MAMA... MACAM MANA SOLAT TERAWIH???

Terawih malam pertama, tak dapat disertai.....

Abah, Ammar & Amir berjalan menuju masjid. Aku dan Amili hanya menghantar dengan pandangan mata.

Amili agak resah... kerana dia rasa ketinggalan daripada Abang Ammar dalam soal beribadah. Abang Ammar dapat berpakaian jubah ke masjid menunaikan sembahyang Jumaat..... begitu juga solat terawih. Sedang dia masih jadi penunggu rumah menemani mamanya ni......

Tidak puas hati, lalu bertanya.... 'Mama, boleh ke Amili solat terawih juga di rumah sorang-sorang '
Mama : ' boleh'
Amili : 'mama ajarkan.... berapa waktu solat terawih?'

Setelah memberi penerang ringkas.... ku lihat dia melakukan solat terawih... sendiriannnn

Alahai.... comelnya anakku.....

Alhamdulillah.......

'Ya Allah , aku bersyukur pada Mu atas nikmat yang terlalu banyak yang telah Kau berikan'. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG