KAMI DI KELANTAN

Lepas sekolah semalam terus bertolak ke Kelantan, menghantar Cikgu Karim mendaftar Universiti Kelantan. Ingat nak rahsia. Rupanya dalam perjalanan jumpa Mek Azliza, Mek Shaskinah & Roszana nak shopping kat Kuala Lumpur. (Dahsyat diaorang tu. Shopping kat K.L. ). Si Mek Roszana tulis pulak kat blog... sekarang, kira satu dunia tahu kami kat Kelantan...

Bertolak semalam.... sakitnya kat K.L le. Bulatan kat Batu Cave nak ke Kuantan. hampir 1 jam kat situ. Masa kat Bandung jem juga, tapi nampak orang sana lagi bertolak ansur. Kat sini... amboi mak. Rata2 nak lepaskan diri sendiri.... Tapi akhirnya kami berjaya melepas kesukaran itu. Perjalanan ke Kelantan di teruskan dengan lancar. Kul 11.30 malam baru tiba. Seronoknya dapat jumpa sahabat lama... Kak Sakila & suaminya... Abang Amran.

Hari ni, lepas daftar Karim hari ni... kami teruja nak ke Pasar Siti Khadijah... tak de lah nak shopping sangat. Baru je balik Bandung. Gaji bulan ni kena 'cover' defisit bulan lepas. Setakat jajan boleh lah ye kawan2.

Jangka pukul 3.00 petang akan bertolak balik . rasa2nya tiba.... entah le. Minta2 jalan 'clear'.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH