RUMAH KENANGAN SEREMBAN



First time, berbuka di rumah orang-orang tua. Syukur dapat peluang ini. Kami sekadar menumpang tuah sepupu-sepupu kami yang agak berada. Kemampuan mereka untuk menaja makanan, penghuni rumah ini bersekali mengumpulkan saudara mara-mara  membuka sekali peluang kepada kami.

Agak lewat bertolak, menyebabkan kami tiba agak lewat iaitu dikala waktu telah menghampiri waktu berbuka. Tak sempat nak dengar tazkirah yang bermula 6.30 petang. 


Rupanya, rumah ini nyata dalam proses pembinaan semula. Ramai penghuni telah dipindahkan di rumah kenangan sekitar. Tinggal berbaki 11 orang tua lelaki sahaja. 


Berbuka berjemaah, kami terus solat Magrib di surau diikuti solat Isyak pada awal waktunya. Lain tempat lain cara pembacaan imam. Ha...ha... laju sesangat imam ni baca... tak apalah walau tanpa lagu, janji bacaannnya betul. Selesai solat...... ayat yang sama keluar dari setiap mulut kami.... mama, abah, Ammar dan Amili.... LAJU..... & CEPAT!!!!!. Semput dibuatnya......

Tapi paling seronok, surau ni aircond... nyamannnn... sejukkkkk.  Hingga  tak rasa penat .....

Wah.... jam 10.00 malam..... bertolak Seremban – Klang ..... hamper 12.00 malam kami tiba. Aku, Ammar & Amili ok lah..... lelap sepanjang perjalanan... suami yg memandu.... ha..ha... ternguap...nguap. Apa pun.....  pengalaman ramadhan kali ini....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG