ESOK DAH SEKOLAH KE?

Hari2 akhir cuti sekolah ni...agak mengkelamkabutkan. Balik dari Jakarta /Bandung...keadaan diri agak tidak menyelesakan. (nak adjust cuaca kot!). Hari Khamis dapat panggilan PK1 nak bincang jadual. SKI terdesak tak da cikgu masuk. Klu ada pun ganti 'body' guru yang keluar je..cikgu Azwin. So...rasanya jadual kali ni agak tidak mengumbirakan ramai guru2. Ada yang tambah masa...ada yang mengajar subjek yang tak berapa 'minat', ada yang kena ngajar seramai 120 orang...macam bagi syarahan lah..... Apa2 pun...sorry ye kawan2. Saya dah cuba yang terbaik. Keutamaan mesti diberikan kepada pelajar2 yang nak periksa....takpelah kita pun ada anak. mana tahu kalau kita buat baik dengan anak orang, isnyaallah , orang akan buat baik pada anak kita....

Sehingga waktu blog ni ditulis (kul 2.15 petang)...jadual setakat 50% siap je. Tak tidor le gamaknya malam ni. Harap2 saya diberi kekuatan untuk menyiapkannya, walau keadaan kesihatan yang tak berapa baik waktu ni.... Ni pun curi2 tulis blog...sementara menunggu komputer 'susunkan' jadual...Sambil2 tu...tenguk2 juga folio Geografi & Sejarah anak2 tingkatan 3 & tingkatan 1...

Semalam sempat jenguk IKEA..cari barang nak buat sangkut baju2. Shopping kat situ, bukan nak jaga 'class' tapi sebab barang2 IKEA boleh di'adjust' ikut keperluan sendiri. Bilik stor kami dan jadi bilik pakaian. Keliling dibina tempat 'ampaian' baju. Kami bersedia, 2 minggu lagi 'pembantu rumah' nak balik terus....so, tak de lagi orang nak lipat baju. Tu yang bina tempat sangku baju banyak2. Lepas sidai di luar...pindah je ke dalam bilik baju....he3. Macam mana lah agaknya kami ni tak de pembantu rumah....yang paling terasa ....kami tak boleh le lagi berdua ke sana ke mari...kena bawa 'escot' si kecil2 tu....

Esok dah sekolah ke?....Rasa tak puas cutiiiiiiiiii....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH