HARI PERTAMA SEKOLAH

Wah! hari ni banyak yang saya tulis. Hari pertama sekolah selepas cuti 2 minggu. Ceria je nak pergi sekolah. Seronok nak jumpa kawan2 & anak2 murid. Walau tak puas cuti...

Tiba di sekolah, terus ngadap komputer jadual waktu... tapi dekat 30 kali 'on off reset' komputer tu tetap bengoong. Masa tu lah dia nak buat hal. Orang tengah perlukannya untu print jadual baru & buat relief. Sudahnya 9.15 pg baru buat relief... menyebabkan guru banyak terlepas drpd masuk relief.... Sepanjang hari sibuk nyiapkan jadual waktu je...

Lepas sekolah, 1.05 ptg, keluar ke sekolah tadika Ammar... selesaikan masalah dia yang takut ke sekolah sebab bukunya yang dah kehilangan.... Nak beli buku, kedai buku tutup. So, carilah, Amirul dalam kelasnya, untuk belikan buku adiknya tu. Lepas tu bekejar semula ke SKI sebab ada kelas 'prep' ngan KRK. Sebelum tu dah pesan kat Cikgu Wazir, cover kakaknya ni, kalau terlambat. Tapi... Alhamdullillah sempat juga untuk mulakan kelas prep.

Lepas prep, bergegas pula ambil Amirul. Tiba di rumah, baru teringat, laptop tertinggal di sekolah. Bergegas pula ke sekolah. Mana boleh berpisah ngan laptop. Hari2 nak buka & tulis blog. Inilah catatan harian hidup ku. Dan yang paling seronoknya... melalui blog dapat jumpa ngan kenalan2 lama, anak2 murid lama. Walau dah berjaya mereka.... masih ingatkan cikgunya yang telah garang dengan mereka...

Hari ni memang lepak sungguh!. Dah lah malam tadi kurang tidur. Kena pula prep. Oh... Memang penat. Tapi masih sempat untuk rasa seronok, rasa bahagia. Pergi sekolah dengan iringan kasih sayang suami.... apa taknya... semua keperluan di sediakan, beg2 sekolah saya di tolong masukkan dalam kereta & dibisikkan kata2 semangat. Terima kasih suamiku.
Di sekolah dapat pula jumpa kawan2 yang macam dah lama tak ketemu. Rehat... macam biasalah... dengan Yan & Wakjir. Sepanjang hari... teguran & usikan anak2....... tak lepas dari sebutan 'Bandung'. Maaflah tak ada oleh2 Bandung..... Doakan je cikgu dapat peluang pergi banyak kali lagi... barulah cikgu pandai shopping... he3

Apapun... syukur atas rasa bahagia ini... walaupun dengan sikit kekalutannya. Terima kasih kepada rakan2 & anak2 SKI...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG