AMMAR SENYUM LEBAR...

Kenapa Ammar?.... Dia cakap Mualimmah kata ' Ammar handsome'.... sebab dia pakai baju kemaja lengan pendek corak kotak2. Itulah kalau sesuatu sesuai dengan kita.... mesti nampak sajak. Tapi bagi si kecil pujian itu sangat bermakna.... seperti kata2 peransang ...... dan menjadikan ia bersemangat.

Bila dia bersemangat... semua jadi positif. Anginnya baik... dan banyak yang dia ingat untuk diceritakan..... antaranya.... 'Ma muallimah kata... berat Ammar kurang. Ammar kena banyak minum susu... untuk tambah kilogram'.... Mualimmah ni.... kitaorang nak kurangkan susu botol dia galak lah pula..... Kalau dia nak minum guna cawan ok gak..... Tak tahannya dia masih kencing malam tu.....

Minggu lepas dia cuti seminggu kerana demam. Dia cerita, dia bagi tau Mualimmah 'Ammar demam banyakkkkkk'. Ye lah tu banyakkkk. Padahal dia dah syok cuti.... dia dah tak nak pergi sekolah. Nasib baik berjaya pujuk dia untuk ke sekolah sermula...

Apa pun... seperti kanak2.... kata2 peransang mampu menguatkan semangat kita dan semua jadi positif....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH