HARI KE 4 ... BESARNYA KUASA DOA




Akhirnya tiba juga harinya. Saya kena jawab peksa. Jam 11.00 pagi di SMK Jalan Kebun. Pukul 9.45 saya keluar rumah. Saja pergi awal, nak relex2 memandu sambil makan angin.... nak rehatkan minda. Pergi tadi diiringi lambaian tangan kecil Amili di tingkap. Kesian dia. Kecil lagi dah kena berdikari. Mandi sendiri & tinggal sendiri. Abang & kakaknya masih tidor lagi di tingkat atas.

Memandu sorang diri... fikiran mula mengelamun. Entah kenapa tiba2 hati teringat sangat dengan 2 insan yang dihormati. Pertama.... Dr Azhari Hussin. Mantan pensyarah saya masa di UTM. Saya kagum dengan kekuatan semangat dia. Saya kagum dengan dia yang sentiasa meningkatkan pretasinya. Sehingga dia berani berhijrah untuk berjuang demi Islam.... dan akhirnya diberitakan mati dibom di Indonesia. Hebatnya semangat dia. Seorang lagi... saya teringat kepada Puan Amiah Hassan, yang sekarang berada di Tanah Suci. Saya rasa rata2 guru di sini kenal dengan dia, bagaimana dia pada awal2 perkhidmatannya. Rasa beruntungnya dia, kerana diberi peluang olehNya untuk berhijrah menjadi Puan Amiah sekarang. Saya suka semangatnya. Dia berani menyatakan pendapatnya. Walau pun bos, dia amat menghargai kebolehan orang di bawahnya. Dia tak malu mengakui dia tak pandai dan dia akan bertanya untuk belajar mengetahuinya. Dia tak malu mengakui kesilapannya. Dan sebagai orang bawah, dia sangat menghormati bosnya walau pun pendapatnya berbeza. Saya terbayang dia berada di hadapan Kaabah, sedang memohon doa. Bahagianya menjadi seperti dia, berpeluang untuk berhijrah dan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah SWT. Bertanya sendiri pada hati... bila pula saya dapat berhijrah.... 'Menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam...'

Dalam dok mengelamun tu.... saya serba salah memilih jalan. JALAN MANA YANG PERLU SAYA IKUT. Akhirnya saya mengikut gerak hati, ikut jalan lalu HBTAR & ikut Highway KESAS. Tu lah ngelamun lagi.... bila melepasi MPK... la...tak ingat pula lorong mana yang perlu saya ikut... Saya pun ikut Pendamaran, West Port, walau gerak hati kata ia salah. Ha... memanglah salah.... tapi kat Highway, klu dah salah... terus je lah & usaha cari U-Turn. Alhamdullillah. Bila banyak Flyover... senanglah buat U-Turn. Bila dan U-Turn, tiba di bulatan bawah flyover tu ... ha banyak lorong. Lagi sekali.... tertanya... lorong mana harus dipilih. Ha saya pun buatlah satu pusingan nak pastikan jalan baru buat pilihan. Ha.... saya terpilih lorong yang betul...

Mula2 tak yakin juga dengan lorong tu. Tapi bila perhatikan kiri kanannya.... saya terus teringat kenangan semasa menuju ke HBTAR untuk melahirkan ke empat2 anak2 saya.... saya nampak lagi bangunan2 lama yang saya nampak sewaktu saya sedang kesakitan kerana nak meneran melahirkan anak. Bila melalui depan HBTAR saya terkenang pula suami yang berada di sisi mengiringi saya ditolak ke bilik bersalin. Tergambar di wajahnya sedang berdoa, mengharapkan saya selamat....

Entah lah... kenapa tiba2 saya boleh mengelamun begitu jauh sekali.... sehingga saya dikejutkan oleh deringan telefon. Ha... nombor tu... saya sengaja tak angkat. No orang yang harap saya melabur... ala duit KWSP saya kan banyak... tu yang dia asyik call.... Ha bukan masa yang sesuai nak pikir melabur...

Kemudian terdengar pula.... deringan sms. Malas juga nak lihat. Rasa macam orang yang sama.... Tapi bila lampu isyarat merah. Saya baca ....'Goodluck. Hati2 memandu. Semoga tenang dan dipermudahkan menjawab' (saya dah betulkan ejaan....). Sms daripada sahabat baik saya...Cikgu Wazir. Entah kenapa, air mata saya mengalir membaca sms dia. Terharu. Waktu hati saya tidak tenang... dia hadir mengiringi saya dengan doa. Saya hanya dapat balas.... 'Sesat juga!. Tak fokus".

Rasa terharu sangat. Pagi tadi sebelum pergi... dengan pelukan & ciuman suami mendoakan 'semoga berjaya'. Semalam buka blog... teman2 turut mendoakan. Bertolak tadi diiringi lambaian si kecil bagai mendoakan mamanya. Saya ni memanglah sentimental orangnya... dan ada masa sentimentalnya menjadi2. Walau sekadar peksa PTK.... tapi bila diiringi doa insan2 tersayang... rasa bersemangat sangat nak buat yang terbaik. Bila masuk masuk dewan.... saya hanya mampu berserah sahaja kepada Allah SWT minta dimudahkan untuk saya menjawab. Saya dah buat yang terbaik. Tengoklah pada rezeki.. Yang pasti... itulah besarnya kuasa doa. Makhbul atau tidak Allah yang kuasa. Tapi bila doa tu datang daripada insan yang tersayang..... sangat besar maknanya...

Soalan PTK?. Seronok juga lah dapat menghadapi peperiksaan ni. Dapat recall balik ilmu2 yang berkaitan dengan perkhidmatan kita. Input daripada kursus dulu banyak juga membantu. Tapi saya tabiklah dengan lembaga yang buat soalan ini. Berjaya menconfusekan orang. Jawapan hampir2 sama. Cuma tak serupa maknanya. Ada juga yang saya tak ingat. Lebih2 pasal tuntutan. Tuntutan harian lah, loging lah, etc...etc. Ye lah saya ni memang jarang keluar. Jadi tak de lah aplikasinya. Kalau Kak Sakila... mesti terror.. dia banyak outstation dari duduk rumah..he3 jangan marah k.la. Tapi kalau wakjir.... dia pun sama macam saya. Dia tu banyak keluar... tapi selalu tak buat tuntutan.... Ha. macam mana nanti nak jawap peksa. Ada satu soalan tu...'Apa tindakan yang patut diambil apabila orang bawahnya berniaga semasa bertugas?. Confuse!. Apa taknya .... banyak sangat yang berniaga kat sekolah tu.... manik le, tudung le, broach lah, kuih raya.... He3 jangan marah ye... Tapi nasihat saya pada teman2 yang bakal ambil peksa.... studylah. Bukan setakat untuk peksa. Tapi mendalami ilmu yang berkaitan dengan bidang kita. Baca nota & baca buku contoh2 soalan. Memang soalan dalam buku tu satu pun tak keluar tapi dia bantu kita ingat fakta. Yang seronoknya bila soalan aplikasi... best! mencabar minda kita. Sekali2 je kita memerah otak. Selalu2 kita buat kerja rutin je kan. Bila soalan macam ni, ingat fakta boleh membantu.....

So... buat Wakjir, Ati, Yan & sapa2 je yang akan menghadapi peperiksaan Khamis ni .....'Goodluck! semuga diberikan ilham oleh Allah SWT.... mudah menjawab!' insyaallah.

Balik peksa.... ha... nak ikut jambatan Connought lah pulak. Bila tiba di bulatan... alamak! jalan mana yang mesti ku ikut. Ha main redah je lah. Saya pilih lorong yang dari jauh nampak ceombong merah putih tu. Tu lah... semalam 2 kali suami pesan. 'tengok jalan betul, cam kan jalan'.... saya jawab 'boleh, jalan lurus aje kan'. Saya ni memang lemah cam jalan. Manalah tak sesat. Ikut jalan songsang daripada yang suami tunjuk. he#

Ha..... tiba juga saya di Tesco (ala tesco kan sebelah rumah je). Singgah jugak!. Teringin cari AlQuran baru. Kot2lah dengan yang baru boleh khatam sepanjang bulan Ramadhan ni... lepas PTK katam, nak khatam Quranlah pulak. Insyaallah. Teringatlah pula... nak bayar yuran sekolah anak2 yang mencecah rm2000 tu... Tapi tengok jam, rasa pejabat tutup waktu tu. So... panjangkan idea ke Carefour pulak. Alamak.... semua mesin ATM pulak rosak. Tak dapat kuar RM... balik je lah.

Tiba di rumah.... terasa penat yang amat sangat. Penat badan, penat otak, penat perasaan. Menyendiri je lah kat bilik & tidur. 2 orang anak kecil tu.. tak tahulah makan ke tak. Tapi memang tak larat sangat... bangun sembahyang je... lepas tu tidor balik. Lewat petang baru turun ..... Nak jawab sms Wakjir tadi.... 'akak masak apa?. Ha dah 6.40 apa yang sempat masak... Nasi goreng je lah... Nasi goreng ape?.... 'Nasi goreng macam2 rasa'. Nasinya lebih sahur pagi tadi yang disimpan dalam peti sejuk. Rencahnya... telur ancur bersambal sahur, udang goreng sahur, ikan jeruk masin kelmarin. belacan... puan Roosmawaty bagi masa dulu, dan perisa nasi goreng cina seri aji beli kat Tesco. Semua tu disatukan... masukkan satu persatulah. Yang dulu didulukan..... last sekali bubuh hirisan daun limau purut & serai. Nak kata nasi goreng cina tak, nak kata nasi goreng kampung tak, nak kata nasi goreng ikan masin tak, nak kata nasi goreng kerabu pun tak, nak kata nasi goreng tomyam pun tak.... 'Nasi Goreng Celaru' lah. Diaorang ok je. Anak dara saya tadi tolong buat roti hotdog. Kueh sri muka ada sikit dibeli kat pasar nak buat maniskan tekak je...

p/s... saya tulis panjang hari ni. Sebab suami tanya tadi... 'macam mana hari ni....' saya tak larat nak bercerita. Suruh dia baca kat blog. So... kena cerita detail. Bila tengok saya menulis panjang.... suami kata... amboi panjangnya.... Saya balas .... '"ada yang tak boleh cerita direct, nanti abang kutuk (nyakat). Baca kat blog tak pe.... tak dengar kutukan..." Sorry ye bang....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG