HARI KE 2.... STUDY UNTUK PTK

Salam...

Syukur saya diberikan kesihatan yang baik. Dengannya saya mampu melaksanakan ibadah puasa di samping dapat menjalankan tugas sebagai mama dalam keluarga ini. Awal pagi menyediakan makanan sahur. Jadual tidur saya memang awal dan bangun awal, seawal 3-4 pagi. Saya dah biasa begini. So... setakat 2 kali sahur ni tak de masalah lah. Saya dapat menyediakan makanan panas2 untuk ahli keluarga..... Macam mana pun stok maggi banyak juga. Manalah tau terlajak.... makanan panas jugak la tu.... Seronok ye jadi anak2. Kejut sahur je... gosok mata.. toing.... makanan dan terhidang. Tinggal makan & basuh pinggan sendiri2 je......

Study!.... memang lah besar cita2nya nak study.... bawalah nota tu ke mana2. Tapi baca 2 muka.... lelap... baca 2 muka... lelap. Memang kena terima hakikatlah... saya ni dah evergreen..... minda..... susah nak faham ayat2 standard tinggi tu.... Ha... esok ada satu hari lagi... boleh cuba lagi....

Hari ni... jalan 2 ke kedai cari bahan nak masak buka.... kena masak jugak. Budget..... menu mee kari 2 dalam 1. ..... kari tu juga yang diguna untuk makan dengan nasi + sayur campur goreng. Jimat tenaga. Kena menguli karipap la pulak... Karipap ni kegemaran anak2. Bukan boleh sikit2. ... Kebetulan pulak surau taman buat bubur lambuk.... tambah lagi menu.... Selesai 2 hari berpuasa.....

Sempat lah juga tadi jenguk stesen bas . Cari tiket untuk anak2 balik raya. Maklumlah muatan untuk Myvi terhad. So.... ada yang terpaksa naik bas le.... Tapi anak2 ok je. Tahun ni giliran beraya di rumah suami dulu. Melaka. Bukan pikir raya sangat. Tapi... kalau tak de tiket.... ada pulak yang tak dapat raya sama anak2.....

Selamat berbuka puasa...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG