UCAP DAH.... NAK RAKAM PULAK.....

Nak rakamkan jutaan terima kasih kepada mereka2 yang telah memberi makna dalam hidup saya hari ini. Ucap dah beri.... nak rakam kat blog lah pulak. Terima kasih kepada adik-adik yang membantu menyiapkan kerja saya hari ni.... Wakjir yang memang setia dengan saya telah menolong melipat bahan geografi ' Buat & Ingat' . Macam lipat kat jemputan gitu.... Dan 'Suliyawati membantu melaminat bahan 'Nujum Pak Belalang' saya. Boleh buka kedai lah lepas ni.... Sesungguhnya bantuan kalian bermakna bagi saya. Tawaran nak menolong bukan selalu boleh dapat.... Semangat saya pun naik sekarang ni. Ni tengah cadang2... apa pulak nak buat lepas ni.... Dah saya ni memang macam ni. Tak leh duduk diam. Ade je ..... yang nak dibuatnya. Saya tak tahulah projek saya tu berkesan atau tak... tapi... nak try lah juga.... Ye lah tak cuba mana nak tahu hasilnya.... sekali2 'belajar sambil bermain'' seronok juga kot...... Buat Wakjir & Suliyawati ..... lain kali tolong lagi atau akak tolong korang pulak lain kali......

Nak rakam terima kasih juga kat Adekda Amirul... oleh2 dari Pulau Pangkor dengan kata2 iringannya.... 'kak jangan gaduh2...' Oleh2 tu bukan bodek ye Mirul... he3 ..... Terharu akak dengan ingatan adekda... walau kita baru kenal.... tapi dah diingati.... Insyaallah... Welcome.... & kita akan terus bekerja sama....

Nak rakam terima kasih juga kat budak2 3RK... seronok dengan korang di kelas Prep tadi.... pembentangan kali ini jauh lebih baik daripada yang lepas. Fokus terus pada fakta & banyak bahan tambahan iaitu tak tumpu pada nota cikgu je.... Ingat lain kali.... tak leh pegang buku tau.... pegang nota kecil je..... Cikgu bangga dengan kamu. Semua kerja yang cikgu beri kamu selesaikan dengan sempurna.... teruskan nilai baik itu.... semoga kamu jadi yang terbaik di kalangan yang terbaik.... Cikgu sayang kamu...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG