ADIK & ABANG

Abang & Adik

Abang Ammar berusia 6 tahun. Adik Amili berusia 4 tahun. Tarikh lahir mereka sama. 11.11. Mereka penawar & penyeri rumah tangga. Abang Ammar, tenang, lembut & rasional. Semua perkara sama ada boleh atau tidak dia mudah terima jika ada alasan yang logik. Adik Amili agresif & ringan tangan. Dia belajar melalui apa yang dia biasa dia lihat. Pagi2, tanpa disuruh, dia akan masukkan baju salinan dalam bag tadika abang Ammar,ambilkan susu, ambil kasut kerja abahnya.... dan apa je lah yang boleh dibantunya.


Adat bersaudara, mereka ni kejap gaduh, kejap baik. Masa diaorang berbaik... tenangnya hati melihat diorang bergurau senda, bekerjasama, saling membantu, saling menyokong, saling memberi semangat dan saling menjagai. Kadang2 terdengar mereka menyanyi ... 'apa yang penting.... kerjasama!'. Bila diaorang bergaduh, bingit juga telinga dibuatnya. Melalak....!. Biasanya ... saya jarang masuk campur. Saya biarkan je.... Bila salah sorang tak puas hati, mula lah melalak dan dapatkan saya, mengadu. Biasanya adik lah yang selalu melalak. Tapi saya jarang mendengar aduannya. Saya tak menyokong mana2 pihak. Apa yang biasa saya buat, hanya membelai, memberikan kata2 sayang @ mengusap/ meniup bahagian tubuh yang sakit. Biasalah naluri perempuan, lembut!. Marah macam mana pun, bila dibelai, dipujuk, sejuk terus dia.... Tapi.... kalau dibiarkan.... makin dahsyatlah marah dia, makin kuatlah marah dia & tak berhenti menangis selagi tak dipujuk. Ala2 mamanya gitu..

Abang


Semalam petang diaorang bergaduh lagi... sebelah mamanya tidor. Bingit juga... ada yang menangis, tapi saya buat tak tau je. Anak2 kalau mamanya tidor memang tak berani kacau.... takut mamanya menyinga!. So... sakit pun disorang tahan, nangis pun disorang berhenti sendiri.... Memang pun... lepas tu tak dengar lagi suara mereka. Tak lama kemudian.. mereka datang semula, dah siap mandi & bawa botol susu di tangan masing2. Diaorang ni memang selalu buat susu sendiri... saya tengok, susu abang cair, susu adik... pekat sehingga tersekat2 dia nak minum.... entah berapalah sukatannya.... belasah je lah nak!

Adik


Saya ni... entah betul, entah tidak jaga anak. Yang banyak jaga... abahnya lah. Abang & adik memang tak banyak kerenah, sebab kitaorang jaga diaorang pun tak banyak kerenah.... pandai2 koranglah ye nak jaga & bawa diri.

Indahnya kehidupan anak2. Mereka tak menyukarkan keadaan. Tak simpan dalam hati... gaduh & baik semula, sebab..... mereka 'ADIK & ABANG'. Kenapa kita tak seperti mereka.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH