JARINGAN LABAH-LABAH

Ha!. Hari ni baru tergerak hati nak baca buku untuk persediaan PTK ni. Masa daftar hari tu... rasa semangat... nak study... nak dapatkan 4 untuk 1 paper lagi. Satu paper lagi dah 4. Tapi bila tinggal saki baki hari nak peksa ni (Selasa 25 Ogos)... baru keinginan nak baca tu datang.... Mazidah2... Last minute juga yang dipilihnya....

Masa ni lah baru nak cari2 di rak buku, kot2 adalah buku2 lama... buku2 tahun lepas yang boleh dibelek, boleh direnung, boleh ditatap.... Huwa3... tak de langsung.... mana perginya semua buku ni..... Ha.... tak putus harapan lagi.... jenguk2 kat internet.... ha dapatlah juga. Cari bahan setakat yang disenaraikan je... Cari sikit2 je. Takut....lagi banyak.... lagilah tak cukup masa nak study.... boleh lah.... daripada tak ada langsung.... Buat gaye orang pandai je lah... he3

Yang tergerak nak study tu.... sebab bila belek2 fotmat PTK.... 'dia kata... peluang hanya sekali... so jangan lepaskannya'. Baca pula mesej Kak la.... yang maksudnya 'study... jangan tak study'. Tu yang nak mula study tu....

Study ni pun ok gak... ye le ... 'Perintah Am, Dasar2 Kerajaan, Nilai & Etika....etc...etc.... macam dah dilupakan je'. Padahal itu semua berkaitan dengan kerja sebagai kakitangan kerajaan. Bila baca sikit... Ooooo... baca sikit... Ooooo... baca sikit lagi.... Oooooo. Baca lagi....Zzzzz, Baca lagi...Zzzzzzz. Baca lagi... terus Zzzzzzzzzz. Tinggal 2 1/2 hari lagi nak peksa. Nak try mana yang mampu.. Harap2 puasa bukan penghalang malah.... tambah berkah. Dah sound kat suami dah, nak peksa...... so faham2 aje lah ye bang.....

Ada internet ni banyak bagusnya juga. Bila masa2 kecederaan ni.... dia boleh diharap. Terharu juga ada insan2 yang tuliskan dalam blognya tentang 'Dasar2 Pembangunan Negara'. Hampir lengkap. Tahniah & Terima kasih atas budi baik anda!.

Berikut antara Jaringan Labah2 yang dah saya temui.... Kot boleh membantu rakan lain... Kalau nak hulur bantuan lagi lah baguss..... Tengah nazak nak peksa ni...

Perintah2 Am
http://www.jpa.gov.bn/JPAnewWeb%202.1/panduanUrusStaf/perintahAm.htm

Peraturan Pegawai Awam - Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan perkhidmatan 2005
http://reg.upm.edu.my/notaptk/Nota%20PTK/PERATURAN-PERATURAN%20PEGAWAI%20AWAM.ppt

Arahan Perbendaharaan
http://www.treasury.gov.my/pdf/lain-lain/arahan_perbendaharaan.pdf

Nilai & Etika Perkhidmatan Awam
http://www.nre.gov.my/EN/newintranet/PTK%20Notes/Bab_Nilai_x_Etika.ppt#390,12,3.
http://reg.upm.edu.my/notaptk/Nota%20PTK/Nilai%20Dan%20Etika%20Perkhidmatan%20Awam%20Tonggak%2012.ppt
http://www.scribd.com/deleted/2357117?query=NILAI+DAN+ETIKA+PERKHIDMATAN+AWAM

Tonggak 12
http://www.ictmelaka.org/Download_Files/Tonggak%2012.doc

Dasar-dasar Pembangunan Malaysia
http://gurudasar.blogspot.com/

Panduan Pengurusan Pejabat
http://www.townplan.gov.my/muat%20turun/PTK/pegawai/umum/panduan%20pengurusan%20pejabat.ppt

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH