AHLANWASAHLAN YA RAMADHAN

Ahlanwasahlan ya Ramadhan Al Mubarak... Sempena bulaN puasa ni... teringin sangat kalau saya ni terpilih, dibukakan hati untuk melakukan Hijrah. Ingin sangat nak berhijrah.... menjadi insan yang sangat luhur hatinya, sentiasa bersangka baik, sentiasa Redho, sentiasa ikhlas dalam apa juga pekerjaan, tindakan, pemberian atau apa je, rajin membantu sesiapa yang memerlukan, dan lain2 sifat baik. Saya ingin selalu mempunyai niat... apa juga yang dilakukan ... dilakukan hanya kerana Allah, hanya melakukan perkara yang diredhoi Allah SWT. Saya tak mahu... semua itu hanya kata2, hanya niat, hanya tiori. Kadang2 cemburu dengan orang2 yang ada kelebihan.... luhur hati & budinya...

Kini usia ku bukan muda lagi.. hampir masuk 1/2 abad. Bila direnungkan perjalanan hidup yang telah dilalui.... saya rasa banyak sangat kesilapan yang telah saya lakukan. Banyak sangat peluang untuk berbuat baik, berbuat pahala telah ku lepaskan.... Kalau nak ikut sumbangan pada insan... mungkin adalah juga sikit2... tapi urusan saya dengan Allah... macam banyak yang tak beres, banyak yang perlu saya perbetulkan.... Kadang2 saya rasa beruntungnya anak2 saya.... bersekolah agama.... sebahagian besar usia remaja mereka dijaga, dibimbing akhlaknya oleh mualim & mualimmah mereka dengan penuh sungguh2 & ikhlas...... Harap mereka menyemadikan, mensebatikan didikan baik itu dalam diri mereka.... Dan harap kami ibu bapanya juga akan terdorong untuk selari dengan pembetukkan peribadi yang baik ini.

Teringat saya ucapan Uztad dalam sinar Ramadhan kelmari... 'Bulan Puasa ni bulan promosi. Peluang untuk kita berbuat baik, peluang untuk berubah, untuk tingkatkan pretasi, peluang itu... & peluang ini... kerana pahalanya sangat berganda... tambahan pula syaitan diikat....'. Mampukah aku merebut peluang itu......

Tadi seorang pelajar menemui saya di bilik guru. Dengan air muka yang ikhlas dia berkata.... 'Cikgu, Selamat berpuasa. Sempena bulan puasa...maafkan salah silap saya ye'. Masyaallah. Pelajar itu... buat saya terharu. Cikgu Suliawati yang mendengar berkata...'kenapa akak yang terpilih?'. Saya tak mengajarnya pun. Tak berurusan dengannya pun. Tapi kenapa dia mohon kemaafan daripada saya. Kenapa?. Mungkin dia pun nak cari keberkatan di bulan Ramadhan ni. Mungkin dia tahu doa restu guru sangat besar maknanya. Rupanya masih ada maknanya guru ini pada mereka yang menghargainya...

Kepada Suami ku, anak2 ku, keluargaku, saudara2 ku, sahabat2 ku jauh & dekat, nampak & tak nampak, dikenali atau tidak.... saya mengucapkan.... Selamat menjalankan ibadah puasa... Semoga kita semua dapat keberkatan di bulan Ramadhan yang mulia ini. Maaf atas segala salah silap, sama ada tingkah laku saya, lisan saya atau tulisan-tulisan saya terutama di blog ini....

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ALMUBARAK KEPADA SEMUA UMAT ISLAM

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG