TERSENARAI....

Gara2 cari bahan bacaan untuk PTK.... jumpalah blog2 guru2 se Malaysia.... & linklah kat blog ni... Mungkin berguna & dapat mencelok ilmu daripada guru2 lain .... Tup2, buka blog petang tadi, ada mesej....'Blog anda disenaraikan...' Saya pun pergi ke linknya.. 'cikgumalaysia'. Alamak!. Memang betul, blog saya tersenarai dalam senarai blog guru2 Malaysia.... Blog cikgu Wazir pun ada juga.....

Termenung saya.... cakap dengan suami...'malu lah bang, cikgu2 lain tulis yang ilmiah, Biologilah, Kimialah, kelas tambahanlah, soalan peperiksaan lah... Mama tulis catatan perjalanan seharian hidup mama je...' Saya menyambung 'mama tak mampu nak tulis macam cikgu2 tu.. tak sempat nak fikir. Kalau tulis perjalanan hidup seharian, tak payah fikir... duduk 5 minit dah boleh selesai....' Suami memberi sokongan..'tak payah ikut diaorang, mama tulis je macam sekarang...catatan perjalanan hidup seharian seorang guru. Diaorang nak baca... bacalah...'.

Memang saya tak bercadang pun nak menulis yang ilmiah. Saya rasa saya tak kan mampu. Ia bukan boleh ditulis sebarangan. Saya kena buat kajian dan banyak membaca. Kalau ada post saya yang ilmiah beberapa hari ni sebab saya tengah sibuk dengan PTK, sedang mengadap nota PTK. Setengah2 tulisan pun saya petik dari laman blog orang lain. So saya harap... saya tidak mengecewakan pengunjung blog yang mengarap untuk membaca tulisan ilmiah.

Seperti nasihat suami yang bermaksud.... 'mama hanya perlu jadi diri mama .... teruskan aje ... apa yang dah mama buat'. So saya akan terus ikut cara saya. Saya pun pernah berkata, blog saya ni menjadi diari saya untuk mencatat perjalanan hidup seharian saya yang mungkin saya akan tatap, rujuk kemudian hari nanti. Blog ini juga antara komunikasi saya dengan suami dan sahabat2 saya. Kalau ada yang berminat untuk membacanya.... bacalah. Harapan saya.... kalau baik, boleh dijadikan panduan. Yang tak baik tu, yang buruk tu jadikanlah sempadan.

Huwah.... yang sedihnya.... kerana banyak sangat merayau ke laman2/blog2/web2 .... mungkin laptop acer ter'virus'. Laptop tu dah hampir kong!. Kena bawa servis. Duit tuuuuu!. Dah lah satu komputer rosak & terperap.... tinggal 3 je yang boleh bernyawa.... kena bergilir ramai le..... Laptop kecil ni lah buah hati ku...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG