HARI KE 9 - KOLEKSI GAMBAR

Salam Ramadhan

Ha.... pagi2, sebelum anak2 bangun kami berdua... saya & suamilah ... menuju ke IKEA. Target kami... nak cari frame gambar. Raya tahun ni, kami tak tukar langsir baru, sofa baru atau pun karpet baru. Polisi tahun ni... pakai apa yang ada..... Bajet!.....

Kami hanya nak penuhkan dinding yang kosong je.... Kami ni kan punya minat yang sama. Foto & komputer. So... dari ribuan koleksi gambar yang dah dikumpulkan kami akan pilih untuk dijadikan hiasan rumah. Print out je gambar2 tu. Tu yang repair printer semalam tu. Untuk Frame... kami minat di IKEA. Ala.... bukan cari yang mahal atau yang class. Cuma di IKEA ada berbagai pilihan & boleh matchkan. Kami cari yang murah je... Tapi murah pun... kalau dah banyak.... banyak jugelah kena bayar. Konsep tahun ni.... berbagai saiz & susunan gambar.... Kiranya kitaorang ni macam nak buat galeri fotografi le.... Tapi bab menyusun frame2 tu yang masalah.... kami bukan orang seni.... takutlah.... pada mata kitaorang cantik... tapi mata orang lain.... agaknya....'entah ape2 tah!'. Apa pun.... kami nak aplikasikan apa yang kami minat...... So, kalau yang dah datang ke rumah ni tahun lepas...... hiasan rumah semua sama .... cuma print out gambar je yang beza..... itu je....

Petang ni ni plan berbuka puasa kat kampung Sungai Serdang....... Biasanya dekat2 nak buka sampailah kami.... tapi tak de lah tangan kosong. Ingat nak masak cekodok, Kuah kurma & acar nenas + timun. Tak de lah nasi beriani.... belum beli periuk tekanan macam yang cikgu Nazir buat demo kat bilik guru hari tu.... Kalau ada periuk tu... baru masak nasi beriani. Insyaaalah Jadi. Periuk mahal, nasi beriani sedap!. Abang Amin nak balik asrama dia hari ni. Sepatutnya kena masuk asrama sebelum pukul 6.00 petang. Tapi.... nak seludup masuk lepas magrib... nak buka sama2 kat kampung... lepas Terawih baru kami balik Meru. Ok....

Selamat Berbuka.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH