TIP CEMERLANG DALAM PELAJARAN

Assalamualaikum wbt . 
ALLOOHUMMA SHOLLI ‘ALAA MUHAMMAD, WA’ALAA AALI MUHAMMAD

Satu petang,  setelah selesai beberapa siri singgah kedai cenderahati untuk hari guru, saya singgah pula gerai pisang goreng untuk membeli sedikit makanan sebagai minum petang anak2. Alhamdulillah,  cuti panjang dapat mengumpulkan semua anak2.

Rezeki niat nak bersedekah kot atau pun rezeki Amili yang masih berunifom sekolah .... 
Pak cik penjual goreng pisang berkata pada Amili.. 'Nak tip  cemerlang dalam pelajaran Tak. 
Amili terpinga- pinga. Tapi saya menunjukkan gaya berminat.

Pakcik goreng pisang menetuskan..

Amalkan baca: 

Ya Latif, Ya Alim, Ya Allah

Sebanyak tidak kurang 700 kali sehari & bisikan Sesungguhnya Ilmu itu milik Allah dan sapukan tangan di dada anak ( kalau anak ada di sebelah). Mak bapak baca. Anak pun amalkan. Ins sha Allah ...

Katanya, ini amalannya. Setakat ini 9 anaknya berjaya dalam pelajaran. Dan sekarang dia praktikkan pada cucunya.... dan nampak kesannya.


Sesungguhnya Ilmu Jua Milik Allah

"Semoga Pakcik murah rezeki. Aamiin". Doaku buatnya ssebagai mengakhiri perbualan....

Moh kita amalkan dan yakin.

#SesungguhnyaIlmuitumilikAllah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG