HADIAH BUAT SAHABAT

Istimewa buat

Cikgu Muhammad Wazir bin Abbas & Isteri tercintanya Ustazah Noriati binti Saru

HADIAH

ULANG TAHUN PERKAHWINAN
(Yang ke..... 4 ke? sorry ... lupa, Tapi kalau ke 4... kira bertuah tu.... manalah tahu, PTK dapat 4,4...)

SEMOGA
SENTIASA DALAM PERLINDUNGAN ALLAH SWT,
SENTIASA MENDAPAT RAHMATNYA,
SENTIASA DIMURAH REZEKI OLEHNYA,
SENTIASA DIBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK OLEHNYA.
&
SEMOGA
PERKAHWINAN KEKAL BAHAGIA HINGGA KE SYURGA.


KAU SAHABAT, KAU SAUDARA




























IIklas Daripada kami sekeluarga,

Abang Aminur Rashid, Kak Mazidah & Anak2:
Amin, Amira, Amir, Amirul,Ammar & Amili

Sayang U All berdua...




Petik nukilan Cikgu Wazir di blog suami saya...

Untuk Abang (suami ku la tu.....)

Saya pernah jatuh dari jadi suami yang baik,
Abang sentiasa bantu bangunkan ,
Saya pernah gagal jadi ayah yang baik,
Abang sentiasa jadi rujukan
Saya pernah patah semangat jadi guru yang baik
Abang sentisa setia sambungkan
Aaya pernah tersungkur jadi anak yang baik
Abang sentiasa ingatkan
Saya pernah lemah tanggung kesakitan
Abang sentiasa ubatkan
Saya pernah hilang harapan
Abang sentiasa bantu cari dengan kesabaran
Saya pernah layu dengan kasih sayang
Abang sentiasa suburkan
Abang kasih sayang kami,kesabaran kami,ketenangan kami,keceriaan kami,rujukan kami untuk jadi yang terbaik.
Terima kasih dari adikde, isteri dan anak2 kerana ikhlas dan jujur mengenali kami yang miskin kasih sayang dan semangat juang.
Semoga Allah berkati perjalanan hidup abang sekeluarga.Terima kasih segalanya.

Kami terharu atas kasih sayang kalian, sanjungan kalian pada kami yang masih terlalu banyak yang kurang, masih terlalu banyak perlu diajar...




Buat kak mazidah (sayalah tu...)

Saya pernah takde broadband
Akak bagi pinjam
Saye pernah lapor cekodok
akak buatkan
saye pernah tak semak folio geografi
akak semakkan
saya pernah lupe bawak duit g kantin
akak bayorkan
saya pernah mengidam sambal udang
akak hantar banyakkan
saya pernah nangis
akak same2 nangiskan
saya pernah kurang bekas isi makanan
akak bagi tp mintak pulangkan
saya pernah nak bukak panggung wayang
akak bagi pinjam lcd kan
saya pernah puji akak lebih2
akak belanje makankan
saya pernah sakit mintak ubat.....
FUNNY KAN....

banyak lagi yang KAN...semua tak terbalas.Doa ajer yang boleh dikirimkan..semoga masuk syurga...ape lagi...tumpang sekaki KAN.

Gurauan, usikan itu, dalam ertinya. Akrabnya kita......


Buat Cikgu Wazir & Isteri
Terima kasih atas segala penghargaan,
Terima kasih atas segala sanjungan
Terima kasih atas segala kasih sayang,
Terima kasih atas segala perhatian
Terima kasih atas segala taburan budi
Terima kasih atas segala pertolongan
Terima kasih atas segala tunjuk ajar
Terima kasih sentiasa bersama kami
Terima kasih sentiasa menemani
Terima kasih sentiasa memberi maaf
Terima kasih doa yang tak pernah putus
Terima kasih atas ingatan yang tak pernah padam
Terima kasih sentiasa memberi semangat
Terima kasih menjadi guru yang mengajar kami tentang hidup dan kehidupan, tentang kasih dan sayang.

Dan.....
Maaf kami tak sempurna
Maaf kami tak dapat menjadi contoh
Maaf kami tak dapat beri yang terbaik
Maaf kami sentiasa gagal memahami
Maaf kami sentiasa gagal untuk mencukupkan
Maaf kami sentiasa mendatangkan kesulitan
Maaf kami atas segala kelemahan dan kekurangan ......




Daripada hari nan lalu kita bertemu, menjadi bersahabat,
menjadi teman seiring, menjadi saudara..........Esok?????????? Insyaallah....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG