ADAKAH MASIH LAGI MAHU MENUNGGU ESOK?

Terbaca info dari group rakan2 SMKTIS... cikgu Yusnita.
'https://www.facebook.com/groups/114058538791090/?hc_location=stream
Askm...kwn2.. salah seorg kwn kita ustaz mastuki telah menemui penciptanya....alfatihah buat beliau.. moga dtempatkn dlm kalangan org beriman'
Innalillahirajiun....

Terkedu... tergamam..... tersedar dari kenyataan.... kematian datang tanpa kita duga. Bila tiba ajalnya... ia tidak dapat  dicepat atau dilewatkan mengikut kehendak kita... Masih tergiang lagi suara Ustaz Mastuki ........ beberapa bulan dahulu, bila mana aku menghubunginya bertanya sama ada dia layak atau tidak untuk membuat pengesahan sijil nikah bagi Mahram.... masa itu.... suaranya masih macam selalu.. selalu ... ceria dan menceriakan setiap orang yang mendengarnya..... dan selepas itu aku tidak pula mendengar cerita dia sakit. Mungkin salah aku juga... jarang balik ke kampung.... ... 

Hakikatnya... kematian.. tiada siapa yang mengetahui .... 'BILA'!.
Sedar ..... memang telah lama sedar. Tahu... memang telah lama tahu.... 'hakikat itu'     Tetapi 'hati'.... mengapa susah sangat untuk mengambil ikhtibar..... Mengapa masih lagi mahu bertangguh....... esok lah... lusa lah...... nantilah .... dan macam-macam alasan direka. 

Urusan kerja ..... ala esoklah... esok ada masa free.... akhirnya... kerja tak sempurna .... kerana memegang prinsip 'kerja last minute'
Urusan hutang ... ala esok lusa lah......... hutang terus menimbun... kerana pendapatan bulanan terus digunakan untuk 'menselesakan' diri
Urusan mengajar anak membaca... mengajar anak mengira ..... ala. esok lah .. lusa lah... nak selesaikan kerja lain dulu. Akhirnya anak membesar... tanpa ambil kesempatan untuk mendapatkan pahala berpanjangan dari 'ilmu yang manfaat' yang  diajar pada anak-anak.
Urusan solat.. ala... jap lagi lah... jap lagi lah... akhirnya..... solat macam kipas kudung..... sebab masa sudah dipenghujung waktu.
Urusan dengan ibu!...... adakah masih mahu menunggu esok?..... adakah ibu mu masih ada lagi menjelang esok?  atau... adakah kamu  masih ada lagi menjelang esok....

Itu lah.sebahagian senarai urusan yang semuanya ada bisikan.... nantilah, sekejap lagi lah, esoklah....... tanpa ada kerisauan.... ADAKAH MASIH ADA LAGI ESOK ?.


'Ya Allah.... berilah aku peluang untuk ku lunaskan semua amanahku. Amanah dengan keluarga ku sendiri, amanah dengan pekerjaan ku , amanah dengan ibubapaku dan saudara mara ku.... dan yang utama .. amanahku terhadap agama mu dan terhadapMu ya Allah.. Jika aku dipanggil kembali.... matikanlah aku dalam Islam'

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG