ADA KETIKA TOMBANG JUGA

Malam tadi... klimeknya... saya tak dapat bertahan. Walau cuba gagahkan diri, walau cuba kuatkan semangat, walau cuba hadapi dengan keadaan yang biasa... akhirnya saya kecundang.... Apa lagi, meraunglah yang saya tahu... mula2 perlahan... bila suami datang membelai.... lagilah kuat meraung. Rasa nak muntahkan segala yang terbuku dihati... hampir pukul 2.pg baru tangisan ku reda... Itu pun setelah puas dipujuk suami...

Tak tahu lah ... rasanya saya ni semangat juga untuk siapkan tugasan. Walau macam mana pun saya mesti siapkan.... tapi kali, bila dah hampir 2 bulan saya menghadapinya... saya hampir putus asas. Lagi pun, fikiran ni bercampur baur. Semalam dapat mesej dari SU PMR... bermakna saya kena siapkan penandaan kerja kursus yang beratus tu, mesej dari PK1 nak data HC, nak borang pencerapan & ditambah faktor keliling menambah pula tekanan. Hati tak tenang.. Tu yang .... apa lagi meraung. Sesungguhnya.... ada masa saya pun tewas juga, ada ketika tombang juga...

Pagi.... suami tetap di sisi. Bertanya keadaan. Saya memang tak larat sangat. Kepala sakit & mata pula bengkak...... Suami kata, ambil mc & dia ambil cuti semata2 nak temankan saya, nak berada di sisi saya... (dia takut saya hilang kawalan kot!)

Sebelum mulakan tugas.... Sms PK1... mencurahkan perasaan. Saya cakap.... 'saya naik gila ...... (tut)'

Mula kan tugasan di awal pagi, walau keadaan tidak bermaya saya sambung kerja Headcount. Satu persatu data saya teliti... terlalu banyak typing error yang perlu saya betul. Bertukar jantina, no perndaftaran yang tak sama pada ke tiga2 peperiksaan... markah KH bertukar elektif dan macam2 lagi. Dugaan2. Program acces ni... sebarang pertindihan tak dapat dikesan dengan mata kasar sebab ia 'data base'. Bila kita tengok laporan.... barulah tahu banyak yang bertindih. Kena lah saya teliti data setiap murid satu persatu. Saya kena bersihkan pengakalan data & key in semula...Banyaknya..... Lenguh bahu dan pinggang, tak boleh nak cakaplah... .. Kerja bodoh betul. Salah sapa kah ini... Saya kah yang pandai komputer tetapi tak mahir dengan program acces ni. atau... saya mangsa kesilapan orang lain?.... haru3. Rasanya tahun depan kena cari jalan agar kepayahan ini tidak berulang. Biar pun, bukan saya yang akan meneruskan tugasan ni... saya tidak mahu orang lain menghadapinya.... biarlah saya betulkan dari sekarang.... untuk menyenangkan orang lain yang take over (harap2 lah)

Kononnya berazam, nak siapan HC ni malam hari ni juga... tak tidor lagi lah malam ni. Saya tak nak berhadapan dengannya lagi.... Saya nak siap segera....macam menu makan hari ni... Pagi mee segera, tengahari... bubur Mc Donald (maklumlah ramai yang tak sihat), nugget & ayam goreng.... malam... burger! (Hasil servis komputer yan... he3)

Syukurnya saya pada Allah SWT.... di saat saya tak kuat, di saat saya lemah, di saat saya merajuk, di saat saya marah, di saat saya dikecewakan, di saat saya dilukai, di saat saya tersilap, di saat saya memerlukan... suami sentiasa teguh di sisi saya... membelai, memberi semangat, mencukupkan apa yang saya perlukan. Terima kasih.

(Yahoo...Siap juga akhirnya......dari 10 pg - 12.00 mlm barulah.... selesai. Itu baru SAP tingkatan 2. Lepas ni kena buat headcountnya pula. Bila lah dapat hidup aman.....)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG