DOA UNTUK ANAK-ANAK

Tika ini  rasa menyesal ku menebal. 20 tahun mengandung, melahirkan dan membesarkan tiada doa khusus ku amalkan. Doa2ku untuk anak2 bagai angin lalu..... . Bila saja aku dan suami membuat keputusan untuk melakukan ibadah umrah.... barulah hati ni mula berdetik dan  fikiran mula mencari... mencari sesuatu untuk anak2ku.... hadiah buat mereka tanda kasih sayang kami..... sesungguhnya doa adalah hadiah terbaik untuk ibu anak2.... Mungkin lewat... tapi ku harap ia tidak terlambat.

Di sini ku catatkan beberapa catatan amalan ibu bapa yang elok di cuba lakukan kepada anak-anak…. (ku petik dari beberapa blog). Terima kasih kepada penulis asal.

Amalan Ketika Anak Sedang Tidur

1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif (100X atau sebanyak mungkin) ke ubun-ubun kepalanya. Seterusnya,

2. Membaca surah Al Fatihah 1 kali 




3. Membaca surah alam nasyrah 1 kali. 

 4. Membaca surah As-Syura : 19

4. Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya. (Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya)
Jadi ...... anak yang soleh/solehan. Lembut hati. Suka pada ilmu yang bermanfaat. Rajin tolong orang. 

Amalan Harian

1. Ayah dan ibu selalulah menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

2. Baca setiap habis sholat. Baca  sholawat nabi . 


Seru nama semua anak bayangkan wajah mereka satu persatu dan berdoa untuk mereka. 

Baca doa Al Furqan : 74



     Diikuti doa pelembut hati di bawah


3. Ketika memasak
    Mulakan  dengan:

 Baca Alfatihah

Selawat atas nabi 3x

Zikir Ya Latif 3x
Doa Surah As syura: 19 3x


Dalam hati niat kan yg baik – Dieratkan hati, disuburkan kasih sayang, sehat tubuh badan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK SAHABAT

KUNING HEBAT