MAJLIS ILMU....

Hari ini anak-anak pulang sekolah membawa 2 keping edaran dari sekolah mereka.
1. Tentang tabung Palestin
2. Senarai semak aktiviti sepanjang bulan Ramadhan.

Apa peranan kami sebagai ibu bapa?.... membuat anak-anak rasa seronok apabila merasa kami menyokong semangat mereka.

Pertama:  Semangat untuk  menderma di surau/ masjid atau di tabung2 yang diletakkan di kedai/restauran2, semangat menderma untuk tabung palestin. Mereka sangat seronok dapat menderma......... dan mereka menjadi lebih seronok... bila mama dan abah menyokong mereka.... so, peruntukan RM2 sehari belanja sekolah  masih diteruskan.. walau pun mereka berpuasa dan tak perlu membeli makanan di sekolah. Wang RM2 tu.... mereka agihkan... RM1 untuk tabung palestin dan RM1 untuk tabung Masjid....

Sejuknya hati ibu.....

Itu cerita tentang tabung....

Satu lagi... cerita tentang aktiviti sepanjang bulan Ramadhan.....
Apa peranan ibu bapa????. teruskan menyokong......
Ternyata Ammar begitu seronok apabila dia dapat menanda banyak perkara yang tersenarai.......
Antaranya ... solat jemaah Subuh, Zohor, Asar, Magrib dan Isyak, Solat Terawih, Solat Dhuha. infak, dan sebagainya... semuanya dia lakukan...... kecuali beberapa perkara. Antaranya....'menghadiri Majlis ilmu dan solat witir'. Oleh kerana nak bantu Ammar, so.. malam ni kami bersetuju untuk tunggu untuk tazkirah dan witir selepas solat Terawih. Tidak seperti hari2 biasa... setakat 8 waktu Terawih sahaja. Solat witir, kami lakukan di rumah.... tanpa Ammar ........ ... Ha2 padan muka kami.... susah sangat nak duduk tunggu tazkirah... akhirnya... hari ni Allah beri kami hidayah melalui anak-anak..... untuk hadir dalam Majlis Ilmu. Bukan susah pun... 5 minit jer. 2 perkara jer yang ustaz sampaikan.... tapi 2 perkara tu penting diingat dan diamalkan.... ku semat dihati!. Syukur.....

Hati berbisik.... untungnya anak2 ku... mereka dapat bersekolah di sekolah agama.... dan diasuh untuk melakukan ibadah sunat dan wajib sejak kecil lagi.... Alhamdulillah... banyak budaya islam dengan mudahnya mereka amalkan..... Syukur padaMu Allah yang telah memberi rezeki dan nikmat ini. Terima kasih pada guru-guru yang telah mendidik dan mengasuh anak-anak kami dengan penuh sabar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG