KERJA OH KERJA

Kesian jadi cikgu ni... kerja tak habis2. Siap satu, 2 -3 datang mari.... Minggu lepas dengan hal PBS Geografi.... (itu baru berhadapan dengan pentaksir je), persiapannya bagai nak 'rak'. Tidur 2 - 3 pagi nak siapkan urusan PBS tu. Tapi, kerja sebenarnya tak habis di situ. Penandaan mesti diselesaikan. Murid2 yang liat nak hantar mesti di'kejar'.... Kadang2 orang nampak kerja cikgu senang. Balik separuh hari. Tapi di sebalik itu cikgu kerja setengah mati.

Kawan2 guru lain pun macam tu. Puan Rusiah & gengnya, beberapa hari balik sekolah lewat, hingga mencecah 7 malam. Sama dengan cikgu petang balik. Semata2 nak sempurnakan kerja. Akhirnya.... bila selesai petaksiran... dia masuk hospital kerana sakit dada. Banyak lagi yang tersembunyi tentang tugas guru.

Hari ni saya sepatutnya kena hantar data headcount. Dah berusaha untuk siapkanya tanpa kesilapan. Kerja dengan sistem komputer ni, cerewet sikit. Silap langkah .... data tak tepat. Teliti., teliti.... & teliti sampai berpinar biji mata. Pukul 4 pagi baru dapat tidur. Itu pun kena baiki lagi....

Saya rasa SU2 lain juga macam tu. Kerja dalam senyap. Tahu2 beres. Cikgu Roszana dengan PMRnya, Cikgu Nor Azreina dengan SPMnya, Cikgu Normala dengan Data Emisnya, Cikgu Taherah dengan Peperiksaan dalamannya dan lain2 guru dengan tugasnya yang tersendiri. Cikgu Wazir, pula menyumbang dengan cara lain. Dia selalu terlibat dengan persembahan majlis2. Dari segi mengurus murid latihan (yang sudah tentu banyak ragamnya), belanja makan, kostum dan masa (biasanya latihan berlanjutan ke rumahnya). Untuk menyiapkan kerja, ada kalanya guru kena cari akal sendiri untuk memastikan kerjanya sempurna. Ada kalanya cikgu kena guna barang sendiri di rumah... komputer, ink, kertas.. dsbnya. Itu yang berkaitan dengan komputer. Kalau berkaitan dengan murid2, cikgu kena keluar duit sendiri untuk belanja makan, isi minyak sendiri untuk pengangkutan atau beli keperluan lain untuk sekolah. Masa yang dikorban, tak payah cerita lah...

Satu yang rasa pasti... jika lakukan dengan ikhlas, mudahkah urusan orang lain... Insyaallah Allah akan mudahkan urusan kita

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG