BUAT RENUNGAN....

Tadi solat Zohor dengan Salamah di bilik solat guru perempuan. Selesai solat, Salamah berkata....'Akak saya nak bawa balik semua telekong. (tak termasuk telekong cikgu dalam bag). Saya nak basuh. Ni yang koyak sikit2 ni ... kalau sempat saya nak jahit. Saya tak mampu nak belikan permaidani di surau ni.... tolong basuh telekong je lah yang saya mampu'. Terharunya.... Saya katakan padanya .... 'besar pahalanya tu Salamah. Di bulan puasanya ni pahalanya berlipat ganda'.

Petang... sempat berbual dengan suami tentang peristiwa tu.... . Terfikir dik saya.... sebenarnya terlalu banyak ruang dan peluang untuk kita berbuat kebajikan, mencari pahala. Kalau tak mampu dengan harta, wang ringgit, kita bantu dengan tenaga. Kalau tak mampu juga... mungkin dengan doa.....

Suami pun menambah... menyampaikan apa yang dia dapat daripada Tazkirah di surau malam semalam. 'Kalau kita tak banyak ibadah di bulan puasa... kita bersedekah kepada orang yang berpuasa, kita bagi juadah berbuka puasa untuk mereka. Mungkin orang yang berpuasa tu banyak ibadahnya, banyak amalnya... kita akan dapat pahala sama banyak dengan dia'. Saya pun dengar tazkirah tu, sebab surau tu sebelah rumah je, guna speaker pulak tu.... saya dengar sebelum mata saya terlelap & saya sematkan dalam hati.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH