LEPAS SATU....DATANG SATU LAGI....

Yahool..., berjaya!. Tadi pentaksir KKG datang. Alhamdullah, hasrat nak persembah yang terbaik tercapai. Semuanya ok. Fail2 lengkap. Penandaan pun kira ok lah... . Hanya sebahagian kecil terdapat perbezaan markah yang kecil... 1/2 - 1 markah. Yang paling besar hasrat saya, sebenarnya saya tak nak pentaksir tu tercari2, tertanya-tanya mana itu, mana ini. Semuanya saya sediakan depan matanya mengikut senarai semak yang ditetapkan. 10 sample folio KGT pun saya pilih yang senang dibaca. Nampak gayanya dia puas hatilah...

Terima kasih pada suami ku... yang sangat memahami. Dialah yang tolong angkut KKG yang banyak tu... hantar & ambik dari kereta. Dialah yang sedia menu makan malam sebab isterinya dah berhari2 cuti masak. Dia lah yang buat itu... dialah buat ini... Semua gara2 KKG. Terima kasih juga kepada Cikgu Norzalina yang membantu di saat akhir tadi. Sebenarnya sehingga pagi, sehingga saat2 pentaksir nak datang saya masih menanda...he3. Terima kasih juga kepada cikgu 'Blog Georgarang'. Banyak sangat maklumat / bahan/ borang tentang PBS saya ambil dari blog dia. Terima kasih. Sangat membantu. Sehingga timbul hasrat di hati nak jadi macam dia. Terbuka dalam membantu cikgu2, yang masih teraba2 dengan ilmu macam saya... Kini... saya kena pulun pula untuk buat headcount. Lepas satu... datang satu lagi...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG