MASIH SIBUK

Hari ni masih sibuk lagi.... dengan KGT. Lepas ini panggilan untuk Headcount pulak...PK1 dah tanya khabarnya melalui sms kat Cikgu Taherah. Minggu ni memang semua guru nampak sibuk. Maklumlah... minggu PBS ( Pentaksiran Berasaskan Sekolah). Walaupun saya KB, elok juga saya jadi Ketua Pentaksir. Banyak yang saya pelajari. Lepas ni saya tahu lah apa peranan & tugas Ketua Pentaksir. Sebelum ni anak buah je yang tahu...
Sabtu ini 'Hari Bersama Pelanggan ( Hari Prestasi)' pulak. Waktu2 ni memang rasa sibuk sangat. Rakan blog pun, sunyi sementara. Hanya sempat tulis di ruangan 'Chat' je. Saya lepas ni nak pulun HC pulak. Lepas tu nak jalankan tugas KB pula - pencerapan & semak penghantaran buku latihan. Tak lupa pada P & P. Nak sediakan latih tubi & program khas untuk pelajar PMR. Banyak lagi kerja cikgu ni. Cuma tak nak senaraikan. Takut sendiri yang tension. Ni pun.. hari2 tidor lewat. Sian cikgu ni. Lepas PMR baru lapang sikit....

Buat kekawan, terus lah kita bersama menghadapi saat2 'kritikal' ini. Kita kene terus tersenyum...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH