HARI KE 10 - HANGIN SATU BADAN....

Salam Ramadhan

Pukul 4 pagi terjaga bagi menjalankan rutin biasa bulan Ramadhan menyediakan menu bersahur untuk yang berpuasa. Sebelum turun, jenguk sebentar bilik anak2. Ammar nampak gelisah. Bila nampak mamanya, dia terus memesan 'susu'. Amili... lagi lah.... merengek je & menangis kecil. Dia tidak berada di tilam biasanya, tapi tidur di sebelah abang Amir. Setiap kali dia merengek.... Abang Amir dengan automatik terus menepuk2 sayang pada adiknya. Terharu dengan suasana itu. Terharu dengan sikap tanggung jawab Amir. Sememangnya Amir anak yang baik, jarang engkar bila disuruh dan banyak kalinya, dia melakukan tugas terutama menjaga adik2 kecilnya tanpa disuruh. Alhamdullillah, itulah kelebihan Amir.

Jenguk ke dapur. Tak perlu memasak sangat. Sebelum balik dari kampung malam kelmarin, emak dah bekalkan nasi putih & sambal sotong. Di rumah pula memang saya ada tinggalkan sedikit kuah kurma sebelum balik ke berbuka di kampung semalam. So, untuk sahur... saya hanya panaskan makanan yang ada... diaorang pun memang tak cerewet. Makan apa je yang dah disediakan...

Tidak seperti hari2 biasa.... selalunya saya jarang tidur selepas sahur. Mengaji, mengemas rumah, mengadap komputer ... rutin biasa saya. Tapi dah 2 - 3 malam ni badan saya rasa tak sihat sangat. Terasa sakit2 badan sangat. Terasa seluruh badan dah masuk angin. Lesu & lemah jadinya. Dah tak sihat tu... mulalah angin je.... pagi2 suami dapat call (ganggu tidur je...), & tak cerita dari siapa ... pun saya dah merajuk. Saya cakap... 'mama.. semua cerita kat abang.... yang tak penting pun mama cerita... abang selalu tak nak cerita...'. (saje je cari pasal......) Puaslah suami memujuk.... memang tak leh silap sikit. Pesan sesuatu... dia tak beli... merajuk lagi. Pergilah sang suami nak puaskan hati isteri.... lepas tu... nak tu... nak ni....nak tu... nak ni.... Tak cukup dengan suami... dengan anak2 pun hangin jugak!. Bertempiaran anak2 lari.... Itulah kalau badan tak sihat. Teringat kerja banyak. Tapi tak mampu nak buat..... tensionlah. Tengok rumah bersepah... tak larat nak kemas.... tension jugak!. Hampir 3 petang baru mama ni rasa sihat & boleh bangun dari perbaringan..... Itupun... setelah badan penuh dengan koyok!. Bila dah rasa sehat, apalagi teruslah ke bilik.... mengosok, melipat baju, membasuh baju..... . Mesin basuh rosak lah pulak...

Semalam abang Amin nak membasuh baju dia.... agaknya dia main tekan je kot. Mesin basuh digital... dia sensetif sikit. Silap tekat.... ha! langsung tak bergerak!. Tu yang terpaksa membasuh guna tangan..... Alaaaa... mula2 rendam je dulu. Lepas tu gonyoh je & bilas. Anak2 bukan main kotor.... sekadar peluh je.... tak yah basuh beriya... asal wangi ok le tu.... Hari ni cuti umum.... kedai nak baiki pun tutup.... tak delah harapan nak pulih cepat... alamat kena membasuh guna tangan lagi le..... huwah3. Nasib baik juga.... anak2 dah balik asrama... so tinggal sikit orang je di rumah... tak delah banyak sangat kot nak membasuh.....

Bila anak2 dah balik asrama ... sunyi juga rumah ni. Paling terasa bila Amir tiada... dialah yang paling banyak membantu... terutama urusan jaga adik2. Harap2 anak2 mama semua.... dimudahkan Allah walau apaun juga yang nak dilakukan.... mama sayang semua....

Buka petang ni..... setakat masak nasi dengan lauk ketam masak lemak cili padi je.... anak2 dah balik asrama.... tak cerewet sangat nak sediakan menu berbuka ni..... Ok.

Oh! esok sekolah ke?.... alamak, banyak kerja tak buat. Boleh dikatakan semua kerja yang dirancang tak dibuat ni..... seronok betul bercuti.

Selamat Berbuka.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG