Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2015

BERSANGKA BAIK.

Copypaste dari group whatsapp Ada satu pasangan muda yang baru berkahwin tinggal di sebuah kawasan perumahan. Suatu pagi, sewaktu sarapan, si isteri melalui jendela kaca, ia melihat jirannya sedang menjemur pakaian. "Cuciannya kurang bersih ya bang," kata si isteri. "Dia ni tentu tak tahu cara mencuci pakaian. Mungkin dia perlu sabun yang lebih elok." Suaminya menoleh, tetapi hanya diam dan tidak memberi komen apa-apa. Sejak hari itu setiap kali jirannya menjemur pakaian, selalu saja si isteri memberikan komen yang sama tentang kurang bersihnya jiran mencuci pakaian. Seminggu berlalu, si isteri hairan melihat pakaian-pakaian yang dijemur jirannya kelihatan betul-betul bersih, dan dia maklumkan kepada suaminya, "abang, tengok jiran kita ni dah basuh bersih pakaiannya, tak macam sebelum ni, siapa agaknya yang ajar dia cara yang betul untuk membasuh pakaian?" Sang suami berkata, "Saya bangun pagi hari ini dan membersihkan jendela kaca kita."

SEBELUM TIDOR

Copy paste dari whatsapp Rasulullah صلی اللہ علیہ وسلم berpesan kepada Siti Aisyah ra. “ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu : 1. Sebelum khatam al-Quran.... 2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat... 3. Sebelum para muslimin meridhai engkau... 4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah... “ Bertanya siti Aisyah : “Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “ Rasul tersenyum dan bersabda : 1. “Jika engkau akan tidur , membacalah surat al –Ikhlas tiga kali Seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran... 2. “Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku” maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat.... “ 3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meridhai engkau.. 4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah... * Tasbi

AKU PERLU MULAKANNYA.....

Imej
5/5.... kaki melangkah lagi ke sekolah.... dengan doa: Ya Allah berilah aku kekuatan mental fizikal untuk meneruskan hidupku. Bantulah aku untuk jadi lebih baik dari sebelum ini. Ya...sebelum ini aku banyak berkira-kira untuk pencen awal . Entahlah.... banyak betul yang menyebabkan semangatku merudum.   Mungkin terlalu lama berada dalam situasi yang sama telah menjemput rasa bosan.  Ada kawan yang mencadangkan agar aku pindah sekolah untuk dapatkan suasana baru, yang mungkin boleh membantu ku menyemarakkan kembali semangat ku.  Entahlah..... Apakah tempat kerja yang menjadi masalahnya...... Wal hal kalau nak dihitung, memang tak terkira nikmat yang Allah beri pada ku di sini. Sekolah tempat ku bekerja, dekat sahaja..... dalam masa 2 minit dah boleh sampai. Pentadbirannya pula sangat baik dan selalu bertolak ansur. Memanglah ada kala keputusan mereka ada yang tidak serasi dengan ku. Tapi seperti kata- kata PK pentadbirannya.... antara lain, 'cikgu melihat dari pand

TIP CEMERLANG DALAM PELAJARAN

Imej
Assalamualaikum wbt .  ALLOOHUMMA SHOLLI ‘ALAA MUHAMMAD, WA’ALAA AALI MUHAMMAD Satu petang,  setelah selesai beberapa siri singgah kedai cenderahati untuk hari guru, saya singgah pula gerai pisang goreng untuk membeli sedikit makanan sebagai minum petang anak2. Alhamdulillah,  cuti panjang dapat mengumpulkan semua anak2. Rezeki niat nak bersedekah kot atau pun rezeki Amili yang masih berunifom sekolah ....  Pak cik penjual goreng pisang berkata pada Amili.. 'Nak tip  cemerlang dalam pelajaran Tak.  Amili terpinga- pinga. Tapi saya menunjukkan gaya berminat. Pakcik goreng pisang menetuskan.. Amalkan baca:  Ya Latif, Ya Alim, Ya Allah Sebanyak tidak kurang 700 kali sehari & bisikan Sesungguhnya Ilmu itu milik Allah dan sapukan tangan di dada anak ( kalau anak ada di sebelah). Mak bapak baca. Anak pun amalkan. Ins sha Allah ... Katanya, ini amalannya. Setakat ini 9 anaknya berjaya dalam pelajaran. Dan sekarang dia praktikkan pada cucunya.... dan na