NAK SERBAN......

Meronda ke Komplek PKNS Shah Alam bersama Suami Ammar dan Amili. Komplek PKNS sinonem dengan pakaian muslimah, barangan keperluan umrah dan haji dan sebagainya.

Mata melilau mencari jubah Ammar. Setelah membeli jubah hitam minggu lepas, kali ni dia nak warna putih pula.  Beli juga 2 kupiah . Kupiah putih untuk dipadankan dengan jubah hitam manakala kupiah hitam untuk dipadankan dengan jubah putihnya.


Sejuk hati ibu... melihat 'kecenderongan' anak-anak kecil itu.

Wah... yang tak tahannya.....
Ammar : 'Abah, Ammar nak serban jugak'.
Abah   : 'Ala cik Mahmud pun tak pakai serban'.  (He2. alasan spontan!. Menolak dengan cara 'simbolik'.)

Bisik aku pada suami: 'Bang, kena jaga semangat diorang tu. Kita sendiri kena berubah.Bimbang kita membantutkan semangat yang telah tumbuh dan kian subur.

Alhamdulillah, Mungkin agak terlewat. Tapi kami ingin memulakannya.... 'berjalan mencari redha Allah'.
Sesungguhnya tersemat dihati ku 3 perkara penting.
1. Anak yang soleh (yang akan mendoakan untuk kami)
2. Ilmu yang dimanfaatkan.
3. Harta yang disedekahkan ke jalan allah.

Doa anak2 yang soleh .. boleh bantu ibu bapa.

tapi bagaimana nak dapat anak yang soleh.. kalau kita tidak membimbingnya... kalau kita tak tunjuk contoh pada mereka.......

'Ya Allah, jadikan kami anak2 yang soleh dan kurniakan kami anak2 yang soleh yang mendoakan kami'

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH