Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

KHATAM AL QURAN

Alhamdulillah dapat khatam Al Quran pada Bulan Ramadhan ni. Semoga Allah menerima ibadahku. Doaku, Ya Allah Syukur padaMu kerana memberi kekuatan untuk ku membaca kalamMu sehingga tamat. Kau terimalah ibadahku. Ya Allah, seandainya ada kesilapan dan kekurangan ku kau ampunkan aku dan bantulah aku, beri ilham padaku untuk memperbaiki bacaan ku.   Selesai ini aku mohon kekuatan untuk menghalusi bacaan2 dalam Solat dan maksud ayat2 lazim yang biasa dibaca dalam solat. Ya Allah,bantulah hambaMu yang tidak berilmu ini.

RUMAH KENANGAN SEREMBAN

First time, berbuka di rumah orang-orang tua. Syukur dapat peluang ini. Kami sekadar menumpang tuah sepupu-sepupu kami yang agak berada. Kemampuan mereka untuk menaja makanan, penghuni rumah ini bersekali mengumpulkan saudara mara-mara   membuka sekali peluang kepada kami. Agak lewat bertolak, menyebabkan kami tiba agak lewat iaitu dikala waktu telah menghampiri waktu berbuka. Tak sempat nak dengar tazkirah yang bermula 6.30 petang.  Rupanya, rumah ini nyata dalam proses pembinaan semula. Ramai penghuni telah dipindahkan di rumah kenangan sekitar. Tinggal berbaki 11 orang tua lelaki sahaja.  Berbuka berjemaah, kami terus solat Magrib di surau diikuti solat Isyak pada awal waktunya. Lain tempat lain cara pembacaan imam. Ha...ha... laju sesangat imam ni baca... tak apalah walau tanpa lagu, janji bacaannnya betul. Selesai solat...... ayat yang sama keluar dari setiap mulut kami.... mama, abah, Ammar dan Amili.... LAJU..... & CEPAT!!!!!. Semput dibuatnya......

ANAK YANG KUAT

Mengenai anak kami Amin yang disyaki denggi....dari masa-masa suami sentiasa bertanya khabar melalui sms. Isnin, seperti yang kami pesan dia telah ke klinik UiTM. Kenyataan yang sama. Amin disyaki denggi dan dia dikehendaki berbuka/tidak berpuasa untuk pemeriksaan darah. Esoknya, sekali lagi dia menjalani pemeriksaan darah   . Kali ini, keadaannya   bertambah. Tapi pemeriksaan darah masih perlu dibuat keesokannya pula. Amin ingkar pesanan. Dia tetap berpuasa. Ternyata dia dia anak yang kuat. Selepas pemeriksaan darah kali ke 3, doctor mengesahkan, sel2 darah merah semakin baik. Mesej yang dihantar berbau ceria. Alhamdulillah, Allah mendengar doa kami. Berkatberpuasa, berkat bulan Ramadhan....

15 RAMADHAN - KHATAM AL QURAN

15 Ramadhan Menerima mesej dari anakanda Amin.’Abah, Amin dah Khatam AlQuran, nak mula lagi sekali, abah dan mama dah sampai mana?’. Abah jangan lupa doakan anak2 sebelum buka puasa. Masa yang mustajab untuk berdoa’. Alhamdulillah...... mama masih lagi on the way... Insha Allah, akan mama sempatkan. Ya Allah, jadikanlah anak-anakku orang yang mencintai Al Quran.

DENGGI

Bertolak ke Uitm Segamat menjeguk anakda Amin. Terkejut melihat rupa dan keadaannya. Muka merah dan penuh bintik2 halus. Mungkin campak memandang dia tidak pernah kena demam campak sejak kecil. Ternyata dia sedang menahan ketidakselesaan. Sebak, kerana walaupun tidak sihat, dia tidak memberitahu kami. Memang itu sikap Amin. Tidak banyak bercerita sehingga sakit pun ditahan sendiri tanpa dia sedar ada ketikanya ia mungkin boleh merbahayakan dirinya, Bawa dia ke klinik di Bandar Segamat memandangkan klinik UiTM tutup pada hujung minggu. Doktor mensyaki denggi. Pesanan doktor, makan ubat dan jika tidak sembuh datang semula pada hari Isnin untuk ambil darah. Walau risau, kami terpaksa pulang. Tiada apa pun yang boleh dibuat. Kalau nak bawa balik pun, dia perlukan MC dari klinik UiTM. Kami hanya bekalkan beberapa botol besar Air 100plus. Hanya doa kami panjatkan pada Allah yang mempunyai kuasa penyembuh. Ya Allah, Kau lindungilah anakanda Amin. Sembuhkan dari penyakitnya. Mud

MAJLIS ILMU....

Hari ini anak-anak pulang sekolah membawa 2 keping edaran dari sekolah mereka. 1. Tentang tabung Palestin 2. Senarai semak aktiviti sepanjang bulan Ramadhan. Apa peranan kami sebagai ibu bapa?.... membuat anak-anak rasa seronok apabila merasa kami menyokong semangat mereka. Pertama:  Semangat untuk  menderma di surau/ masjid atau di tabung2 yang diletakkan di kedai/restauran2, semangat menderma untuk tabung palestin. Mereka sangat seronok dapat menderma......... dan mereka menjadi lebih seronok... bila mama dan abah menyokong mereka.... so, peruntukan RM2 sehari belanja sekolah  masih diteruskan.. walau pun mereka berpuasa dan tak perlu membeli makanan di sekolah. Wang RM2 tu.... mereka agihkan... RM1 untuk tabung palestin dan RM1 untuk tabung Masjid.... Sejuknya hati ibu..... Itu cerita tentang tabung.... Satu lagi... cerita tentang aktiviti sepanjang bulan Ramadhan..... Apa peranan ibu bapa????. teruskan menyokong...... Ternyata Ammar begitu seronok apabila dia dapat me

MAMA... MACAM MANA SOLAT TERAWIH???

Terawih malam pertama, tak dapat disertai..... Abah, Ammar & Amir berjalan menuju masjid. Aku dan Amili hanya menghantar dengan pandangan mata. Amili agak resah... kerana dia rasa ketinggalan daripada Abang Ammar dalam soal beribadah. Abang Ammar dapat berpakaian jubah ke masjid menunaikan sembahyang Jumaat..... begitu juga solat terawih. Sedang dia masih jadi penunggu rumah menemani mamanya ni...... Tidak puas hati, lalu bertanya.... 'Mama, boleh ke Amili solat terawih juga di rumah sorang-sorang ' Mama : ' boleh' Amili : 'mama ajarkan.... berapa waktu solat terawih?' Setelah memberi penerang ringkas.... ku lihat dia melakukan solat terawih... sendiriannnn Alahai.... comelnya anakku..... Alhamdulillah....... 'Ya Allah , aku bersyukur pada Mu atas nikmat yang terlalu banyak yang telah Kau berikan'. 

NAK SERBAN......

Imej
Meronda ke Komplek PKNS Shah Alam bersama Suami Ammar dan Amili. Komplek PKNS sinonem dengan pakaian muslimah, barangan keperluan umrah dan haji dan sebagainya. Mata melilau mencari jubah Ammar. Setelah membeli jubah hitam minggu lepas, kali ni dia nak warna putih pula.  Beli juga 2 kupiah . Kupiah putih untuk dipadankan dengan jubah hitam manakala kupiah hitam untuk dipadankan dengan jubah putihnya. Sejuk hati ibu... melihat 'kecenderongan' anak-anak kecil itu. Wah... yang tak tahannya..... Ammar : 'Abah, Ammar nak serban jugak'. Abah   : 'Ala cik Mahmud pun tak pakai serban'.  (He2. alasan spontan!. Menolak dengan cara 'simbolik'.) Bisik aku pada suami: 'Bang, kena jaga semangat diorang tu. Kita sendiri kena berubah.Bimbang kita membantutkan semangat yang telah tumbuh dan kian subur. Alhamdulillah, Mungkin agak terlewat. Tapi kami ingin memulakannya.... 'berjalan mencari redha Allah'. Sesungguhnya tersemat dihati ku 3 perkar

TINGKATKAN MARTABATKU

Nak masuk kelas  3I..... Depan pintu bilik guru.. ada 5 pelajar lelaki menunggu. Dengan senyum-senyum menawarkan diri nak membantu membawa barang-barang ku untuk masuk kelas.... Tak nak hampakan mereka aku berilah apa jer barang yang ada ditangan ku. Bekas alat tulis, beg tangan dan beg buku. Tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan 5 orang pelajar tu....' sajerrrr... je diaorang tu sebenarnya cari alasan nak keluar kelas......' Dalam kelas... mereka asyik lah tersasul... panggil aku 'ustazah'.... Aku meng'amin'kan ajer,,, Dan ku tanya mereka .. 'apa beza uztazah dengan guru..... ....' Aku menambah: 'Yang penting cikgu cantik kan.....'. Tengok.. cikgu tak perlu nak bermake up... sebab Allah telah kurniakan cikgu muka yang cantik & sempurna'. ... He3... (rasanya) aku ni pemalas dalam bab ni..... . rugi rasanya mengadap cermin lama-lama.... membelek muka ..... Apapun ...  Alhamdulillah.. kalau penampilan  guru geografi ini ..

AMMAR COOL

Hari ni Ammar cuti .. kerana sekolah cutikan dia..... Ada peperiksaan awam darjah 6. Tiada pilihan... saya bawa dia ke sekolah..... Wah bergaya hari ni.. lengkap dengan jaket. Tengahari....Balik sekolah, kami terus ke SRI Hira untuk ambil adik Amili...... dia masih berjeket. Mama : Bukalah... jaket tu.... kan panas. Ammar : 'Ammar cool' Mama : (ambik kesempatan memotivasikan).... Ammar org cool ni.... PENYABAR, TAK CEPAT MARAH, TAK BULI ADIK..... Ammar : (terasa dan ....... hanya mampu senyum ...)

NAK TUDUNG BERLAPIK DAGU ...

Hujung minggu lepas ... bersama suami, Ammar, Amili & Amir.. meronda Karnival Mahabbah IKIM.... Set diminda... nak cari tudung muslimah...... bagi menambah koleksi tudung berdagu..... Biasalah perempuan... set nak lengkap... sedondon. Wah... sejak sejak ni... radio pun dah tukar channel... IKIM dah jadi pilihan.... Duluuuu.. payahhh...... Sinar atau Hot FM jer.... Hati masih dilentukkan oleh alunan muzik yang melekakan....  Sekarang dah pandai pergi butik tu.... butik tudung lah..... Inpirasihana  https://www.facebook.com/butikinspirasihana?ref=ts&fref=ts ,. Syazara (  https://www.facebook.com/SYAZARAENTERPRISE?fref=ts ,) , Ummi tinie (  https://www.facebook.com/pages/Ummie-Tinie-Collection/325057884172124?fref=ts  ), Muslimah ( https://www.facebook.com/muslimahclothing?fref=ts  ) Melalui info IKIM & dan FB..... adanya karnival ni dan ia disertai oleh butik2... yang setakat ini dah kenan di hati... apa lagi... tiada tempat lain le untuk berekreasi.... tudung... tudun

ADAKAH MASIH LAGI MAHU MENUNGGU ESOK?

Terbaca info dari group rakan2 SMKTIS... cikgu Yusnita. ' https://www.facebook.com/groups/114058538791090/?hc_location=stream Askm...kwn2.. salah seorg kwn kita ustaz mastuki telah menemui penciptanya....alfatihah buat beliau.. moga dtempatkn dlm kalangan org beriman' Innalillahirajiun.... Terkedu... tergamam..... tersedar dari kenyataan.... kematian datang tanpa kita duga. Bila tiba ajalnya... ia tidak dapat  dicepat atau dilewatkan mengikut kehendak kita... Masih tergiang lagi suara Ustaz Mastuki ........ beberapa bulan dahulu, bila mana aku menghubunginya bertanya sama ada dia layak atau tidak untuk membuat pengesahan sijil nikah bagi Mahram.... masa itu.... suaranya masih macam selalu.. selalu ... ceria dan menceriakan setiap orang yang mendengarnya..... dan selepas itu aku tidak pula mendengar cerita dia sakit. Mungkin salah aku juga... jarang balik ke kampung.... ...  Hakikatnya... kematian.. tiada siapa yang mengetahui .... ' BILA '!. Sedar ..... m