MAMA SIBUK JE

Wah... bestnya, dapat manjakan diri... bangun, bila matahari dah lama.. terbit. Lama tunggu hujung minggu ni nak relak2. Tapi tak relakkkkk.... pun. Tugas suri rumah kena dibuat juga.... Sejak tak da bibik, malas dah nak keluar rumah. Jadi... kena rajin2 masak. Ponat222. Anak2 yang asrama, Amir & Amira balik.... dapat lah diaorang bantu sikit2.

Semalam Amir ada minta tolong tunjuk dia siapkan kerja rumah matematik & tolong jahitkan butang baju & seluar dia yang koyak. Mamanya cakap.... esoklah. ...

Tapi, petang, bila anak2 dah nak balik, baru saya teringatkannya. Bila ditanya... 'kenapa tak ingatkan mama'. Amir jawab...' Amir nampak, mama sibuk je....'. Nasib baik saya tanya, kalau tidak... tak buat kerja rumah & pakai baju dengan butang hilang satu lah anak ku'.

Sibuk betul mamanya ni... entahlah, sibuk ke atau tak pandai mengurus masa.

Malam barulah dapat ngadap komputer. Banyak kerja yang Cik Miah nak saya siap kan..... Huwah2.... Nak berenti jadi cikgu lah... Bila lah kami nak kaya. Duit Turun dari langit. Tak yang saya kerja cikgu lagi. Penat hotak jadi cikgu ni.......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH