BEREBUT TILAM

Pukul 8.30 malam tadi... bertolak 2 kereta ke kampung halaman suami.... Melaka. Saya sebenarnya kena iringi (tak rasmilah) Pengerusi KPA Negeri... Sapa lagi, Wakjier lah ke Kem Perkhemahan KPA Peringkat Kebangsaan di Kem Pengakap Bukit Katil Melaka. Dia bawa sekali anak2 dia, Faridzyul, Saleh & Chayol.

Tiba di Melaka, lebih kurang 10.45 mlm. Singgah 'medang' di restoren kat Tanjung Kling. Makan makanan kegemaran... 'Roti John & Ayam Golek'....... 11.30 malam baru sampai ke rumah pak mertua.... apa lagi berebut tilam lah kami.... masing nak tilam tebal..... demand pulak diaorang tu... padahal diaorang kan biasa dah tidor kat khemah. Berlantaikan bumi yang tak rata, lagi keras gitu.... tapi kat sini ngada2 pulak... Macam mana pun, anak tuan rumah lah yang menang. Dapatlah kami tidur lena beralaskan tilam empuk......

Pagi2 dengar ada masalah lagi diaorang tu.... bergaduh nak mandi... tolak menolak...... sampai ber'lat ta lilat tali tamplung'..... . Janji nak kluar rumah kul 7.00 pg, ni dah 7.30 tak siap lagi.......

Ok lah nak bersiap.... nak sarapan & cari tapak Kem tu.... harap2 tak sesat lah....nanti crita lagi (ngata diaorang)... Jangan marah Wakjier

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH