TONGGAK 12

Saya petik dari nota PTK...

1. Menghargai Masa
Falsafah “masa itu emas”. Berlalu masa tanpa sebarang sumbangan berfaedah berarti suatu kerugian, kerana masa yang berlalu tidak akan kembali lagi.

.2. Ketekunan Membawa Kejayaan
Bersemangat dan tidak mudah mengalah dalam melaksanakan tugas walaupun banyak rintangan.

3. Keseronokan Bekerja
Menggangap sesuatu pekerjaan yang kita lakukan itu adalah sebagai “ibadat” maka akan wujud keseronokan untuk bekerja.

4. Kemulian Kesederhanaan
Kesederhanaan hendaklah merangkumi percakapan, pergaulan, berpakaian etc..etc. Kesederhanaan mewujudkan keadaan yang tenang, selesa dan harmoni.

5. Ketinggian Peribadi
Berjiwa besar dan berakhlak tinggi. Tenang, belas kasihan, disiplin diri dan pemaaf terhadap kesalahan orang lain.

6. Kekuatan Sifat Baik Hati
Segala sifat yang disukai manusia dihayati seperti sopan santun, pemaaf, pemurah, bertimbangrasa, ramah, bersimpati di atas masalah rakan-rakan dan suka menolong.

7. Pengaruh Teladan
Pengaruh teladan yang positif boleh mendatangkan hasil atau keuntungan yang baik dan banyak. Seseorang yang baik dapat menpengaruhi orang lain sama ada dari segi kepimpinan, tunjukajar, akhlak, tuturkata dan tingkahlaku yang mendatangkan kebaikan.


8. Kewajipan Menjalankan Tugas
Sesuatu tugas itu mesti dilaksanakan dengan cekap, cepat, berkesan dan sempurna serta pengurusan yang baik supaya hasil tugas itu mencapai matlamatnya.

9. Kebijaksanaan Berhemat (Cermat)
Berhemat dari segi wang ringgit, masa, bahan, kata-kata dan penggunaan apa sahaja.

10. Keutamaan Kesabaran
Orang yang sabar menerima segala cabaran dengan tenang, tabah, memikirkan dengan teratur dan jika timbul masalah ia tidak berputus asa .

11. Peningkatan Bakat
Semua manusia mempunyai bakat dalam apa bidang. Bakat perlu ditingkatkan. Bakat mendorong ke arah penciptaan, inovasi dan penyelesaian masalah yang rumit

12. Nikmat Mencipta
Kepuasan dapat mencipta sesuatu yang mana ciptaan itu mendatangkan banyak faedah kepada masyarakat dan Negara.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH