku...sorry aje lah ye ....

SELAMAT HARI BAPA

Imej
Jamuan sempena hari bapa di rumah no.22.Jalan 'HARAPAN', 2 'M'. Taman Sungai Kapar Indah.






Ini lah bapa2nya yang hebat.
Isteri2 disamping hero2,bapa2 yang penyayang.......

Jamuan disediakan oleh batch pertama tingkatan 6 kelas seni SMKSKI. Sapa lagi matan guru kelasnya.... Cikgu Wazir juga!...

Menu .... steam boat sayur abis, ayam bakar hangus, cencaru bakar hitam, kerang bakar geseng, jagung bakar asap, durian, tembikai, kuih muih, makanan ringan...
Sambil mengayakan tudung baru, Tudung Bandung...
Apa pun terima kasih kepada penaja makanan & penaja tempat jamuan.....
Semoga2 bapa2 terus berada di tempatnya sebagai bapa, terus dihargai sebagai bapa, terus dihormati sebagai bapa, terus dianggap sebagai bapa terus dipanggil bapa, ...daripada seorang anak yang dipanggil anak, yang telah dijaga, diasuh, dibelai, dimanja, dididik......
Dan, semoga anak tetap berada ditempatnya sebagai anak, di sisi ayah & ibu yang amat mengasihi anak2nya...

SELAMAT HARI JADI CIKGU ARYANTI

Imej
Hari ini buat kejutan!. Sambut hari jadi adinda Yan... Sorry Yan lewat!. Tak tahu tarikhnya pada 17/06/09 yang lalu. (Silap kami tak ambik tahu... Sorry)
Lagi sekali... sorry, sebab sambutan rengkas je... hanya makanan ringan yang dapat disediakan. Pukul 9.00 malam tadi, baru plan ...memang nak sediakan spaggeti, ayam golek, bubur durian, soto, rendang, mee jawa, dll, tapi tak sempat.... Potong Kek je lah ye..Ingat nak tempah kereta Honda, rumah banglow 2 tingkat dan tiket percutian sebagai hadiah.... lagilah tak sempat (he3)
Intai lilin... (berapa agaknya umur dia .... biarlah rahsia)
Selamat Hari Jadi Cikgu!
Sambutan Hari jadi 2 dalam 1, bersama budak kiut' 6A3 , Chia Sok Kon.
Selamat Hari Jadi dari kami semua....Semoga panjang umur, murah rezeki, sentiasa dalam rahmat Allah SWT, ceria & bahagia selalu & terus bersemangat sebagai guru.
Sayang selalu....

TERLUPA ANAK SEKEJAP

Imej
Hari ini teringin pula makan KFC. Balik ambil Ammar terus ke KFC Setia Alam. Semangkok nasi & 2 ketul ayam je. Selesai makan, kami naik ke tingkat atas (ada lah tujuannya) menggunakan tangga bergerak........ . Bila turun .... dengan penuh khayalan, anganan, kyusuk & tawaduk.......tiba2 saya dikejutkan suara... 'kak... kak... anak akak tu... takut nak turun kot'. Baru saya tersedar, saya tadi bersama Ammar. Ingat Ammar sentiasa ada di sisi. Bila menoleh ke atas, ternampak Ammar dengan wajah kesedihan, meleleh air mata dan dengan agak menggigil kaki cuba menapak di tangga bergerak tu.... Bila dia sampai di bawah, tangannya terus mencapai tangan saya & digengamnya dengan erat... kesiannya...
Apalah punya emak.... terlupakan sekejap anak...(maknya tengah pikir masalaha negara kot! he3)

TERIMA KASIH PAK MUNAWIR SEKELUARGA

Imej
Saya baru je balik dari jemputan makan malam kat rumah Saleh (6A3). Macam biasalah dengan suami tersayang, Cikgu Wazir & Famili serta Cikgu Karim.

Hidangan 'ucapan selamat datang'.... cekodok Lala & Kerang bakar serta teh o... memang mengundang selera.......Kami datang pun memang membawa sekali 'kelaparan'....Makan malam kami....Mee Kari yang sarat dengan udang & lala...hasil tuaian ayahanda Saleh (Wak Munawir)sendiri di Pantai Remis ....

Terima kasih Udin (nama manja Salehudin), Sam (Kakak Saleh), adik nya , Wak Wedok & Wak Lanang (Mak & Ayahanda Saleh) yang sangat sporting. Layanan 'first class gitu'!. ....

Kami datang dengan kelaparan, Kami balik dengan kekenyangan. Kami datang dengan senyuman, Balik lagi lebar senyuman... apa taknye. Siap di'tapau'kan sekali kerang & mee kari...

Semoga Allah terus memberikan rezeki yang melimpah ruah untuk keluarga kalian....Kami cukup seronok & rasanya.... kalau diundang kami pasti datang l…

INGAT & SAYANG CIKGU

Imej
Yeh..yeh..dapat baju!. Baju T pemberian daripada geng yang diaorang tuliskan sebagai 'KRK 2nd batch team'. Seronok dengan diorang ni... sentiasa riang, sentiasa siap sedia , setia sebagai teman.... & yang bestnya diorang sentiasa ingat & sayang kat cikgunya ni... Kau orang memang best, kau orang tetap di hati. Semoga kau orang terus ceria, terus bahagia, terus menyenangkan hati semua guru & 'zero' masalah disiplin.... ok!. Semoga berjaya dunia & akhirat!.
Ada ke dia iklankan nama pada baju .....



Terima kasih banyak2 atas.... sikap yang menyenangkan!....Terima kasih...

HARAPAN GURU

Cuti sekolah selama 2 minggu, sudah berlalu... Kini masuk hari ke 2 persekolahan. Saya berazam... nak beri tumpuan sepenuhnya kepada anak2 tingkatan 3. Nak pastikan mereka semua cemerlang dalam PMR nanti. Harap2 dapat kerja sama daripada pihak pelajar2 juga. Dalam kepala ni.. dok pikir apa strategi nak buat. Standard soalan PMR sekarang banyak kemahiran berfikir. Pelajar bukan sahaja kena ingat fakta, tapi kena kreatif & kritis dalam menganalisa / mentafsir setiap soalan. Tahun lepas, banyak buat latih tubi... hampir setiap negeri, soalan percubaannya dicuba oleh pelajar. Nampak macam kebanyakannya pelajar cerdik telah menguasai ilmu Geografi tu... tapi keputusan PMR tak berapa cantik seperti yang disasarkan. Ternyata soalan nampak mudah, tapi aras soalan memang tinggi.... So, kali ini cuba nak buat strategi lain.... Rasanya tak de kepuasan mengajar, kalau keputusan akhirnya (PMR) masih macam tu juga..... Insyaallah, kesepakatan akan dicapai oleh tiga sifu Geografi tahun ni... Ci…

HARI PERTAMA SEKOLAH

Wah! hari ni banyak yang saya tulis. Hari pertama sekolah selepas cuti 2 minggu. Ceria je nak pergi sekolah. Seronok nak jumpa kawan2 & anak2 murid. Walau tak puas cuti...

Tiba di sekolah, terus ngadap komputer jadual waktu... tapi dekat 30 kali 'on off reset' komputer tu tetap bengoong. Masa tu lah dia nak buat hal. Orang tengah perlukannya untu print jadual baru & buat relief. Sudahnya 9.15 pg baru buat relief... menyebabkan guru banyak terlepas drpd masuk relief.... Sepanjang hari sibuk nyiapkan jadual waktu je...

Lepas sekolah, 1.05 ptg, keluar ke sekolah tadika Ammar... selesaikan masalah dia yang takut ke sekolah sebab bukunya yang dah kehilangan.... Nak beli buku, kedai buku tutup. So, carilah, Amirul dalam kelasnya, untuk belikan buku adiknya tu. Lepas tu bekejar semula ke SKI sebab ada kelas 'prep' ngan KRK. Sebelum tu dah pesan kat Cikgu Wazir, cover kakaknya ni, kalau terlambat. Tapi... Alhamdullillah sempat juga untuk mulakan kelas prep.

Lepas prep, be…

JADUAL OH JADUAL

Lega. Akhirnya dapat juga siapkan jadual. Tapi tak pernah lah rekod...sampai tengah hari baru dapat edar. Biasa pagi2 dah edar.... semuanya beres sehari sebelum tu di rumah. Sengaja buat last minute.. kot2lah klu ada guru yang sudi pindah ke ke SKI. Bila cikgu tak cukup... tu yang sukar sangat nak susun jadual kali ni. Saya & PK1 dan puas pusing/ adjust. Setelah mendapat kata putus puan pengetua. Dah ok kat boss tu... baru susun guna komputer.

Memang saya sendiri tak puas hati dengan jadual kali ni. Selalu maksima sehari guru mengajar 6 waktu je. Kalau 7 tu... ada lah sorang dua. Tapi kali ni agak ramai yang kena 7 waktu.....Sorry ye. Apa pun tahniah & terima kasih kat guru2 SMKSKI. Terima je apa yang diberi. Antara contoh yang ingin saya paparkan ....Cikgu Norazalina terima dengan positif, bila kelas sains ting4nya saya tukar dengan matematik & saya tambah 2 masa lagi dengan sivik. Sifu seni, Cikgu Wazir, saya terpaksa buang waktu seni & ganti dengan Geografi sebab Ci…

TAKUT KENA MARAH CIKGU...

Pagi ni Ammar jadi 'luar biasa'. Biasanya dia tak nak ponteng sekolah. Demam pun...dia nak sekolah. Tapi hari ni...dia tak nak sekolah. Alasan dia, buku dia takda (dah hilang). Tu yang dia taknak sekolah... dia takut cikgu marah. Agaknya macam tulah anak2 murid saya... sekarangni, budak2 3E selalu kehadirannya merosot, terutama hari Jumaat. Bila ditanya pada pelajar yang lain... jawab mereka.. diaorang takut. Sebab hari Jumaat selalu saya tanya folio Geografi. Diaorang tak buatlah tu... takut kena marah... potenglah jawapan mereka!. Entah sapa lah yang salah... anak murid atau gurunya...

ESOK DAH SEKOLAH KE?

Hari2 akhir cuti sekolah ni...agak mengkelamkabutkan. Balik dari Jakarta /Bandung...keadaan diri agak tidak menyelesakan. (nak adjust cuaca kot!). Hari Khamis dapat panggilan PK1 nak bincang jadual. SKI terdesak tak da cikgu masuk. Klu ada pun ganti 'body' guru yang keluar je..cikgu Azwin. So...rasanya jadual kali ni agak tidak mengumbirakan ramai guru2. Ada yang tambah masa...ada yang mengajar subjek yang tak berapa 'minat', ada yang kena ngajar seramai 120 orang...macam bagi syarahan lah..... Apa2 pun...sorry ye kawan2. Saya dah cuba yang terbaik. Keutamaan mesti diberikan kepada pelajar2 yang nak periksa....takpelah kita pun ada anak. mana tahu kalau kita buat baik dengan anak orang, isnyaallah , orang akan buat baik pada anak kita....

Sehingga waktu blog ni ditulis (kul 2.15 petang)...jadual setakat 50% siap je. Tak tidor le gamaknya malam ni. Harap2 saya diberi kekuatan untuk menyiapkannya, walau keadaan kesihatan yang tak berapa baik waktu ni.... Ni pun curi2 tuli…

KENANGAN DI JAKARTA & BANDUNG

Imej
Banyak yang dapat dihayati...kehidupan masyarakatnya... yang sabar dalam berusaha & sanggup bekerja untuk masa yang panjang dalam sehari...hanya untuk mendapatkan sedikit rezeki...Yang nyata...jika ada duit semunya akan jadi mudah. Kesusahan kita, bererti rezeki bagi mereka...mereka dengan pantas akan menghulurkan bantuan...angkat barang, meminjamkan payung, melintas jalan...hulur sajalah sedikit wang untuk bantuan mereka...

Yang paling dikagumi ialah kreativiti & kerajinan mereka...semua dihasilkan untuk jadi barang jualan yang boleh mendatangkan pendapatan...Sememangnya Bandung maju dalam fesyen. Sebab itu muncul nama 'Paris Van Java'. Memang seronok shopping di Bandung. Terutama untuk mendapatkan fesyen Muslimah...dari telekong, tudung, blaus labuh, t-shirt labuh, beg, kasut & sebagainya...
Antara barangan yang dibeli di Bandung

Yang banyak dipelajari di sini....ialah...kami dah pandai dah...tawar menawar & membuat perbandingan sebelum membeli.....seboleh2nya n…

5 HARI 4 MALAM DI JAKARTA-BANDUNG

Imej
HARI 1- JUMAAT 05-06-09

Jam 6.50 pg, bertolak dari rumah dihantar oleh anak buah (Azrin). Tiba di LCCT jam 7.50 pg. Sarapan pagi di Mc D.






Check in

Beratur. Timbang Bag. Pergi hanya membawa sebuah bag dengan berat 15.7kg. Balik......Tak tahulah nanti...

Kena Raba





Dalam Pesawat












Jakarta Airport- Soeharta-Hatta




Heri Setiawan - Pemandu Pelancong

Jakarta : Seri Minang (Makan Tengah Hari )


Jakarta : Mangga Dua, (Shoping le..)