REALITI KEHIDUPAN GURU

Petang tadi dapat call dari rakan sekerja. Sedih dengar ceritanya. Sepasang suami isteri yang sehati sejiwa, pagi tadi datang jumpa pengetua, menghantar surat tidak puas hatinya tentang rakan sekerja saya tu. Antara isi suratnya .. (seperti yang diceritakan)..'Dia cikgu tak bertanggung jawab. Tak kawal kelas, sehingga terjadi pergaduhan dalam kelas'. Sebenarnya , semua tu berlaku sekelip mata sahaja. Semua orang pun tak boleh duga perkara itu akan berlaku. Ini pun gara2 sikap anaknya yang mungkin baran. Bertindak tanpa fikirkan kesannya pada dirinya dan pada cikgu yang ikhlas mengajar. Anak lelaki pasangan suami isteri itu telah bertindak mengkasari rakan sekelasnya, apabila ia tak sabar dengan kata2 (yang padanya kasar & menyakitkan hatinya). Kerana tindakan itu, budak perempuan itu tanpa kebenaran guru terus meluru keluar & telefon bapanya. Jam tu juga si bapa datang & buat laporan polis...... Rentetan daripada itu, anak pasangan suami isteri itu diberi pertuduhan gantung. Baru surat je... belum dibicarakan lagi. Sebenarnya ini hanya prosedur biasa. Dalam hal ini, si anak masih boleh merayu.... diringankan hukuman...
Tapi pasangan itu dengan 'hebat'nya 'mengayat' macam2 pada bos kita orang dan menyerah surat aduan yang 'mengayat' juga kepada rakan saya tu.

Yang sedihnya, kedua2, suami isteri tu adalah guru juga yang tahu situasi sekolah. Setahu saya si ayah pernah juga menerima surat aduan daripada ibu bapa. Dan.. yang paling mengharukan.. si ibu pernah menjadi rakan kepada rakan saya, saya dan rakan2 guru lain. Lebih mengharukan... si bapa memaklumkan, surat aduan tu salinan kepada, PPD, Jabatan, & mungkin Kementerian.

Saya tak nak komen apa2. Siapa juga, termasuk mereka sebagai ibu & bapa berhak untuk melindungi anaknya. Hanya nak bagi tahu mereka... rakan saya & kami guru2 yang pernah mengajar anaknya itu, menyayangi, ambik berat dan jaga anak mereka dengan baik. Kami sentiasa nak pastikan anak mereka tidak tersilap langkah dan sentiasa berharap anak mereka berjaya dalam pelajaran. Sebab kami tahu, dia anak guru. Tentulah perhatian lebih kepada anak guru. Kita anggap anak2 kawan guru ( walau tak kenal pu), macam anak2 kita sendiri. Entah lah itu yang saya rasa.... Harap2 jangan sampai tindakan kita, ibu bapa... merosakkan anak2.

Buat pasangan suami isteri itu... terima kasih kerana membuka mata kami. Maafkan kami jika selama ini kami terlupa untuk memandang hebat pada kalian berdua. Cuma... berdoalah agar anak tuan puan terus disayangi guru, dijaga dengan baik guru... Rakan saya dan kami guru2 di SKI adalah manusia biasa, yang ada perasaan takut. Takut lepas ni kami tak nak buat apa2.. tengok je kenakalan murid di depan mata. Buat baik pun kena, tak buat apa2 pun kena, tak sempat buat apa2 pun kena, buat apa2 pun kena. Inilah realiti kehidupan seorang guru. Agaknya sapalah yang akan melindungi guru, menjaga guru... kalau bukan guru.

p/s : Pada pasangan suami isteri tu.. mungkin menyelidik dahulu adalah tindakan terbaik. Kalau tak percayakan guru pun... mungkin 40 pasang mata murid2 dalam kelas itu boleh dijadikan saksi kebenarannya. Rasanya... mata tidak menipu!.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG