JADUAL OH JADUAL

Lega. Akhirnya dapat juga siapkan jadual. Tapi tak pernah lah rekod...sampai tengah hari baru dapat edar. Biasa pagi2 dah edar.... semuanya beres sehari sebelum tu di rumah. Sengaja buat last minute.. kot2lah klu ada guru yang sudi pindah ke ke SKI. Bila cikgu tak cukup... tu yang sukar sangat nak susun jadual kali ni. Saya & PK1 dan puas pusing/ adjust. Setelah mendapat kata putus puan pengetua. Dah ok kat boss tu... baru susun guna komputer.

Memang saya sendiri tak puas hati dengan jadual kali ni. Selalu maksima sehari guru mengajar 6 waktu je. Kalau 7 tu... ada lah sorang dua. Tapi kali ni agak ramai yang kena 7 waktu.....Sorry ye. Apa pun tahniah & terima kasih kat guru2 SMKSKI. Terima je apa yang diberi. Antara contoh yang ingin saya paparkan ....Cikgu Norazalina terima dengan positif, bila kelas sains ting4nya saya tukar dengan matematik & saya tambah 2 masa lagi dengan sivik. Sifu seni, Cikgu Wazir, saya terpaksa buang waktu seni & ganti dengan Geografi sebab Cikgu Zaurah kena ajar BM Ting 6, pun reda je... jawapannya 'ala kak, Wazir dah ngajar hampir 10 tahun... dah biasa'. Terima kasih adik2...

Untuk cikgu2 yang berpotensi untuk jadi guru akademik tingkatan 6... maaflah, jika kami tak dapat penuhi kouta cikgu mengajar minima 16 waktu. Lebih malang lagi, ada cikgu yang kena mengajar cara 'kuliah' seramai lebih kurang 120 pelajar. Nak buat macam mana. Itu pun ada satu jadual untuk seorang guru (guru X)... tapi gurunya tak ada pun. Nanti kita kena sama2 relief kan jadual tu... . Cikgu tak cukup!. Pada saat ni, yang penting budak2 yang nak periksa dulu. Kita doalah agar ada guru yang masuk lagi... untuk ringankan beban kita.

Terima kasih kepada semua guru yang mahu memahami. Saya nak cuba beri terbaik.... tapi kadang2 saya pun tak sedar saya silap perhitungan & tak dapat mengumbirakan sesetengah orang....

P/s terima kasih kepada PK1, Norzalina, Wak Lan, Rozana, Salamah, Wazir & Yan... yang tolong saya pada saat2 kelam kabut menyudahkan jadual tadi...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH