NAK CUTIIIIIII..... APA NAK BUATTTTTT.......

Ini lah keseronokan sebenar menjadi cikgu.... minggu2 akhir sebelum cuti sekolah. Cuti sekolah ... Saat2 yang paling ditunggu ....... seronokkkkkkkk...... setakat seronok je lah.... tapi kepuasan sebenarnya menjadi guru ialah bila melihat anak2 murid berjaya... Dah berjaya ingat pulak kat cikgunya..... lagilah bermakna!

Yang tak syoknya cikgu2 kena menanda kertas pekse..... tapi saya tak ye.... maklumlah soalan objektif.... ibaratnya petik jari.... siap lah. Jangan Jelous...... adekda Amirul..... teruskan usaha, jangan putus asa menanda kertas PP tu... Susahhhhhhh dulu... senang2 sekarang.... Saya... tak tanda kertas pekse... tapi saya peksa PTK..... Nak jawab pekse tak de lah tension.... ala.... soalan objektif. Tenyeh je lah nanti. Yang tensionnya.... nak kena study. Selain pekse... saya kena siapkan program HC tingkatan 1, 2 dan 4. Tiap kali jumpa PK1... tu je pesanannya. Sebelum dia gi Umrah...berpesan2 lah dia kat anak2 buahnya.... Baik bos! Ala... cuti sekolah ni kan puasa... tak de lah nak jalan2. Lagi H1NI belum reda.... kurung aje lah anak2 kat rumah....

Jangan lupa cikgu2... setelah headcount kena buat post mortem. Study lah graf yang dibuat tu. Pastikan murid2 yang capai atau tak capai sasaran. Teruskan dengan pelan tindakan.... Eh saya cekap.... saya dah tangkap semua cikgu2 Seni tingkatan 3. Tolong laksanakan projek 'Buat & Ingat' saya.... Murid2 melukislah juga. Cuma kena lorekan peta dan lukiskan gambarajah geografi. PK1 kata... OK!.

Bila dah dekat2 cuti ni.... tekanan pun longgarlah sikit. Mula lah cikgu2 teringat pada potluck yang dah lama tak jumpa. Baru je buat Sabtu hari tu... dah nak buat pulak. Saya pengurusnya tapi saya tak join... MC. So antara sebab nak buat potluck Khamis ni.... Sempena cuti, sempena puasa, sempena kurang tension dan yang penting sempena saya tak dapat join Sabtu tu.. kesian kat saya.... Menu utama Sabtu tu Mee Jawa. Saya pilih menu tu khas untuk adekda Wakjir.... ala dia kan dah tak makan nasi. Roszana pun kata.... baru sebut2 dah dapat makan. Dengar cerita cikgu2 lain pun suka. Sampai hari ni masih menyebut keenakannya. Simpati pada Bib... kereta jadi mangsa tumpahan kuah. Rasanya sampai bila2 dia ingat tu....Menu Khamis ni nasi campur lauk. Ayam masak lemak cili padi.... Wakjir yang tak makan nasi... makan lauk aje le ye... Wak kan suka cabaran.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH