SATU PERSATU KU ATUR LANGKAH KU

Malam dah larut benar nampaknya... menghampiri 2.00 pagi. Saya masih dengan laptop kesayangan.... Malam ni... meneroka alam reka 'bentuk' blog. Try & belajar daripada suami. Rasa bosan pulak dengan rupa blog yang lama.... Tapi... banyak kerja juga bila tukar rupa ni. Banyak 'link' didelate begitu saja... huwah3 kena buat yang lain pulak....

Sedang sibuk dengan me'feysen'2kan blog... ternampak catatan baru dari rakan karib, Che Ana. ... 'Na... saya rasa keputusan kau betul'. Sebelum dia buat keputusan tu pun, hati kecil saya berdetik.... 'tak perlu kembali ke sekolah, teruskan dengan kerjaya baru mu'. Minggu lepas, sempat berbual dengan Abang Bidin. Cerita tentang bidang kerjayanya (apa lagi penyelidikan lah...) & kerjaya Che Ana. Rasa seronoknya.... kerja yang saya suka... 'Membuat sesuatu yang baru'. 'Belajar ilmu baru'. Kalau dekat.... saya pun nak ikut...

Rasa2nya macam saya dah bosan dengan kerja saya... Sebab saya rasa, bercelarunya hidup saya sekarang. Sepatutnya semakin lama kerja, semakin banyak pengalaman, semakin baik kerja, semakin tersusun kerja & semakin terurus kerja. Tapi saya tak rasakannya begitu. Saya dah tak nampak lagi hala tuju saya.... Sedih sungguhlah dengan keadaan sekarang ni... sedih .... sedih ... sedih

Mungkin kah kerana usia semakin memanjat.... atau saya sudah terlalu lama membuat kerja yang sama .... (jadi guru & ngajor je....) atau tugas guru kini... yang semakin lari daripada tugas sebenar guru.... iaitu mengajar & mendidik. Memang rasa terbeban sangat. Terbeban dengan kerja.... yang rasanya tak henti2 datangnya. Lepas satu... 10 datang mengolek. Pada siapakah keluhan ini patut disampaikan.....

Memang rasa terkilan sangat.... cita2 ingin jadi Guru Cemerlang semakin terkubur. (Macam mana nak cemerlang.... dalam keadaan kerja yang tak tersusun sekarang). Cita2 nak jadi 'Guru Cemerlang' sebenarnya sebab nak lari daripada menjadi pentadbir.... Tugas Ketua Bidang pun ..... tak sempurna dilaksanakan, apatah lagi pangkat lebih tinggi daripada itu. Nak jadi guru akademik tingkatan 6 (dengar cerita tak yah jadi pentadbir).... memang jauh panggang daripada api. Memang saya tak terarah ke situ... tak pa lah, sampai pencen saya ngajor tingkatan 3 je. Lepas bulan 10.... boleh relex dengan anak2 murid sekali .... ia lah tu relek.... Banyak lah nanti kerja yang menanti....

Sebenarnya memang rasa frust dengan kerja sekarang ni.... Pada asalnya memang rasa bertuah kerana takdir saya menjadi guru.... tapi kini dah semakin hambar. Kecewa kerana saya tidak dapat menjadi guru yang baik, guru yang cemerlang.... dek kerenah2 (?)........ Entahlah salah siapa sebenarnya.

Saat ini... saya merasakan, saya ingin sekali menjadi saya yang dulu. Saya rasakan, dulu... saya seorang yang bertenaga, positif, tak jemu membuat sesuatu yang baru demi untuk membantu sekolah atau rakan guru dan..... sebagainyalah. Kini.... saya dah penattttttttttt .......

Tapi nak buat macam mana. Saya kan cikgu... saya kena teruskan usaha ini. Kadang2 teringin nak bertukar angin, macam Che Ana.... atau pun sambung belajar macam Cikgu Razak. Memang saya suka mempelajari & membuat sesuatu yang baru.... Tapi saya tahu kemampuan saya....

Saya akan terus di sini. Walau dengan rasa bosan... saya akan teruskan kerjaya saya. Saya akan terus mencuba agar saya dapat memberi yang terbaik... Saya berdoa agar Allah mudahkan urusan ku di sini, & dapatlah ku selesaikan segala urusan ku satu persatu.... dan langkah ku seterusnya lebih teratur, tenang & mendamaikan. Insyaallah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG