Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2009

SEMALAM, HARI INI & ESOK

Imej

HARI KE 10 - HANGIN SATU BADAN....

Salam Ramadhan Pukul 4 pagi terjaga bagi menjalankan rutin biasa bulan Ramadhan menyediakan menu bersahur untuk yang berpuasa. Sebelum turun, jenguk sebentar bilik anak2. Ammar nampak gelisah. Bila nampak mamanya, dia terus memesan 'susu'. Amili... lagi lah.... merengek je & menangis kecil. Dia tidak berada di tilam biasanya, tapi tidur di sebelah abang Amir. Setiap kali dia merengek.... Abang Amir dengan automatik terus menepuk2 sayang pada adiknya. Terharu dengan suasana itu. Terharu dengan sikap tanggung jawab Amir. Sememangnya Amir anak yang baik, jarang engkar bila disuruh dan banyak kalinya, dia melakukan tugas terutama menjaga adik2 kecilnya tanpa disuruh. Alhamdullillah, itulah kelebihan Amir. Jenguk ke dapur. Tak perlu memasak sangat. Sebelum balik dari kampung malam kelmarin, emak dah bekalkan nasi putih & sambal sotong. Di rumah pula memang saya ada tinggalkan sedikit kuah kurma sebelum balik ke berbuka di kampung semalam. So, untuk sahur... saya hanya panask

HARI KE 9 - KOLEKSI GAMBAR

Salam Ramadhan Ha.... pagi2, sebelum anak2 bangun kami berdua... saya & suamilah ... menuju ke IKEA. Target kami... nak cari frame gambar. Raya tahun ni, kami tak tukar langsir baru, sofa baru atau pun karpet baru. Polisi tahun ni... pakai apa yang ada..... Bajet!..... Kami hanya nak penuhkan dinding yang kosong je.... Kami ni kan punya minat yang sama. Foto & komputer. So... dari ribuan koleksi gambar yang dah dikumpulkan kami akan pilih untuk dijadikan hiasan rumah. Print out je gambar2 tu. Tu yang repair printer semalam tu. Untuk Frame... kami minat di IKEA. Ala.... bukan cari yang mahal atau yang class. Cuma di IKEA ada berbagai pilihan & boleh matchkan. Kami cari yang murah je... Tapi murah pun... kalau dah banyak.... banyak jugelah kena bayar. Konsep tahun ni.... berbagai saiz & susunan gambar.... Kiranya kitaorang ni macam nak buat galeri fotografi le.... Tapi bab menyusun frame2 tu yang masalah.... kami bukan orang seni.... takutlah.... pada mata kitaorang canti

AMANAH BERBAYAR

Petikan daripada Blog Cikgu Malaysia .... Sebagai guru kita semestinya mempamerkan sifat-sifat baik agar ia menjadi ikutan kepada anak didik kita.Jangan kita merosakkan amanah yang telah diberikan oleh ibu bapa, masyarakat dan negara dalam menghasilkan generasi akan datang yang berilmu dan berakhlak mulia. Ingatlah amanah yang diberikan merupakan "amanah berbayar" yang mana setiap sen yang diberikan kepada kita akan diperhitungkan kelak di Akhirat nanti. Jangan kita selesa dengan apa yang kita ada dan dapat sekarang, kerana apa yang kita dapat belum tentu hak kita andai kata kita tidak menunaikan tanggungjawab dengan sempurna dan sepenuhnya. ........ Semalam merupakan sejarah - jangan ditangisi apa yang telah berlaku, hari ini merupakan hak kita - maka rebutlah segala peluang yang ada, dan hari esok belum tentu - jangan difikirkan apa akan berlaku.....

SOMEBODY IS LEAVING

Imej
Salam Ramadhan... Petikan daripada blog Guru Malaysia Semoga sifat yang tidak baik mula meninggalkan diri kita dan digantikan dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji. ..... Semoga sekolah “Ramadhan” pada kali ini meningkatkan lagi tahap ketakwaan dan keimanan kita kepada Allah. Diharapkan pada tahun ini kita lulus dengan cemerlang dan naik “darjah” apabila Ramadhan berakhir. Janganlah kita berada di “darjah” yang sama setiap tahun. Ramadhan ini banyak memberikan pendidikan kepada kita agar menjadikan “insan” yang lebih baik, samada hubungan kita sesama manusia apatah lagi hubungan kita dengan Allah. Sama-samalah kita mengejar “Offer” yang diberikan Allah setahun sekali khususnya bagi umat Islam sahaja kerana kita belum tentu mendapat kembali “Offer” ini pada tahun hadapan........

HARI KE 8 - TERLEBIH DOS!

Salam Ramadhan.... O ho! Hari ni satu hari keluar rumah. Tinggallah 5 orang anak saling menjaga diri masing2. Ammar & Amili entah makan, entah tidak... tapi balik tadi... masing2 kata... lapar..... Sian sungguh menjadi anak cikgu Mazidah & Cik Rashid ni... he3. Tak pa.... diaorang pandai berdikari...., pandai urus diri daripada mandi, buat susu & tidur sendiri...,, Malam tadi... membayangkan boleh tidur lena...... memang teringin sangat nak tidur lena.... ganti.... malam2 sebelumnya yang tak dapat tidur..... So, mentang2 dah ada ubat..... telanlah ubat dengan harapan dapat tidur lena.... Semasa ambil ubat, doktor dah bagi tau... 'pil ni kuat, ia tahan 24 jam, makan sebiji 1 hari je'. Ha memang kuat betul... tak lama selepas makan... saya rasa bergetar je tubuh badan.... lepas tu celik terus.... langsung tak le tidur sepanjang malam sampai ke pagi.... sedihnya... Hancur harapan nak tidur puas2. Itu bukan ubat 'kuat' atau ubat 'power' untuk... 'tut

HARI KE 7 -CARI JAWAPAN

Salam Malam tadi sehari lagi... tak boleh tidur..... dah jadi saban malam pula begini. Hanya dapat tidur dengan duduk di sofa. Manalah lena. Setakat tidur2 ayam je lah. ..... Kesannya.... ohhhhhhh.... sakit kepala & sakit pinggang yang teramat. Sian suami. Bila isterinya tak leh baring sebelahnya.... tak de lah dia bantal peluk. Beginilah nasib ...... Akhirnya petang tadi terpaksa ke Hospital (Selangor Medical Centre) mencari jawapannya... Beberapa hari ni... emosi pula tak stabil.... sensitif sangat. Tak boleh terusik sikit. Mudah lah air mata mengalir..... Malam tadi kemuncaknya.... akhirnya awal pagi terjawab kenapa? .... ha2 hari ni kena 'join club Ammar & Amili'. Begitulah saya... biasa kena lalui situasi ini.... sebulan sekali ... sehinggalah bulan yang berikutnya datang..... Bila emosi tak stabil... semua perkara difikir dengan begitu mendalam & kadang2 bercampur emosi. Keputusan nak dibuat pun jadi susah. Semua pilihan tak mampu diikut. Boleh cakap je... tap

HADIAH BUAT SAHABAT

Imej
Istimewa buat Cikgu Muhammad Wazir bin Abbas & Isteri tercintanya Ustazah Noriati binti Saru HADIAH ULANG TAHUN PERKAHWINAN (Yang ke..... 4 ke? sorry ... lupa, Tapi kalau ke 4... kira bertuah tu.... manalah tahu, PTK dapat 4,4...) SEMOGA SENTIASA DALAM PERLINDUNGAN ALLAH SWT, SENTIASA MENDAPAT RAHMATNYA, SENTIASA DIMURAH REZEKI OLEHNYA, SENTIASA DIBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK OLEHNYA. & SEMOGA PERKAHWINAN KEKAL BAHAGIA HINGGA KE SYURGA. KAU SAHABAT, KAU SAUDARA I Iklas Daripada kami sekeluarga, Abang Aminur Rashid, Kak Mazidah & Anak2: Amin, Amira, Amir, Amirul,Ammar & Amili Sayang U All berdua... Petik nukilan Cikgu Wazir di blog suami saya... Untuk Abang (suami ku la tu.....) Saya pernah jatuh dari jadi suami yang baik, Abang sentiasa bantu bangunkan , Saya pernah gagal jadi ayah yang baik, Abang sentiasa jadi rujukan Saya pernah patah semangat jadi guru yang baik Abang sentisa setia sambungkan Aaya pernah tersungkur jadi anak yang baik Abang sentiasa ingatkan Saya pe

HARI KE 6....SAMA JE KOT

Salam.... Baru balik dari sekolah... terus rebus nasi impit & masak sopnya, untuk menu berbuka petang nilah. Soto antara menu yang anak2 suka makan. Masak nasi impit 6 ketul besar, tapi kat peti ais hanya ada seketul dada ayam. Boleh lah... nasi impit 2 ketul, cukup untuk malam ni, lainnya simpan untuk menu next berbuka.... Malasssss...... Sambil menunggu nasi impit masak... anggaran 2 jam tu.... ambik kesempatan membloglah... Laptop ni memang sentiasa terpasang, diaorang bergilir main... so, rampas kuasa lah dari Amili tadi. Di sekolah tadi... semak buku rekod mengajar guru2.... bab menghabiskan silibus, rata2 cikgu2 ok. Tapi bila tengok markah...... alamak cikgu, kenapa tak dianalisa markah tu.... Analisa markah pentinglah cikgu.... baru lah kita tahu prestasi anak2 murid kita, menaik ke, menurun ke.... & kenalpasti sapa yang perlu perhatian lebih.... wah2 cikgu... mentang2 dah ada printout headcount yang bergraf... markah dalam buku rekod mengajar terabai.... Ala... bukan ci

GOOD LUCK !

Imej
Untuk sahabat2 dan semua guru DG41 yang tengah kyusuk study untuk menghadapi peperiksaan PTK esok... Teruskan Fokus pada buku nota & contoh2 soalan ye... Ha..ha jangan nguap..... Fokus & sungguh2 belajar. Jangan malas2 Kalau rasa cukup, rasa dah tepu, rasa dah habis semua dibaca, rasa dah tak tau lagi apa yang nak dibaca.... tawakkal lah. Yes Yan! Jangan tombang, Yan boleh! Percaya pada diri. You can do it!. Berdoa & bertawakkallah... Yes Wak!, Wak boleh! Semoga.... Dari Allah turunnya Rahmat Tiba di tempat peksa dengan selamat dan dapat menjawab tepat Berjaya dapat 4. 4 Pesanan ni dibawakan oleh guru juga tapi.... baru je habis peksa PTK pada hari Selasa baru ni... he!

TERSENARAI....

Gara2 cari bahan bacaan untuk PTK.... jumpalah blog2 guru2 se Malaysia.... & linklah kat blog ni... Mungkin berguna & dapat mencelok ilmu daripada guru2 lain .... Tup2, buka blog petang tadi, ada mesej....'Blog anda disenaraikan...' Saya pun pergi ke linknya.. 'cikgumalaysia'. Alamak!. Memang betul, blog saya tersenarai dalam senarai blog guru2 Malaysia.... Blog cikgu Wazir pun ada juga..... Termenung saya.... cakap dengan suami...'malu lah bang, cikgu2 lain tulis yang ilmiah, Biologilah, Kimialah, kelas tambahanlah, soalan peperiksaan lah... Mama tulis catatan perjalanan seharian hidup mama je...' Saya menyambung 'mama tak mampu nak tulis macam cikgu2 tu.. tak sempat nak fikir. Kalau tulis perjalanan hidup seharian, tak payah fikir... duduk 5 minit dah boleh selesai....' Suami memberi sokongan..'tak payah ikut diaorang, mama tulis je macam sekarang...catatan perjalanan hidup seharian seorang guru. Diaorang nak baca... bacalah...'. Memang

HARI KE 5 ..... KENA JIMAT2...

Hampir kul 12.00 keluar rumah menuju ke SKI. Ada hal sikit. Lepas tu terpaksa bekejar (speed kereta la...) nak bayar yuran sekolah anak2. Takut pejabat kewangannya tutup pula.... Lepas tu ronda ke kedai kain. Cari baju raya untuk mak. Tak tau lah sempat atau tak kakak jahit nanti. Selesai tu... shopping untuk keluarga. Target utama baju Amili. Memang biasa beli baju Amili setahun sekali. Baju2 tu lah yang akan diulang pakai sehinggalah tahun depan, menjelang raya sekali lagi baru beli lain. So, kena belilah banyak sikit untuk dia. Lagi pun dia bukan boleh guna baju orang lain. Atas dia ramai lelaki. Kakaknya pula dah besar sangat.... Seronok beli baju Amili ni. Macam2 fesyen boleh dipilih. Tapi.... walau masih 4 tahun... Amili pun kena pakai baju yang tutup aurat. Lengan panjang & seluar panjang. Harga pula mesti murah2 je........ Susah sikitlah nak cari. Nak senang... mamanya pilih fesyen yang sama, cuma warnanye je beza.... Hai anakku, walau tutup aurat tapi masih bergaya juge...

PELANGI

Imej

SIFAT EKSTROVERT

Di petik dari nota PTK - SAHSIAH GURU YANG BERKESAN Mempunyai semangat yang aktif & suka bergaul, sentiasa suka melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial, sering mengambil iniseatif sendiri, suka perubahan, cepat membongkar perasaannya tetapi cepat pula mengubahnya.

TONGGAK 12

Saya petik dari nota PTK... 1. Menghargai Masa Falsafah “masa itu emas”. Berlalu masa tanpa sebarang sumbangan berfaedah berarti suatu kerugian, kerana masa yang berlalu tidak akan kembali lagi. .2. Ketekunan Membawa Kejayaan Bersemangat dan tidak mudah mengalah dalam melaksanakan tugas walaupun banyak rintangan. 3. Keseronokan Bekerja Menggangap sesuatu pekerjaan yang kita lakukan itu adalah sebagai “ibadat” maka akan wujud keseronokan untuk bekerja. 4. Kemulian Kesederhanaan Kesederhanaan hendaklah merangkumi percakapan, pergaulan, berpakaian etc..etc. Kesederhanaan mewujudkan keadaan yang tenang, selesa dan harmoni. 5. Ketinggian Peribadi Berjiwa besar dan berakhlak tinggi. Tenang, belas kasihan, disiplin diri dan pemaaf terhadap kesalahan orang lain. 6. Kekuatan Sifat Baik Hati Segala sifat yang disukai manusia dihayati seperti sopan santun, pemaaf, pemurah, bertimbangrasa, ramah, bersimpati di atas masalah rakan-rakan dan suka menolong. 7. Pengaruh Teladan Pengaruh teladan yang po

HARI KE 4 ... BESARNYA KUASA DOA

Imej
Akhirnya tiba juga harinya. Saya kena jawab peksa. Jam 11.00 pagi di SMK Jalan Kebun. Pukul 9.45 saya keluar rumah. Saja pergi awal, nak relex2 memandu sambil makan angin.... nak rehatkan minda. Pergi tadi diiringi lambaian tangan kecil Amili di tingkap. Kesian dia. Kecil lagi dah kena berdikari. Mandi sendiri & tinggal sendiri. Abang & kakaknya masih tidor lagi di tingkat atas. Memandu sorang diri... fikiran mula mengelamun. Entah kenapa tiba2 hati teringat sangat dengan 2 insan yang dihormati. Pertama.... Dr Azhari Hussin. Mantan pensyarah saya masa di UTM. Saya kagum dengan kekuatan semangat dia. Saya kagum dengan dia yang sentiasa meningkatkan pretasinya. Sehingga dia berani berhijrah untuk berjuang demi Islam.... dan akhirnya diberitakan mati dibom di Indonesia. Hebatnya semangat dia. Seorang lagi... saya teringat kepada Puan Amiah Hassan, yang sekarang berada di Tanah Suci. Saya rasa rata2 guru di sini kenal dengan dia, bagaimana dia pada awal2 perkhidmatannya. Rasa berun

KITA ADA PERANAN ......

Petikan ni saya temui semasa saya membelek nota Pelan Integriti Nasional "..setiap dari kita, ada peranan yang perlu dilaksanakan bagi membangunkan negara ini. Walau apa jua bidang yang kita ceburi, laksanakanlah tugas yang digalas dengan penuh tanggungjawab, jujur, cekap dan berintegriti. Kita harus sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan yang tertinggi dan muncul sebagai yang terbaik agar dunia menghormati kita.." YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi Mantan Perdana Menteri Malaysia

BUAT RENUNGAN....

Tadi solat Zohor dengan Salamah di bilik solat guru perempuan. Selesai solat, Salamah berkata....'Akak saya nak bawa balik semua telekong. (tak termasuk telekong cikgu dalam bag). Saya nak basuh. Ni yang koyak sikit2 ni ... kalau sempat saya nak jahit. Saya tak mampu nak belikan permaidani di surau ni.... tolong basuh telekong je lah yang saya mampu'. Terharunya.... Saya katakan padanya .... 'besar pahalanya tu Salamah. Di bulan puasanya ni pahalanya berlipat ganda'. Petang... sempat berbual dengan suami tentang peristiwa tu.... . Terfikir dik saya.... sebenarnya terlalu banyak ruang dan peluang untuk kita berbuat kebajikan, mencari pahala. Kalau tak mampu dengan harta, wang ringgit, kita bantu dengan tenaga. Kalau tak mampu juga... mungkin dengan doa..... Suami pun menambah... menyampaikan apa yang dia dapat daripada Tazkirah di surau malam semalam. 'Kalau kita tak banyak ibadah di bulan puasa... kita bersedekah kepada orang yang berpuasa, kita bagi juadah berbuka

HARI KE 3....SABAR JE YE..

Sejak cuti sekolah, puasa pulak tu.... memang rajin ronda. Ronda kat alam maya le... tak payah bayar. Bayar bil elektrik & Internet je.... Tak pe internet RM108 sebulan dapat 2 keluarga pakai ( tak kan tak terasa wakjir.... he gurau je). Tak pe ... daripada broadband tu kesunyian.... tak de orang ajak dia 'merayau'.... baik dimanfaat kan... sekurang2nya dapat lah wakjir tau apa yang saya kutuk dia... Kutuk depan2 tak pe kan... tak ngumpat kan.... pahala berganda walau bersedekah 'guna' di bulan Ramadhan ni.... Terima kasih wakjir.... Bila dah banyak merayau... banyaklah yang saya jumpa.... mana yang berkenan.... terutama berkaitan motivasi saya post kat blog. Blog tempat simpan paling selamat, sebab insyaallah sampai bila2 pun ia akan tersimpan & saya boleh rujuk balik nanti.... Tu yang banyak saya post kat blog sejak cuti ni.... ni gara2 PTK juga le.... Hari ni... memang sibuk. Pagi2 sibuk membuta. Eis... eis.... kalau bab membaca ni... memang lah lembab. Masih

SAME2 LAH KITE YE...

Imej

TAHNIAH CIKGU.....

Imej
..... Untuk cikgu2 yang ke Gold Course Jumaat 21/08/09 hari tu....

KITA MULAKAN DARIPADA HATI....

Petikan dari Blog Cikgu Malaysia Semasa saya meronda2 ke alam maya... mencari bahan PTK... banyak yang saya jumpa. Saya tahu banyak web2 cikgu2 ni... tapi tak berkesempatan. Hinggalah saya terdesak nak buat rujukan ... saya terjumpa banyak yang menarik hati saya. Selain maklumat PTK saya memang tercari2 maklumat tentang guru yang boleh saya jadikan panduan, pendoman, motovasi diri. Saya masukkan di blog saya untuk jadi simpanan saya, untuk saya dalami berulang kali & mungkin boleh disyer dengan rakan2 blog. Terima kasih kepada Guru Malaysia & semua guru Malaysia! Bila orang pandang rendah pada Anda, sebenarnya itu satu ujian buat hati Anda, satu ujian pada sikap Anda jug. Ada orang, bila dipandang rendah, hatinya jadi panas membara. Dia marah, terasa dirinya diperlekehkan. Maruahnya tercabar, egonya juga tercabar. Ada orang, bila dipandang rendah, dia cool saja. Dia tak berapa amik kisah, tapi dia tahu orang tu siapa dan apa yang dicakapkan olehnya. Dia melupakan yang ne

UNTUK YANG BERNAMA SAHABAT

Imej

HARI KE 2.... STUDY UNTUK PTK

Salam... Syukur saya diberikan kesihatan yang baik. Dengannya saya mampu melaksanakan ibadah puasa di samping dapat menjalankan tugas sebagai mama dalam keluarga ini. Awal pagi menyediakan makanan sahur. Jadual tidur saya memang awal dan bangun awal, seawal 3-4 pagi. Saya dah biasa begini. So... setakat 2 kali sahur ni tak de masalah lah. Saya dapat menyediakan makanan panas2 untuk ahli keluarga..... Macam mana pun stok maggi banyak juga. Manalah tau terlajak.... makanan panas jugak la tu.... Seronok ye jadi anak2. Kejut sahur je... gosok mata.. toing.... makanan dan terhidang. Tinggal makan & basuh pinggan sendiri2 je...... Study!.... memang lah besar cita2nya nak study.... bawalah nota tu ke mana2. Tapi baca 2 muka.... lelap... baca 2 muka... lelap. Memang kena terima hakikatlah... saya ni dah evergreen..... minda..... susah nak faham ayat2 standard tinggi tu.... Ha... esok ada satu hari lagi... boleh cuba lagi.... Hari ni... jalan 2 ke kedai cari bahan nak masak buka.... kena m

UNTUKKU & ANAK2KU....

Imej

HARI KE 1 .... ADIK BUAT AIR

Hari pertama puasa... melepek lah juga. Sejak selepas sahur, ngadap komputer je cari bahan nak baca untuk PTK. Banyak jugalah print outnya.... semangat je.... Tapi baru baca 2 muka surat... tidurnya 3 jam. Alhamdullilah, hari pertama puasa ni suasana agak damai & nyaman... Duduk dalam rumah je lah. Anak2 pun tak de masalah puasa. Mereka dah biasa... cuma Ammar & Amili je yang masih tak faham apa dia puasa tu. Abang Amin agak liat bangun sahur... lebih2 lagi kena makan nasi... dia kata kat abahnya... 'minum air je pun boleh...'. Tapi bila abahnya kata... mama masak nuget... barulah dia turun dari katil... Susah juga nak samakan selera anak2 ni. Nampaknya kena ada stok nuget banyak2 le kat Tesco tu... Dalam pada kita orang sibuk dok puasa.... tiba2 bila saya jenguk di dapur ada satu jug besar air cola. Terkejut saya. Amili kata... 'adik buat air". Ya Allah... sampai satu jug. Siap dibancuh dengan air sejuk dalam peti ais + air batu. Memang nampak segar... dan me

SAHABAT

Imej

TETAMU KE 3000

Tepat jam 11.52.01 pagi saya menerima tetamu yang ke 3000. Siapa dia.... cuba teka..... ha!. Walau apa pun terima kasih kerana sudi mengunjungi... semoga persahabata. persaudaraan semakin akrab melalui perkongsian ilmu, perkongsian pengalaman, perkongsian cerita.

JARINGAN LABAH-LABAH

Ha!. Hari ni baru tergerak hati nak baca buku untuk persediaan PTK ni. Masa daftar hari tu... rasa semangat... nak study... nak dapatkan 4 untuk 1 paper lagi. Satu paper lagi dah 4. Tapi bila tinggal saki baki hari nak peksa ni (Selasa 25 Ogos)... baru keinginan nak baca tu datang.... Mazidah2... Last minute juga yang dipilihnya.... Masa ni lah baru nak cari2 di rak buku, kot2 adalah buku2 lama... buku2 tahun lepas yang boleh dibelek, boleh direnung, boleh ditatap.... Huwa3... tak de langsung.... mana perginya semua buku ni..... Ha.... tak putus harapan lagi.... jenguk2 kat internet.... ha dapatlah juga. Cari bahan setakat yang disenaraikan je... Cari sikit2 je. Takut....lagi banyak.... lagilah tak cukup masa nak study.... boleh lah.... daripada tak ada langsung.... Buat gaye orang pandai je lah... he3 Yang tergerak nak study tu.... sebab bila belek2 fotmat PTK.... 'dia kata... peluang hanya sekali... so jangan lepaskannya'. Baca pula mesej Kak la.... yang maksudnya 'study.

HARAPAN RAMADHAN...

Ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna Agar dapat kulalui Dengan sempurna Selangkah demi selangkah Setahun sudah pun berlalu Masa yang pantas berlalu Hingga tak terasa ku berada Di bulan Ramadhan semula Ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna Agar dapat kulalui Dengan sempurna Puasa satu amalan Sebagaimana yang diperintahNya Moga dapat ku lenturkan Nafsu yang selalu membelenggu diri Tiada henti-henti Ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna Agar dapat kulalui Dengan sempurna Ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja Tuhan pimpinlah daku yang lemah Mengharungi segalanya dengan sabar Ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna Agar dapat kulalui Dengan sempurna Ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna Agar dapat kulalui Dengan sempurna Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan Ku merayu pada Tuhan diterima amalan Selangkah demi selangkah... Dengan rahmatMu oh Tuhanku... Ku tempuh jua Nota: Hmm biler saya dengar lagu n

MULIANYA RAMADHAN...

Hari Esok Kita Berpuasa Setahun Sekali Hanya Sebulan Sempatkah Kita Menyempurnakan Hingga Sampai Ke Penghujungnya Sebulan Ramadhan Kita Berpuasa Menahan Diri Dari Lapar Dahaga Menekan Nafsu Bermaharajalela Melatih Diri Beramal Sentiasa Sepanjang Ramadhan Syaitan Dalam Rantaian Terbuka Luas Pintu Kebaikan Tanda Rahmat Kasih Sayang Tuhan Itulah Kemuliaan Di Bulan Ramadhan Solat Tarawih Menjadi Amalan Meriahkan Lagi Keberkatan Malam Tadarus Quran Penambah Seri Tenangkan Hati Membersihkan Diri Paling Istimewa Di Bulan Ramadhan Berlakunya Malam Lailatul Qadar Turunlah Malaikat Meraikan Semua Menyambut Amalan Yang Ikhlas Di Antara Kita Sebulan Sudah Ramadhan Bersama Tibalah Syawal Tanda Kemenangan Sempurnakah Segala Amalan Adakah Kita Berjumpa Semula Di Ramadhan Yang Akan Datang Lirik Lagu ” Mulianya Ramadhan “ Artis ” Rem & Raihan “

AHLANWASAHLAN YA RAMADHAN

Ahlanwasahlan ya Ramadhan Al Mubarak... Sempena bulaN puasa ni... teringin sangat kalau saya ni terpilih, dibukakan hati untuk melakukan Hijrah. Ingin sangat nak berhijrah.... menjadi insan yang sangat luhur hatinya, sentiasa bersangka baik, sentiasa Redho, sentiasa ikhlas dalam apa juga pekerjaan, tindakan, pemberian atau apa je, rajin membantu sesiapa yang memerlukan, dan lain2 sifat baik. Saya ingin selalu mempunyai niat... apa juga yang dilakukan ... dilakukan hanya kerana Allah, hanya melakukan perkara yang diredhoi Allah SWT. Saya tak mahu... semua itu hanya kata2, hanya niat, hanya tiori. Kadang2 cemburu dengan orang2 yang ada kelebihan.... luhur hati & budinya... Kini usia ku bukan muda lagi.. hampir masuk 1/2 abad. Bila direnungkan perjalanan hidup yang telah dilalui.... saya rasa banyak sangat kesilapan yang telah saya lakukan. Banyak sangat peluang untuk berbuat baik, berbuat pahala telah ku lepaskan.... Kalau nak ikut sumbangan pada insan... mungkin adalah juga sikit2.

TERLAJAK DAAA........

Masyaallah... anakku. Balik sekolah tadi, tiba di rumah jam 1, nak jemput anak2, Abang Amin & Amir..... eh...eh.... anak2 ku rupanya terlajak tidur. Balik tadi diaorang baru je bangun & kelam kabut bersiap untuk ke Masjid, sholat Jumaat. Ini lah anak2 asrama. Keluar sekolah tadi dah terlajak masa. Lewat. Sibuk dengan postmortem set 1 & set 2, termasuk karang impak & cadangan.. tapi tak siap juga, sebab Wakjir tak datang hari ni.... analisa markah untuk kelas dia tak dapat dibuat. So, Wakjir, tolong lengkapkan borang postmortem tu yang diletakkan di atas meja Puan Norzalina, PK Koko kita. Siapkan selewat2nya pagi Isnin ni. Petang Isnin akak bertugas & akan ambik borang tu. Pada Cikgu Siti Hasmah... sorry le terlajak masa. Lewat. Memang kakak ni biasa macam ni. Kerja last minute... best... he3 Selain postmortem tu.... hari ini ada notis... pemeriksaan Buku Rekod Mengajar minggu ni akan dilakukan oleh ketua bidang. Fokus kepada... sejauh mana silibus dilaksanakan (maks

POTLUCK PUNYA CERITA

Gian nak berpotluck dah tercapai..... tapi Ramadhan punya cerita.... dek tak pasti bila puasa.... rancangan nak potluck tu bertukar2... kejap Khamis, kejap Jumaat, kejap Khamis lagi..... Sebenarnya saya dah tampal notis di pintu 2 hari sebelum.... ngatakan potluck akan diadakan pada Khamis. La.... mereka tak perasan.... termasuklah penyumbang2 utama.... rendang ayam... untuk dipadankan dengan nasi beriyani cikgu Nazir... Apa lagi si Roslina & Norzalina order je kat kantin.... ayam masak merah... okey le tu.... Satu lagi subjek utama.... air minuman juga tak de.... haru2....Si Patma order lah 1 kotak air mineral. ..... Terima kasih pada cikgu2 penyumbang... walau dalam keadaan tak tentu tu... makanan banyak terhidang. Terima kasih juga yang tak terhingga kat makcik kantin sumbangan pulut kuning & kari ayam serta minuman sirap limau. Semoga akak... terus murah rezeki an diberikan kesihatan yang baik. Kami sentiasa doakan akak.... Paling istimewa.... demo masakan nasi beriayani ol

BLOG DAH JADI KENANGAN......

Rasa macam lama tak buka blog. Entahlah... rasa penat sangat semalam. Tenaga dalam badan ni kadang2 berlebihan, kadang2 jadi negatif.. hingga kosong je.... Lepas ambik anak2 kat asrama Hira Jeram semalam.... rasa letih semacam je... Tidur lah jawabnya. Bila suami balik bangun lah kejap.... Dapat & sempat bual kejap. Lepas tu tidur lagi. Bangun magrib.... suami datang jenguk.... bawakan air milo dan lepas tu...sambung tidur lagi .... hinggalah kul 2.00 pagi ni dah tak larat nak tidur. Tapi... terasa tak sedap badan.... Syukur saya masih mampu menulis lagi di blog. Dengannya saya boleh terus berkomunikasi dengan orang2 yang saya sayang terutama suami ku, orang yang sayangkan saya , teman2 & sahabat.... Di pagi2 buta ni.... waktu semua orang dah tidur. Walau pun sunyi.. walau sepi .... tapi saya masih merasakan saya berkomunikasi dengan insan.... bila membaca blog suami & komen2 adekda Wakjir, baca blog Kak La, che Ana... teman yang dah lekat di hati, chating2 Roszana... Terha

MERANCANG UNTUK BAHAGIA...

Semalam suamiku berkata....'ma abang terharu baca komen mama kat blog abang. Terkedu. Abang bukan baik sangat. Takut abang. Harapan mama kat abang terlalu tinggi. Semua orang baca. Apa kata mereka nanti'. Saya kata 'mama memang sayang abang'. Sesungguhnya saya hanya menulis mengikut apa yang saya rasa. Kadang2 perasaan sayang yang melampau tu memang muncul. Lebih2 lagi... bila kita melepasi garisan sukar. Saya cakap pada suami... 'Ala.... kita cuma perlu jadi diri kita.... kita sempurnakan... kita cantikkannya....' Kami memang bukan pasangan seperti Romeo & Juliet atau pasangan2 lain dalam sejarah kisah cinta agung. Kami tak lari daripada perselisihan faham, gaduh, merajuk, masam muka.... lebih2 lagi saya ni memang jenis bukan penyabar, agak baran, cepat merajuk, ciwek etc...etc.... Saya bersyukur dengan apa yang saya miliki. Kebahagian yang saya kecapi dulu, semalam & hari ini. Tapi apa yang akan berlaku esok lusa dan seterusnya.... saya tak tahu, suami

ALAMAKKK.....

Alamakkkk! penatnya... ni baru je dapat duduk ngadap blog ni. Penat tapi happy. Pagi tadi try.... games yang saya buat.. 'Nujum Pak Belalang' kat kelas 3RK. Biasalah.. mereka biasa jadi bahan uji saya... test kat diaorang untuk dapat cara yang terbaik. Diaorang kalau suruh main seronok je... ( Belajar dengan bermain ye...). Alamak.... penatnya nak sentiasa agihkan kad. Sebab diaorang cepat aje habiskan kad tu... so kena tambah kad baru. So cakap dengan diaorang... 'cikgu penatlah.... kamu ambil banyak2 sekali lah....' Asalnya nak agih ikut topik. Tapi... sudahnya campur semua sekali & agih banyak2. Dapatlah cikgunya ni duduk bertenang.... he2. Apa pun terima kasih anak2 3RK... anda anak2 yang selalu ceria & sporting. Lepas taklimat tadi ingat nak terus balik. Alamakkkk! teringat.. kena siapkan borang SKT. Janji ngan Biah hari ni (last minute jugakkkkk). So kena tunaikan janji juga... kalau tak, nanti orang tak percaya. Hari ni memang banyak free.... tapi meja sa

AMMAR SENYUM LEBAR...

Kenapa Ammar?.... Dia cakap Mualimmah kata ' Ammar handsome'.... sebab dia pakai baju kemaja lengan pendek corak kotak2. Itulah kalau sesuatu sesuai dengan kita.... mesti nampak sajak. Tapi bagi si kecil pujian itu sangat bermakna.... seperti kata2 peransang ...... dan menjadikan ia bersemangat. Bila dia bersemangat... semua jadi positif. Anginnya baik... dan banyak yang dia ingat untuk diceritakan..... antaranya.... 'Ma muallimah kata... berat Ammar kurang. Ammar kena banyak minum susu... untuk tambah kilogram'.... Mualimmah ni.... kitaorang nak kurangkan susu botol dia galak lah pula..... Kalau dia nak minum guna cawan ok gak..... Tak tahannya dia masih kencing malam tu..... Minggu lepas dia cuti seminggu kerana demam. Dia cerita, dia bagi tau Mualimmah 'Ammar demam banyakkkkkk'. Ye lah tu banyakkkk. Padahal dia dah syok cuti.... dia dah tak nak pergi sekolah. Nasib baik berjaya pujuk dia untuk ke sekolah sermula... Apa pun... seperti kanak2.... kata2 peransa

NAK CUTIIIIIII..... APA NAK BUATTTTTT.......

Ini lah keseronokan sebenar menjadi cikgu.... minggu2 akhir sebelum cuti sekolah. Cuti sekolah ... Saat2 yang paling ditunggu ....... seronokkkkkkkk...... setakat seronok je lah.... tapi kepuasan sebenarnya menjadi guru ialah bila melihat anak2 murid berjaya... Dah berjaya ingat pulak kat cikgunya..... lagilah bermakna! Yang tak syoknya cikgu2 kena menanda kertas pekse..... tapi saya tak ye.... maklumlah soalan objektif.... ibaratnya petik jari.... siap lah. Jangan Jelous...... adekda Amirul..... teruskan usaha, jangan putus asa menanda kertas PP tu... Susahhhhhhh dulu... senang2 sekarang.... Saya... tak tanda kertas pekse... tapi saya peksa PTK..... Nak jawab pekse tak de lah tension.... ala.... soalan objektif. Tenyeh je lah nanti. Yang tensionnya.... nak kena study. Selain pekse... saya kena siapkan program HC tingkatan 1, 2 dan 4. Tiap kali jumpa PK1... tu je pesanannya. Sebelum dia gi Umrah...berpesan2 lah dia kat anak2 buahnya.... Baik bos! Ala... cuti sekolah ni kan puasa... tak

SEMPURNAKANNYA..... CANTIKKANNYA...

Semalam last puasa... ganti...last minut ganti... masa kecederaan... Entah kenapa tak tahan sangat.... menjelang magrib melepeeek sangat. Agaknya stok lemak dalam badan dah habis kot. Selalu puasa ke tak puasa sama je... selera pun sama.... Tapi semalam.... 'bang belikan mertabak, jambu air dan.........'. Padahal kat rumah dah masak... Bila time buka.... kelam kabut makan... itu di capai... ini dicapai... makan secara tidak terurus.... Kesannya..... lepas magrib.... perut mula semacam.... memulas... cepat2 ke tandas muntahkannya atas bawah.... ok jap.... tak lama kemudian.... alamak..... kenalah ulang alik ke tandas... macam nak pitam. Cari ubat homeopathy... tak sempat tunggu misi suap (suami ku lah).... capai je... betul ke tidak.... belasah je.... Nak ambik psikologi je.... kalau makan ubat... baik le nanti.... lepas tu... dah lembik... tidur je... Pukul 2.00 pagi bangun... Memang itu lah saya... masa tidur tak tentu... biasanya saya tidur awal lah... kul 2 ke... 3 ke.... 4

UCAP DAH.... NAK RAKAM PULAK.....

Nak rakamkan jutaan terima kasih kepada mereka2 yang telah memberi makna dalam hidup saya hari ini. Ucap dah beri.... nak rakam kat blog lah pulak. Terima kasih kepada adik-adik yang membantu menyiapkan kerja saya hari ni.... Wakjir yang memang setia dengan saya telah menolong melipat bahan geografi ' Buat & Ingat' . Macam lipat kat jemputan gitu.... Dan 'Suliyawati membantu melaminat bahan 'Nujum Pak Belalang' saya. Boleh buka kedai lah lepas ni.... Sesungguhnya bantuan kalian bermakna bagi saya. Tawaran nak menolong bukan selalu boleh dapat.... Semangat saya pun naik sekarang ni. Ni tengah cadang2... apa pulak nak buat lepas ni.... Dah saya ni memang macam ni. Tak leh duduk diam. Ade je ..... yang nak dibuatnya. Saya tak tahulah projek saya tu berkesan atau tak... tapi... nak try lah juga.... Ye lah tak cuba mana nak tahu hasilnya.... sekali2 'belajar sambil bermain'' seronok juga kot...... Buat Wakjir & Suliyawati ..... lain kali tolong lag

KETULUSAN HATI

Sedihku sakitku ku terima Ku rela ku pasrah jalanku Ini suratan aku dicoba Demi rahmat-Mu ku memohon Yaa Allah ridhoi ketulusan hati Yaa Allah beri aku ketabahan Yaa Allah aku sanggup berkorban Demi rahmat-Mu Yaa Allah Di dunia yang sarat godaan Ku mohon dosaku diampunkan Ingin bahagia dunia akhirat Turunkan rahmat mu untukku Yaa Allah ridhoi ketulusan hati Yaa Allah beri aku ketabahan Yaa Allah aku sanggup berkorban Demi rahmat-Mu Yaa Allah Dedikasi buat diriku.... Semoga sentiasa tabah, tulus hati & redho.....

MENGHARAP REDHO....

Sorry.... Sorry.... sorry..... Sorry Jakzs.... Tak dapat Join BBQ. Frust lah... lama berhajat nak berBBQ dengan kau Jak. Bila tiba masa... Tak dapat join pulak. Kena ke sekolah anak, SMK Hira Sholat Hajat.... Harapan anak. Tak boleh hampakan.... Saya tak dapat ikut. Tak Sihat. Pukul 11.00 baru suami tiba.... Saya pula dah tidor. Tak sedaplah pulak nak ganggu malam2 tu... Wakjir kata.... Kau ada tinggalkan makanan untuk kami ye..... Terima kasih tak terhingga Jak. Ingat kau lagi dengan kami ye. Insyaallah ..... bila free nanti.... lepas raya ke.... kita berBBQ di Sungai Sierh, Tanjung Karang ye....Redho ye Jakzs. Hari ni pula... Wakjir ajak join mandi manda.... kat Sungai Congkak... Sorry lah juga ye .... tak join. Kononya hari ni nak duduk rumah je... nak ngemas rumah (kononnya aje lah..) Nak Ramadhan sunat kemas rumah. Tapi.... Habuk!.. terus berhabuk.... ngadap komputer lah jugak..... Semuga....gumbira sekeluarga ye... Wak. Jangan lupa.... cerita di Blog untuk tatapan kami yang tak d