Jumaat, April 10, 2009

KUNING HEBAT


Pada 6/3/09 Sukan Tahunan sekolah. Sukan sekolah, mana-mana pun, acaranya sama je dan yang pasti ada rumah sukan. Saya rumah kuning. Nama 'glamour' rumah kuning - Satria. Moto : 'Kuning Menang, Kuning Juara'. Tugas saya, 'Ketua Menghias Khemah'. Tema hiasan khemah tahun ni ' Alam Semula Jadi' . Susah juga nak cari objek-objek semula jadi warna kuning untuk dijadikan hiasan. Tapi.... ikhtiar juga .....

Maka mulalah membuat persiapan ... burung kuning, lebah kuning, rama-rama kuning, monyet kuning, bunga kertas kuning, bunga matahari kuning, ... sampai cawan pun kuning. Tak cukup lagi tu ... saya menerima arahan untuk balik kampung cari pelepah kelapa, mancung kelapa, bunga manggar kelapa dan kelapa muda ( yang ni untuk orang yang arah lah...). Penuh tempat duduk belakang dan bonet MYVI dengan hasil kelapa. Malam menjelang sukan, berkampunglah kami di rumah cikgu Wazir membuat persiapan akhir. Dari depan ke belakang, penuh dengan barang-barang rumah kuning. Bila harinya, terlihatlah Cikgu Shaskinah, Cikgu Wazir, Ustazah Noriati, Cikgu Jaharah, Cikgu Norazian, Cikgu Salimah, Cikgu Habibah, Cikgu Pathma, Cikgu Nadiah, Cikgu Hilda, Cikgu Syahrudin, Cikgu Nor Haliza dan ramai lagi berbaju & topi kuning....... Semangat Kuning.
Ingatkan kecundang..... bila sepanjang kejohanan, bendera rumah hijau sentiasa mengatasi. Rupanya, di saat akhir, rumah kuning diumumkan 'Juara' dan yang pastinya 'hiasan khemah' turut menyumbang mata. Maka disebutlah .... tempat-tempat pertama : Perbarisan - kuning, Hiasan Rumah - Kuning, seterusnya .... kuning, seterusnya lagi .... kuning dan lagi.... kuning.

Rupanya yang penting usaha!. kalah menang soal kedua. Tapi kalau menang juga ... rezeki. Kuning Menang, Kuning lah juara.

Photobucket
Rama-rama kuning.

Photobucket
Burung Kuning

Bunga Matahari kuning
Bunga matahari kuning.

Monyet kuning
Monyet kuning.

Anak kecil pun minat rumah kuning
Kanak2 pun minat rumah kuning.

Teratas, Terulung, Terhebat
Kuning Terhebat.

Photobucket
Layak buka hadiah paling besar

1 ulasan:

  1. Huh huh huh I jadi ketua rumah yang terbawah, tapi kerjasama rakan2 tanpa mengira rumah menjadi pengubat duka.....

    BalasPadam